in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

4.10.12

Pembelian Barang Baby #1 & #2

Assalammualaikum dan hai korang~

Rilla saja nak cerita barang-barang baby yang Rilla dan Kanda dah beli setakat ni. Kitorang baru pergi membeli sebanyak dua kali sahaja, iaitu pada Parenthood Expo di Mid Valley (kami pergi 28 Julai) dan IBEX di KLCC (kami pergi pada 11 Ogos). Maknanya kami dah mula shopping seawal kandungan berusia 21 minggu / 5 bulan. Mungkin terlalu awal bagi sesetengah orang. But due to my hectic schedule, Raya lagi, adik-adik kahwin dan sebagainya. Memang terpaksa mula awal. Tambahan, gap ekspo sebelum raya dan selepas raya panjang. Sepanjang kandungan 6 bulan memang tak beli apa-apa sebab kerja tak menentu. Ni dah 7 bulan setengah baru nak sambung balik.

Baiklah, cukuplah justification Rilla tu. Moh tengok barang-brang yang dibeli. Kebanyakkan benda-benda ni semua pembelian tidak terancang. Sebab masa pergi expo tak ada check list lagi. Jadi main beli saja.

Ini hasil pembelian di Parenthood Expo Mid Valley.

Ini pula hasil pembelian di IBEX.


Rasanya ini benda pertama dibeli kat Mid Valley. Simple Dimple Papa Bag. RM89. Sama saja harga kat online shops, cuma dapat jimat dekat kos shipping. Kanda yang pilih. Ambil yang besar sikit. Rilla tak kisah sebab kalau jalan-jalan dengan baby dan Kanda, haruslah kusurh Kanda yang angkut bag ni, hahahaha.Dalam dia ada changing mat dan compartments untuk pelbagai keperluan bayi anda. Bahagian belakang sebelah atas pula ada velcro strap untuk sangkut pada stroller.

Maternity pillow yang boleh diconvert kepada nursing pillow dan bantal untuk support baby duduk. Dia memang datang sekali dengan bantal kecik tu. Rilla suka bantal kecik tu, senang nak letak bawah perut. Sekarang tidur memang pakai bantal ni. Sapa yang berminat boleh beli kat Mom's Little One (RM139 - normal price) atau Little Whiz (RM125.10). Rilla beli di expo dapat RM118.

Kiri: Nursing Poncho dari Fabulous Mom - haruslah warna biru jadi pilihan. Harga RM28.70 (NP: RM35.90). It's just a shawl with buttons, tapi macam-macam gaya boleh pakai. Kemudian bengkung modern dari Mum Dreams, RM50 (NP: RM55). Saja beli yang modern, macam tak kuasa je nak pakai yang ikat-ikat. Yang jenis ni masih boleh pakai walaupun c-sect delivery.

Seterusnya adalah feeding item. Yang kotak coklat belah kiri tu beli kat MV, sebelah kanan yang bertema lembu tu beli kat KLCC. Rilla beli dua feeding bottle, dua-dua botol kaca. Jangan tanya saya kenapa pilih botol kaca, mungkin sebab terpengaruh dengan SA. Tapi yang bagusnya botol kaca tak ada expiry date dah sah-sah BPA free. Yang kotak coklat tu brand Nature & Organics, belah kanan brand Basilic (kami suka brand ni). Kitorang ambil teat 3-6 months, silicone brush dan teat brush. Berus silikon mahal sikit tapi lebih bagus sebab dia tak calarkan permukaan botol dan bakteria sukar membiak berbanding berus nylon ataupun span.

Feeding botol 8oz dan 4oz. Cukuplah, tak ada plan nak tambah Feeding bottle lagi. Yang Nature & Organics bottle tu memang datang sekali dengan cover dia.

Rembatan dari booth Pureen di IBEX.Harga tak ingat sebab resit hilang. Tapi ABD detergent tu RM20, biasa normal price dalam RM23. Dapat free gift lotion dengan liquid cleaser untuk basuh botol. Nanti nak kena beli liquid cleaser botol besar.

Yang dalam kotak tu swaddling pod, kira macam bendung moden lah, pakai zip. Tapi tak surelah baby suka ke tak nanti. Anak Nadya memang berkerut muka kalau pakai ni. Harga RM35, takde harga promo, cuma dapat jimat kos shipping. Belah kiri tu Carter's hooded towel. Yang itu pembelian nafsu sebab comel sangat gambar dinosour main bola sepak. Sebelah kanan tu blanket. Ini betul-betul barang yang pertama Rilla beli. Tapi bukan dekat expo, beli di SSF. Ingat nak pakai dalam stroller, sebab dia ada soft toy to keep the baby occupied. Tak tahan sebab cute sangat, jadi belilah untuk lepaskan geram.

Seterusnya dari booth Autumz masa IBEX. Storage bottle and bag. Bottle tu beli sekotak je sebab fridge kecik. Lain semua nanti simpan pakai bag. Harga tak ingat sebab ni pun hilang resit.

Last one, pembelian di IBEX - stroller, beli di booth Mamours. Malas nak bukak balik plastik hitam tu. Hari tu beli, sampai rumah terus bungkus sebab takut berhabuk. Nanti dah pakai Rilla buat review ya.

Free gift dari beli stroller - dapat toys dengan harness.

Semua barang-barang yang dibeli muat disimpan dalam dua beg ni - kecuali stroller, detergent and wipes. Banyak lagi barang basic nak beli dalam masa 5 minggu untuk prepare (target nak completekan shopping by 36 weeks).

Kanda, jom gi shopping!

p/s: no, we don't know the gender yet.

4 comments:

  1. best jadi baby..barang2 semua comel...

    ReplyDelete
  2. bestnya rilla dah shopping.zimie belum start 1 habuk pun lagieh

    ReplyDelete
  3. lps baby dh lahir lg mcm2 nk beli...
    skrg ni gadget baby mcm2 plus senang je soping online (ada bahayanya sbb duit abes...)

    ReplyDelete