in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

4.6.12

Fasa Baru: Saya Sudah Masuk Rumah Sendiri

Assalammualaikum dan hai semua


Berhabuk sudah blog ni. My bad. I was not feeling well for quite some time. Ni pun tengah demam.

Sebenarnya, Rilla dan suami telah pun berpindah ke rumah sewa kami dua minggu yang lepas. Sebenarnya memang dah beli rumah, tapi belum siap. Jadi sementara itu, menyewa lah dulu. Sebenarnya ibu bapa Rilla memang tak kisah kalau kami tak pindah ke rumah sewa sehingga rumah baru siap. Tetapi selepas memikirkan banyak faktor, kami sewa juga. Faktor utama adalah supaya lebih dekat dengan pejabat. Rilla kerja di Subang, Suami di Kelana Jaya, rumah ibubapa Rilla di KL. Jadi, setiap hari, masa perjalanan untuk pergi balik ke pejabat sahaja sudah mengambil masa 2 jam. Penat.


Oh, pindah rumah juga sangat meletihkan walaupun Rilla menjadi mem besar. Gaya penat macam lah aku mengangkat baran-barang. Hahahah. Kami hanya menyewa sebuah lori 1 tan untuk angkut barang dari rumah ibubapa Rilla. Majarotitinya pun memang barang Rilla.Terkejut jugak tengok lori hampir penuh. Banyak rupanya barang aku.

Ni lah lori yang kami sewa. Hampir penuh.
Inilah rumah kami. Hanyalah unit apartment yang kecil, tetapi sangat besar untuk kami berdua.

Sebenarnya memang kami dah menyewa sejak bulan Januari lagi. Tetapi hanya berpindah pada bulan Mei. Jadi antara Januari hingga Mei rumah ni jadi stor barang-barang Kanda, hahaha. Ingin berpindah terlebih awal, tetapi terlalu sibuk dengan majlis-majlis keluarga dan melancong sana sini. Kami pindah selepas balik dari Jepun.

Sebelum masuk rumah, Rilla, Kanda dan adik-adik Rilla cat dulu rumah ni. Warna utama adalah warna putih. Senang. Sebab ini rumah sewa kan? Jadi pemilihan warna haruslah universal. Cuma satu dinding sahaja warna kelabu, seperti dalam gambar di atas.

Sehingga sekarang, masih belum habis mengemas. Sekarang ini pun Rilla berada di Kuta, Bali, ikut company trip Kanda. Gambar di atas tu sebelum kami masukkan barang-barang Rilla. Perabot pun masih belum lengkap, beli yang perlu sahaja dulu. Mesin basuh, TV dan peti ais adalah barang-barang yang didahulukan. Misi seterusnya adalah sofa.

Nanti Rilla cuba update gambar-gambar terkini ya, seperti dapurku yang comel.

2 comments: