Assalammualaikum dan hai semua
Rilla nak cerita sedikit pasal pekara selepas kelahiran Amanullah Zain. Mungkin cerita Rilla ni lain sikit dari cerita berpantang ibu ibu yang lain.
My Whole Life was Changed Overnight
Tak pernah terlintas langsung dalam fikiran yang Rilla akan bersalin tak cukup bulan. Tak pernah aggap ada kemungkinan itu. Sebab family history memang takde premature babies. Jadi Rilla memang tak bersedia, terutamanya dari segi material dan mental. Barang baby pun tak habis shopping lagi. Makcik urut tak book. Apatah lagi nak ready mindset nak jadi mak ni.
Tup tup terus beranak. Macam tak percaya je. Terus - nah! Sila bertanggungjawab atas nyawa anugerah Allah ni. Segedebuk jatuh tanggungjawab yang perlu dipikul dalam masa beberapa jam je. 5 malam kat hospital, walaupun bosan, sekurang-kurangnnya Rilla dapat tidur malam. Sebab Zain warded, jadi tak boleh room-in, malam-malam Zain bangun, nurse yang jaga. Sampai pukul 5-6 pagi barulah nurse call Rilla. Jadi, di hospital Rila ok sahaja, cuma bosan sedikit lah.
The problem starts after our homecoming.
Rilla discharged pada hari Jumaat. Petang tu sepupu Rilla nikah. Sabtu sanding belah perempuan, Ahad belah lelaki. Jadi the whole weekend, family Rilla memang sibuk. Kanda pun tolong sama. Agak kelam kabut lah dengan nak settle barang Rilla dan Zain semua. Dan malam tu kali pertama Rilla bermalam dengan Zain. Biasalah newborn, mereka tak tahu lagi siang malam. Belum establish pattern. 8 bulan dalam perut Rilla, tiba-tiba keluar kat dunia yang asing. Mestilah dia tak selesa. Dan bayi baru lahir hanya tahu berkomunikasi melalui tangisan. Zain bangun menangis malam-malam, Rilla susukan. Malam pertama Rilla rasa ok. Hari Sabtu tu Zain 7 hari, jadi kami cukur kepala Zain. Malam tu, dia tak selesa agaknya, bangun setiap jam. Rilla layankan sahaja. Honestly, I dont mind tending the crying baby. Rilla tak kisah bangun malam banyak-banyak kali. It's just that I have this feelings... Baby blues.
Pernah dengar tak pasal baby blues? Bukan gila meroyan tau. Eh ni aku yang diagnose sendiri, hahah. I felt weepy and moody almost all the times. Tapi bukan terhadap Zain tau, no I didn't feel detached. It's my social surroundings.
Bila kali Zain menangis, akan ada yang datang menjenguk, komen macam-macam, I would feel so incompetent. Like I wasn't given a chance to learn being a mother. Rilla rasa macam orang nak observe, boleh ke tidak Rilla jaga anak. Paling tension bila nak menyusu pun ada yang nak tengok. Sebab tu Rilla kunci je bilik. I know they meant well, but I have to take care of my emotional well-being too. Lepas tu Rilla kurang social interractions. Sebab family busy dengan wedding, jadi Rilla takde teman lah nak berborak. I was forbidden to go downstairs, jadi dunia Rilla masa tu hanya tingkat atas rumah. Campur dengan tegahan-tegahan, jangan buat itu, tak boleh buat ini. Rilla tahu semua inginkan yang terbaik untuk Rilla. Cuma Rilla dah biasa buat sendiri, jadi Rilla rasa rimas dan geram bila tak dapat buat.
Kemudian hari Ahad, Rilla sorang-sorang pagi tu, ada nurse dari KK datang check Rilla dengan baby. Rilla ok, tapy Zain bertambah kuning. Dia suruh
pergi hospital hari tu atau esok paginya. Meruntun jiwa Rilla dengar nurse cakap macam tu. Risau sorang-sorang. Lepas tu baby kuning kan memang suka tidur. Rilla kena kejutkan untuk susukan dia. Susah sangat dia nak bangun. Rilla dah siap menangis-nagis sambil peluk Zain, "Zain...bangunlah Zain, minum susu. Bonda tak nak Zain sakit". Zain dah kuning, mata putih dia pun kuning. Zain ni suka termenung, jadi bila Rilla tengok Zain termenung dengan mata dia yang kuning, Rilla menangis lagi. Tapi setiap kali nangis, Rilla sorok-sorok, takut orang ingat Rilla meroyan. Rilla hairan masa tu kenapa Rilla rasa sedih sangat-sangat. Google simptom, rupanya, banyak lagi ibu ibu di luar sana yang sama, kena baby blues.
Rilla berpantang sebilik dengan Zain, Kanda bilik sebelah sebab tak muat. Jadi selama 3 hari ni memang tak banyak berbual. Tapi Kanda tahu yang Rilla menangis sepanjang hari tak tentu pasal. Jadi, bila sempat, Rilla akan luahkan kat dia. Masa ni risau sangat kat Zain. Yelah, first time jadi mak kan? Mengejut pulak tu. Hormon haywire lagi, mana tak weng jadinya.
Hari Isnin malam, baru bawak Zain pergi hospital. Ambil darah, check bilirubin Zain, dah tinggi, dalam 300 lebih. Zain kena warded. Masa nak tinggalkan Zain, air mata mengalir lagi, kali ni depan Kanda, tak dapat tahan dah. Sedih sangat. Sampai kan mak Rilla pun nangis sama, agaknya sebab tengok Rilla sedih sangat.
Masa Zain warded, baju nilah jadi pengubat rindu. Baju yang Zain pakai masa kena warded. Tak basuh sebab ada bau dia.
Zain kena phototeraphy
Tapi lepas tu parents Rilla bagi kelonggaran untuk Rilla turun tingkat bawah sehari sekali. Jadi time minum petang Rilla dapat join dan bersembang. Lepas tu terus Rilla rasa baik sedikit. Amazing, hanya dengan berborak dengan family, Rilla rasa lebih ceria. Hari-hari lepas tu tak nangis-nangis dah. Dan nasib baik mak Rilla tak strict sangat bab berpantang. My mum herself pantang strict. Kalau tak mesti lagi tertekan. Mak Rilla ni jenis rileks je. Cuma mak dan ayah minta Rilla berurut 30 hari. Jadi Rilla urut 30 hari lah cuma start lambat lah. Bab makanan, Rilla pantang jugak cuma tak harcore lah. Kira berasa jugaklah lauk-pauk Rilla. Mak Rilla akan pastikan Rilla makan banyak dan lengkap. Alhamdulillah, Rilla kena baby blues ni 3-4 hari je.
So that's it, my postpartum story. Kesimpulannya, masa berpantang, jangan lupa jaga kesihatan mental sekali. Pantang cara Melayu banyak tekan kepada kesihatan fizikal, kurang penekanan terhadap kesihatan mental. Pulak masa belum suci dari nifas, tak boleh solat. Jadi kena banyak berzikir dan dekatkan diri dengan Allah, dan juga selawat. Talk and interact with your support system, barulah ceria semasa berpantang.
Read more about baby blues here