in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

7.8.12

Pengalaman Trimester Pertama

Assalammualaikum semua~~

Pejam-celik sahaja sudah lebih separuh ibadah puasa kita semua. Pejam celik juga, usia kandungan sekarang sudah 22 minggu. Jadi entri ini memang terlambat, hahahaha.

Saja nak cerita pengalaman masa trimester pertama dulu, mana yang ingat la. Overall, it has been a very humbling experience for me. Definitely not an easy breezy one. Macam-macam yang Rilla alami.

Keletihan/Fatigue
Memang letih sangat-sangat. Kadang-kadang lepas balik kerja terus terbaring. Memang banyak kerja rumah Rilla tak larat nak buat. Nasib baik Kanda sangat supportive. Dialah yang gosok belakang Rilla hari-hari, dialah yang tolong basuh baju, sidai baju, cuci toilet, bagai. I feel so lucky that he chose me. Sebab ada kan jenis lelaki yang terlampau chauvinistic, house chores kerja perempuan sahaja. Isteri dah melepet pun, tak tolong. Nasib Kanda bukan begitu.

Muntah-muntah/Morning Sickness
Ini paling mencabar. Sebabnya, Rilla bukan kena waktu pagi sahaja, tetapi sepanjang hari. Dari pagi sampailah ke malam. Pernah Rillah bangun pukul 4 pagi untuk muntah. Pernah juga muntah-muntah sehingga pukul 2 pagi. Memang doa banyak-banyak, harap morning sickness ni untuk first trimester sahaja. Sebab ada bakal ibu yang kena sepanjang 9 bulan kehamilan kan? Rilla masa tu tak dapat bayanglah kalau sepanjang kehamilan muntah-muntah. Lembik hamba. Mangkuk tandas pun boring agaknya tengok mukaku ini. Kat office pun baring je. I cannot afford to take MC sebab kerja terlampau banyak di office. Rilla kerja HR, jaga gaji orang, kalau Rilla MC, tak buat kerja, habis orang tak dapat kenaikan gaji. Jadi gigihkan juga datang office. Time rasa nak tumbang tu, baring kejap. Tak pergi jumpa doktor pun bila rasa nak pitam, takut kena tahan kat hospital :P

Nasib baik bos dan colleague memahami. Doktor pesan, makan dan minum apa saja yang boleh masuk. Memang masa ni air kosong, walhal yang panas, suam, mahupun sejuk, memang tak boleh masuk mulut. Kalau minum juga, mesti muntah. Minuman penyelamat? Ribena! Ini ikut masing-masinglah, ada yang boleh minum air limau, teh o limau, tapi Rilla memang banyak minum jus blackcurrant. Ribena je sudah berbotol-botol beli.

Demam dengan kerap
Rilla selalu demam, kadang-kdang seminggu sekali. Apa yang Rilla boleh buat adalah makan ubat demam sahaja. Ubat selsema memang doktor tak bagi. Batuk pula berpanjangan, tapi O&G Rilla ada bagi ubat batuk. Lepas makan ubat tu, Alhamdulillah, batuk berkurang. Rilla minta ubat batuk masa pergi check-up. Sebelum check-up tu Kanda belikan madu untuk Rilla minum untuk kurangkan batuk.

Kembung Perut/Bloating
Masa minggu keenam tu perasan perut membuncit semacam. Mustahillah baby bump muncul pada minggu keenam kan? Rupa-rupanya bloating. Masa scan pun doktor cakap, banyak gas dalam usus dan perut. Untuk kurangkan bloating ni, Rilla minum 100+, dan ya, dengan gasnya sekali. Doktor cakap takpe, cuma jangan kerap sangat sebab air berkarbonat ni kandungan gula dia tinggi kan? Tapi gas tulah yang bantu Rilla sendawa, keluarkan angin yang ada.

Deria Bau yang Meningkat
Masa ni rasa macam ada superpower, iaitu boleh menghidu dari jarak jauh, hahahaha. Rilla tak ada masalah dengan bau suami ke, bau masakan ke, Alhamdulillah. Jadi bila larat tu, tak ada masalah nak masak untuk Kanda. Cumanya, Rilla boleh detect bau dahulu dari orang lain, dan bau tu kalau kat hidung Rilla lebih kuat. Rilla memang tak suka bau pucuk ubi - ada hari balik rumah mak, bibik tengah rebus pucuk ubi, sampai naik bilik Rilla asyik cakap "busuklah!", sambil memerhatikan kanda yang terpinga-pinga sambil terhidu-hidu "kanda tak bau apa-apa pun?"

Sembelit/Constipation
Tidak membuang air besar selama 4-5 hari adalah normal ketika ini. Doktor ada bagi ubat sembelit, sekali je Rilla makan, lepas tu taubat dah tak nak makan. Sakit memulas tu perit (eleh, baru memulas, belum contraction nanti :O). Mujur perut Rilla dah biasa dengan milo ais sebagai ejen penghadaman. Logik jugalah tidak membuang berhari-hari sebab makannya pun sikit. Jadi agak-agak nak kena buang, Rilla minum milo ais.

Jerawat/Acne
Kat muka naik lah 2-3 biji. Tapi kat belakang badan naik banyak, nasib baik jerawat kecil-kecil sahaja. Kalau jerawat batu tak ke pedih? Untuk muka Rilla pakai pencuci muka Tea Tree brand Thursday Plantation, Alhamdulillah, jerawat hilang. Malas nak pergi Jalan Imbi ambil cleanser Dr. Ting. Cuma yang kat belakang badan Rilla biar je, sekarang dah tak ada dah :)

Kecelaruan Jiwa
Ini normal bagi bakal ibu sekalian. Hatiku ini bagai mudah tersentuh. PAdahal tak ada apa pun. Pantang dengar orang lain cakap dengan nada tinggi, mula lah nak tersedu-sedan di penjuru katil sampai tertidur. Tapi Rilla pujuk diri sendiri, "alah, ni mesti sebab aku pregnant. Kalau tak mesti hati aku kering je". Tengok TV pun nangis (cerita Mobbed dekat Star World tu).


Itulah sedikit-sebanyak pengalaman Rilla. Alhamdulillah, masuk trimester kedua, dak berkurang dah simptom-simptom ini. Masa ni rasa macam banyaknya nikmat Allah bagi yang Rilla tak sedar. Nikmat selera makan terutamanya. Lapar, tapi tak boleh makan dan tak ada selera, seksa juga. Itu baru sedikit yang Allah tarik. Subahanallah. Terima kasih juga kepada Kanda (Kanda baca ke blog ni?) yang banyak bagi sokongan. Really, I'm so lucky to be your wife!

3 comments:

  1. Dlu i pn duk menulis pglmn ni. now dh deliver hr sdr, dugaan ms mengandung adalah msh bearable compared to.sakit bsalin, meneran,dijahit dan sakit ms pantangggg.ergh. tu blum stress bile ank xnk or xreti bf,xde nipple etc. tormenting i tell ya. b ready. hehe. i pn tgh terkjut n adapt with new envrnmt

    ReplyDelete
  2. zimie baru nak alami 1st trimester.wish me luck sobsob hari2 lembik sebab loya,pening,mabuk huhuhu.

    ReplyDelete