in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

24.6.13

Bento #6 - #10

Assalammualaikum dan hai~

Entri bento berjemaah lagi.

#6
Roti sardin celup telur dan peanut butter sandwich. Rilla suka deco ni, nampak cam taman.


#7
Nasi goreng dan beef meatballs.

#8
Nasi goreng udang dan telur dadar je

#9
French toast, potato wedges dan baked beans. Wedges to goreng, tak sesedap kalau bakar.

#10
Scrambled eggs, chips dan peanut butter & jelly sandwiches.

7.6.13

Bento #1-#5

Assalammualaikum dan hai~

Orang berbento, aku pun nak berbento jugak kan? Hahahaha. Kami sudah pindah semula ke Shah Alam selepas 7 bulan menumpang teduhan kasih di rumah mak Rilla di KL nun. Rilla akan bekalkan Kanda dengan breakfast. Masa kat rumah mak, takdelah hari-hari Rilla bekalkan Kanda. Bila sempat je, sebab KL-Ara Damansara (my office) bukan dekat. Penat kat travelling je.

Ni sudah balik ke rumah sendiri, lebih selesa. Yelah, dapur sendiri kan? Ikut suka hati nak berkelentang-kelentung lagu mana pun. Jadi Rilla pun cuba menceburi bidang dekorasi bento. Dah alang-alang buat bekal tu, deco la sikit-sikit. Barang-barang basic macam silicone cups, baran, container dan food picks semua beli kat Daiso. Masuk hari ni, dah 5 hari lah bekalkan Kanda dengan bento berhias.

Day 1
Ok, tak lawa, jangan gelak! Yang bekas atas tu sarapan, sausages, scramble eggs dan betik. Bawak pulak lunch, nasi dengan telur dadar. Sup bayam bekas lain.

Day 2
Looks better right? Sandwich telur dan buah kiwi. Telur tu Rilla pukul dengan bawang dan tebar dalam kuali macam telur dadar, dan tepekkan roti atas tu, kemudia potong. Ala-ala Roti John.

Day 3
Nasi goreng cina je. Dalam silicone cup tu telur dadar yang digulung. Atas dia tomoto slices. LAkiku suka tomato.

Day 4
Pasta goreng dengan daging cincang dan cendawan, dan peanut butter sandwich. Sebenarnya kan, ni first time Rilla goreng pasta. Selama ni tau buat bolognaise je.

Day 5
Beef meatballs, chips and peanut butter sandwich. First time jugak buat meatballs. Main hentam je sukatan dan masuk bahan sesuka hati. Nasib baik jadi. Kentang tu Rilla salut telur dulu sebelum goreng. Kalau makan meat ball sekali dengan kentang, dah rasa macam bergedil dah, hahaha.

Tunggulah Zain dah besar nanti, berazam nak buat bento comel-comel untuk dia.

6.6.13

Amanullah Zain's Progress @ 7 months

Assalammualaikum dan hai semua~

Zain dah pun berusia 7 bulan Selasa lepas, Alhamdulillah. Ada a few skill baru yang dia dapat.

Jelir Lidah
Tak tahu lah kenapa, tapi suka sangat menjelir lidah. Start dari Sabtu lepas. Mungkin dia main-main dengan gusi dia yang dah keras tu. Tapi memang suka sangat dia jelir lidah. Contohnya:-

Ini
Ini
Dan ini
Dan ini! Geram tau!

Main Tiup-Tiup
Ni lagi satu skill dia. Suka main tiup-tiup. Kumpul angin kembung-kembung dalam pipi pastu hebus guna bibir bawah. Kadang selang seli dengan jelir lidah. Geram tau!

Tengah kumpul angin dalam mulut

Main Dengan Kaki Sendiri
Of course masuk mulut. Tengah fasa masukkan benda dalam mulut. Gusi gatal ek sayang?


"Bercakap"
Bukan bercakap macam kita yang dewasa ni. Cuma dia dah pandai sebut dengan jelas macam "wawa". dulu pandai sebu "abubu" je.

Lunges
Pandai menyuakan badan. Contoh kalau orang lain dukung, Rilla datang dekat, dia akan depakan tangan dan menerjah guna badan dia.

Bouncing
Melompat-lompat guna bontot. Selalu buat gitu bila orang dukur atau dirikan dia. Suka beno!

K, bye~