in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

12.12.12

Pengalaman Melahirkan Amanullah Zain

Assalammualaikum dan hai semua~

Alhamdulillah, our bundle of joy has safely arrived! Mari berkenalan dengan anak teruna Rilla yang hensem ni dulu:

Name: Amanullah Zain bin Fuad Suffian (we call him Zain)
Date & Time of Delivery: 4 Nov 2012 - 7.22 am
Weight: 2.32kg
Mode of Delivery: Spontaneous Vaginal Delivery & Episiotomy (Normal & gunting)

Rilla nak kongsi pengalaman bersalinkan baby Zain selain nak abadikan kenangan.

30 Oktober (Selasa) - 1 November 2012 (Khamis)
Mula dari Selasa malam Rilla dah rasa tak sihat. Rasa macam nak demam. And true enough, Rabu tu Rilla demam. Rilla masuk office sekejap, tapi by lunch time, rasa dah tak larat, terus ambil MC. The next day, masih demam lagi,jadi pergi klinik lagi, doctor bagi 2 hari MC sampai Jumaat.

2 November 2012 (Jumaat)
Pagi tu Rilla bangun, badan masih panas. Sambung tidur sebab memang dah ada MC kan? Tapi by lunch time, dah rasa ok, dan masuk office. We were in the middle of a hectic schedule - planning a 500 pax gala dinner in 3 weeks! - belum campur tugas-tugas hakiki lagi,  so I felt guilty taking MCs and leaving the team. Masuk office, buka email, pergi lunch. Masa lunch sempat minum bandung soda, yums!

After lunch, pergi recce hotel (boleh percaya tak 3 weeks before the dinner masih nak  recce venue?). Jadi kami bertolak dari Ara Damansara ke Mandarin Oriental lepas Zuhur. Sampai sana, discuss dengan marketing exec MO, naik turun tengok halls and accomodations. Siap makan hi-tea lagi (teh tarik MO sangat sedap hokey!) Spend masa kat MO dari pukul 3.30 petang sampai malam.

Lepas tu my colleague dropped me off at the office, and I drove back home. Reached home at about 10.30 pm. Nampak tak mak buyung masih ligat masa ni? Kehulu-kehilir like it was nobody's business. Masih mampu drive sendiri kereta manual. Memang takde langsung tanda-tanda nak bersalin. Sampai rumah, mandi, tengok Running Man dengan Kanda, lepas tu kitorang masuk tido dalam pukul 12 tengah malam.

3 November 2012 (Sabtu)
12.30am
Tiba-tiba Rilla rasa basah. Terus terjaga dari tidur sambil rasa confuse. Kenapa pula basah ni? Takkan terkucil pulak? Pergi bilik air, tengok dekat panty liner air jenih ada sikit warna pink, tak berbau. Jadi air ketubanlah kan? Terus blur, tak tahu nak buat apa. Jadi Rilla pun call DEMC dan tanya diorang "Saya mengandung 34 minggu. Sekarang ni dah basah, saya kena buat apa ya?" Diorang pun suruh Rilla datang emergency sebab diorang nak buat CTG. Lepas tu Rilla tanya lagi, "sekarang ke?" (soalan yang agak bengong di situ - fahamilah Rilla memang blur masa tu). Diorang pun cakap "sekarang lah".

Lepas tu Rilla mundar-mandir sekejap. Then google hospital checklist dan start packing barang. Tulah, orang lain 28 minggu dah siap packing. Rilla 34 minggu tak habis beli barang lagi. Masa ni hentam je packing barang, tapi lupa nak pack kan barang Kanda sekali. Dah habis packing, baru kejutkan Kanda. Ni pun memerlukan kesabaran untuk menjawab soalan-soalan mamai dia seperti "kenapa pulak nak kena pergi hospital?" dan sebagainya. Rilla pun layankan saja soalan-soalan dia. Faham,baru bangun, tengah mamai, aku ajak pergi hospital.

1.15am
Sampai DEMC, terus diorang hantar pergi labour room dan pasang CTG. Masa ni dah ada contraction,  tapi sikit je, Rilla tak rasa pun. Reading pun dalam 20-30 macam tu. Kena tukar baju hospital dan diorang bagi pakai maternity pad. Diorang inform kena tunggu Doctor datang dalam pukul 8.30 pagi. Nasiblah hari Sabtu, memang doctor Rilla, Dr. Jumeah buka klinik. Jadi tunggu sahaja sambil nurse-nurse kat situ monitor CTG. Sementara tunggu Dr.  Rilla pun tidur lah. Kanda pula tidur di kerusi dalam labour room tu. Ada juga terbangun-bangun untuk pergi toilet. Cuma nurse memang limitkan pegerakan Rilla sebab takut lagi banyak air keluar.

Masa ni Rilla pesan kat Kanda, jangan beri tahu ahli keluarga lagi, takut diorang panik. Lepas subuh baru hubungi diorang. Eh, aku pulak sibuk takut orang lain panik, patutnya terbalik kan?

8.30am
Dr. Jumeah datang dan buat ultrasound,nak tengok keadaan baby. Alhamdulillah, baby ok, cuma air semakin berkurang dan tinggal sedikit. Lepas tu dia explain la kat Rilla dan Kanda, baby kalau keluar sekarang dikira premature (preemie) sebab baru 34 minggu 6 hari. But it's a good size kalau Rilla bersalin keesokannya sebab estimated weight ikut ultrasound tu 2.1kgs. Dr. Jumeah explain lagi, selalunya bila air keluar, baby boleh urinate untuk refill balik air ketuban, dan boleh teruskan pregnancy ke minggu ke 37 atau full term. Tapi untuk kes Rilla, air dah kurang sangat, memang tak sempat baby nak refill. Ketuban punya koyakan tu besar, mungkin.

Masa ni Rilla anggukkan sahaja apa dr. Jumeah cakap. Memang faham, tapi nak menerima hakikat tu ambil masa. Dr. explain lagi, dia akan bagi Rilla dua kali jab DEXA untuk kuatkan paru-paru baby. Satu jab pagi, dan satu lagi petang (Sakit tau DEXA jab ni). Lepas tu akan buat CTG lagi sekali pukul 10.30 malam dan 5.30 pagi keesokannya. Kalau Rilla dah ada bukaan, dia akan teruskan dengan normal delivery. Kalau tak ada bukaan by 8.00 esoknya, dr. akan induce. If tengah hari tak bersalin lagi, akan induce lagi sekali. Lepas tu by pukul 6.00 petang tak bersalin lagi, kena C-sect. (Doc Jumeah ni, walaupun hospital private, dia push untuk normal sebolehnya). Nurse pesan, kalau nak pain killer jab, just inform. Tapi masa ni Rilla tak rasa sakit pun, so tak ambil lah jab tu.

Maknanya, tak kira apa pun, Rilla kena juga bersalin pada 4 Nov 2012. Hakikat inilah yang Rilla ambil masa nak terima. I thought I have one more month to prepare myself to be a mother. Tapi kehendak Allah, kun fayakun, diakdirkan Rilla akan jadi seorang ibu pada 4 Nov, dan Rilla yakin itulah aturan yang terbaik dariNya.

9.00 am
Rilla dibenarkan masuk bilik. Nothing much to do. Makan, tengok TV. Masa ni sampai ke petang Rilla melayan parents n in laws dan kawan-kawan yang datang. Yang surprise nya MIL datang dari JB nun. Tetiba je dah muncul, macam JB-Shah Alam tu dekat benar je. Rilla cakap kat MIL masa tu "Eh,magiknya Mak datang", haha, bertuah punya menantu. Semua pun terkejut Rilla dah nak bersalin. Kesian kat Mak Rilla juga sebab kena rushing prepare barang dan bilik baby.

10.00 pm
Masa ni ada kawan Kanda datang, masih melayan lagi. Rilla ok je. Contraction pun tak kuat sangat. Parents Rilla dah balik. Mak Rilla tak stay sebab dia kena prepare rumah. Persiapan untuk Rilla berpantang kat rumah beluam buat lagi. Tu yang mak Rilla kelam kabut nak prepare everything. Bayangkan, tilam baby cot pun belum beli. Jadi rakan-rakan sekalian, make sure dah beli semua barang yang penting sebelum minggu ke 28 ye.

My MIL decided to stay with me (syukur sangat) dengan Kanda of course. Pukul 10.30 nurse datang untuk buat CTG. Masa ni Rilla dah mula rasa sakit sikit. Bila sakit Rilla akan pegang tempat gantung drip tu kuat-kuta sambil kawal pernafasan. Sebarang pertanyaan masa ni memang Rilla tak layan, huhu. Kanda tengok mesin CTG tu, reading dah 100 lebih (dah sakit lah tu).

11.30 pm
Lepas dah cabut mesin CTG, nurse remind, jangan banyak sangat bergerak, baring je, unless nak pergi buang air kecil. Kalau rasa nak buang air besar, jangan pergi toilet, sebaliknya, panggil nurse. CTG seterusnya akan dilakukan pada pukul 5.30 pagi. Kanda pun maklum benda ni. Masa ni contraction Rilla jarak dalam 6-7 minit. Memang sakit, tapi masih boleh tahan. Tekad kalau contraction selang 3 minit bau nak panggil nurse. Masa ni Rilla bangun pergi toilet sebab rasa loya, dan Rilla muntah-muntah. Bukan muntah apa, muntah gastrik yang pahit tu. Nasib ada MIL yang tolong gosok2 belakang Rilla. Lepas tu Rilla cuba tidur balik. Tapi susah, bila terlelap je, sakit contraction datang, dan mula Rilla paut pada tiang drip tu. Sambil-sambil tu Rilla tulis masa contraction dan berapa lama contraction tu berlaku.

4 November 2012 (Ahad)
3.30 am
Masa ni Rilla bangun dari tidur sebab rasa loya. Rilla pergi bilik air untuk muntah lagi, tapi tak banyak lah. Keluar lagi muntah pahit tu. MIL tanya Rilla ok ke tak? Lepas tu rasa macam nak buang air besar, terus tekan butang panggil nurse. Nurse datang je, Rilla tanya "sya rasa nak buang air besar lah. Boleh tak?" Nurse terus cakap "Eh, Jangan! Jangan teran. Takpe, kita pergi labour room". Cepat-sepat dia pergi ambil wheel chair. MIL terus kejut Kanda. "Wad, bangun. Rilla dah nak turun" Tahu tak Kanda cakap apa? "Kenapa pulak kena turun sekarang? Baru 3.30" dengan nada tak puas hati. Boleh tak dia tanya gitu? Sudahnya Rilla biar jel MIL layan soalan-soalan mamai Kanda. Yang penting aku turun dulu.

Sampai labour room datang nurse nak check bukaan. Rilla dah prepare lah nak rasa sakit sebab orang cakap kena seluk ni sakit. Tapi elok je nurse tu buat, Alhamdulillah, tak rasa sakit pun. Dia cakap dah 2.5 cm. Siang nanti bersalinlah.

Rilla pun fikir, oh, baru 2.5cm. Sebab mengandung anak pertama kan,orang cakap lama kena tunggu untuk laluan tu terbuka. Jadi Rilla budget tengah hari lah baru deliver (pandai benar aku budget sendiri). Jadi Rilla terus baring dan cuba rehat. Nurse datang, tengok CTG, contraction dah tahap menyakitkan. Terus dia suntik pain killer. Kurang sikit sakitnya. Dia cakap kalau nak epidural nanti, bagi tahu lah. Rilla cakap tak perlu lagi sebab masih boleh tahan.

6.30 am
Nurse datang lagi, untuk check bukaan, dah 5cm. Oh, ada separuh lagi. Jadi Rilla budget dalam pukul 9 pagi tu deliverlah kot. Masa  ni sakit makin bertambah. Nurse bagi hirup gas. Gas ape pun aku tak tahu, tapi best. Higgggggh je rasa, and off I went to lala land.

Lepas tu MIL turun bawakkan air zam-zam. Husband baca selawat dan bagi Rilla minum dan sapu kat muka, ubun-ubun dan perut Rilla. Sebagai ikhtiar pemudah cara. Orang cakap buat selusuh la. (I read somewhere, jangan guna akar fatimah). Lepas tu dia minta izin nak bilik untuk mandi. Rilla pun ok-kan aja, sebab budget lambat lagi nak deliver. Tukar shift dengan MIL. MIL urut-urut kaki Rilla sambil baca Rabbi Yassir.

6.45 am
Sungguh! Sakit amat. Masa ni Dr. Jumeah yang datang untuk check bukaan, dah 8cm! Eh? cepatnya. Masa ni kaki Rilla dah terangkat-angkat, Rilla berpaut pada pagar katil sampai bergegar-gegar. Masa ni hanya mampu baca "La hau la wala qu wata illa billah" Sungguh, Rilla tiada daya, dan sungguh kekuatan hanya dariNya. Orang cakap bersalin itu pertarungan nyawa. Betullah statement itu. Masa ni doa banyak-banyak, janganlah gugur imanku kerana kesakitan ini. Buatnya nyawa ditarik kala iman gugur?

Rasa nak teran sangat-sangat, tapi tahankan juga sebab tahu kena tunggu 10cm. Teran sekarang, koyak banyak nanti,padan muka. Masa ni gas tu tak mainkan peranan sangat. Tapi Rilla still sedut walaupun tersekat-sekat (patutnya kena sedut dalam-dalam).

7.00 am
Homaihhh, rasa nak teran sangat ni. Kanda tak turun lagi. Rilla tanya MIL "Mak...Wad mana mak?" MIL kelam kabut call Kanda, tapi tak dapat. Tahulah kan coverage Celcom kat Shah Alam ni? Lama benar mandinya. Rilla tahankan teran sebab tahu Kanda nak witness semuanya, nak teman kan Rilla. Tapi Rilla dah sakit sangat sampai kaki tertendang-tendang sambil jerit "Allah" dan mengerang-ngerang.

Nurse tanya MIL "Suaminya nak masuk tak?" MIL cakap "Nak. Tapi saya telefon tak dapat ni". Dr datang, siap-siap pakai scrub semua sambil 3-4 orang nurse prepare barang. Masa ni dah lega "Oh, dr. dah datang, kejap lagi boleh teran". Tapi Kandanya nan hado lagi nih. Dr. mula explain macam mana nak teran nanti (my antenatal class were scheduled the week after! tak sempat nak pergi, dah terberanak).

Katil Rilla ditegakkan. Diorang suruh Rilla letak kaki kat pedal tepi katil. Pedal dia macam kat motorsikal tu. Atas pedal tu ada tempat pegang masa nak teran. So I positioned myself. Tup-tup Kanda dah ada kat sebelah. Terus dia pegang kepala Rilla.

Dan puuuuussshhh. 2 kali push yang pertama tak berjaya sebab Rilla tak berapa reti. Tapi masa ni tak sakit. Rilla just teran bila rasa nak teran. Dia ada rasa macam memulas dan kita akan memang tahu sendiri bila nak push. Dr. bagi tips masaa ni, bila teran curi nafas supaya baby tak masuk balik ke dalam.

Rasa nak push lagi, Rilla tarik nafas dalam-dalam dan push selama yang boleh, baby dah lepas bahu. Lepas tu Rilla tahan dan curi nafas dan push lagi sekali, Alhamdulillah, baby pun keluar. Masa push ni dr., nurse dan Kanda yang banyak bagi dorongan. Bila Rilla push dengan betul diorang cakap "Pandai..sikit lagi...sikit lagi". Kanda's presence was Allah's gift. Sangat tenang bila push Kanda usap dan kiss ubun-ubun. Baby keluar je, mak aih, punya nyaring dia nangis. Nama je preemie. Suara tak padan badan.

Baby keluar, dr. cepat-cepat gunting tali pusat dan terus bersihkan (tak letak kat dada Rilla). Dia explain premature baby tak boleh sejuk-sejuk. Kena cepat-cepat hantar pergi NICU. Rilla hanya nampak sekilas sambil nurse goyang-goyangkan perut untuk keluarkan uri. Lepas bersihkan, Kanda azankan, lepas tu letak sekejap dekat lengan. Rilla masih belum boleh tengok muka bab sebab kepala dia mengadap Rilla.  Hanya sempat cium kepala dia dan off he went to the NICU.

Kanda terus teman Rilla sebab dr. nak jahit. Masa jahit ni ngilu walaupun dr. dah suntik pain killer. Nak paut kat tempat tangan tadi diorang dah turunkan. Kanda suruh paut tangan dia "Tak apa. Dinda genggam je tangan Kanda kuat-kuat". Rilla tanya APGAR score baby ok tak. Dr. cakap ok, cuma kulit dia biru sikit.

Lepas habis jahit, diorang suruh Rilla tidur sejam sebelum dibawa naik ke bilik balik. Masa ni badan,kaki, tangan semua menggigil.. Tak sejuk, tapi menggigil. Dan Rilla pun tidur.

Zain - 1 hari.
Dah malam baru Rilla dapat bangun, pergi NICU untuk tengok baby. Alhamdulillah, dia tak perlu masuk incubator sebab berat dah lebih 2kg. Cuma duduk bawah radiant heater je. Tapi masih sedih tengok wayar berselirat. Masa ni dia on drip. Tapi preemie pun, nangis kuat hokey, mentang dia sorang je kat NICU tu. Oxygen dome tu pun ditolaknya.

Zain kena tahan 5 hari sebab dia on antobiotik. Kena habiskan antibiotik tu baru boleh discharge. Jadi Rilla pun tinggal kat hospital supaya senang nak susukan dia.


Masa subuh-subuh dikejutkan sebab nak susu. How can you not melt when seeing this face?

Masa nak discharge - 9 November - my birthday! Best birthday present ever!

Entri ini dipublish pada 12.12.12, EDD Amanullah Zain. Sekarang dia sudah 1 bulan 8 hari, Alhamdulillah.

20 comments:

  1. EDD today? wahh.. best2.. semoga baby zain sehat dan membesar bagai johan! syabas 34 weeks pun lepas 2kg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. agaknya perut mak dia sempit. tu yang keluar awal tu

      Delete
  2. tahniah rilla..berdebar2 sy baca entry awk..hehe..sy pulak yg gementar lebih :D dlm debar2 tu lawak jugak hehe :))

    ReplyDelete
  3. berjaya habiskan ! tahniah rilla. baby ada iras muka rilla. orang tua-tua ckp kalau anak laki ikot muka mak maknanya sejuk. Suami sayang ;)

    ReplyDelete
  4. wow. ur story lain dr yg lain hehe.alhamdulillah yg penting semua dh selamat. zain xsabar nk tgk dunia tu hehe

    ReplyDelete
  5. I think gas tu yg m'bantu percepatkn bukaan.coz it's same happened to me.after sedut gas tu bukaan mmg sgt cpt and doc sendiri pn ada ckp that gas will help utk cptkn bukaan.die dh wt eksperimen ktenye.huhu

    ReplyDelete
  6. Wa..congrats rilla. Fuhh teringat maser bersalinkn firas dulu..kene tahan 5hr gak coz lahir 37w. Tak cukup 38w...

    ReplyDelete
  7. hi dear. salam kenal. im momy cha.
    tahniah sesangat. wahhh! i read ur entry lines by lines tau. sangat-sangat terharu. samalah kita beranak di DEMC, cuma i dengan DrZamri, and will go for my delivery soon for my 2nd baby insyallah thn depan, but this time dgn Dr. Norleen pulak. Same as my baby..kena admit NICU sebab hypo & paru-paru lemah. tapi dia tak premiee. Seminggu kat DEMC. Bil septal jgn tanya berapa. Subuh pagi derang dah kol utk nyusu baby...pengalaman mendeawsakan. Ape2 pon..tahniah. And for me DEMC is a very good hospital, instead!
    :)

    ReplyDelete
  8. yeahh..kite bc smpai hbis..

    Indahkan pjalanan mjadi seorg ibu yg Allah da aturkn...tahniah rilla...

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah rilla.syukur semuanya dipermudahkan.takpe premie yg penting baby sihat :)

    ReplyDelete
  10. Masya'Allah, Alhamdullilah Rilla. Tahniah. Tak sedar air mata boleh bergenang bila baca entry Rilla ni. sobsobsob

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah... tiap kali baca story ibu-ibu ceritakan pengalaman bersalin..mesti rasa rindu nak pregnant dan bersalin lg.. even anak baru 6 bln.. itu la saat2 terindah menjadi seorang ibu kan..

    ReplyDelete
  12. alhamdullillah selamat semuanya...

    ReplyDelete
  13. nice sharing rilla.
    congrats sbb dah berjaya jadi mummy kepada anak yg comel =)

    ReplyDelete
  14. Rillaaa.... i baca from start until the end.. what a great experience u have there.. alhamdulillah sumer selamat, ur baby sgt hanshom..! :)

    ReplyDelete