in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

25.6.12

Macam Mana Saya Tahu Saya Hamil?

Amaran: Entri ini panjang berjela.

Assalammualaikum dan hai korang!
(ada kah yang masih baca blog ini?)

Eh? Tiba-tiba je Rilla hamil? Siapa yang add Rilla di Facebook mungkin sudah tahu. Sekarang sedang menjalani minggu ke-16, Alhamdulillah.

Rilla malas nak buat pengumuman "Saya sudah disahkan mengandung! Menangis kegembiraan" sebaik sahaja dapat keputusan positif di alat UPT di FB atau di blog atau di mana-mana. Tidak salah membuat pengumuman seperti itu, cuma Rilla bukan manusia jenis itu.  Emosi yang Rilla rasa berlainan. Bahkan, bila Rilla memberi tahu kepada ahli keluarga dah saudara mara juga, bukan dalam bentuk pengumuman, hanya bila mereka bertanya "Sudah ada isi kah?", barulah Rilla menjawab. Malas untuk menarik perhatian kepada diri mungkin. Sudahnya, masih ramai yang belum tahu yang Rilla sudah hamil.


Our Approach on Having Our First Baby


Rilla dan Kanda bukan pasangan yang terburu-buru untuk mendapatkan anak. Tidak bunting pelamin pun tidak apa (atau mungkin lebih bagus). Sejujurnya, kami tidak kisah menunggu setahun untuk mendapatkan anak, cuma kami tidak membuat apa-apa perancangan. Kami berserah sahaja kepada Allah untuk menentukan masa yang Dia rasa paling sesuai untuk kami menjadi ibu dan bapa. Atas nasihat Ayah Rilla juga, kami tidak terburu-buru untuk mendapatkan anak, Ayah Rilla pesan "Give yourselves six months to know each other first". Ini sama dengan apa yang Rilla belajar dalam subjek Psikologi Keluarga dahulu. Lagipun Rilla rasa belum bersedia secara mental, ilmu belum cukup untuk jadi seorang ibu. Jadi isteri pun masih terkedek-kedek, apatah lagi seorang ibu (padahal umur dah 28 tahun, sedarlah Rilla oi, kau bukannya muda lagi). Hasrat di hati mahu berdua-duaan dengan Kanda dahulu. Mahu melancong ke sana-sini dahulu. Tapi, Allah maha mengetahui.


Sebenarnya Rilla tak sangka boleh hamil seawal ini, dengan inai masih belum hilang (kat jari kaki masih merah pekat tau). Rilla rasa macam ni sebab Mak Rilla dulu hamil selepas setahun berkahwin. Tambahan pula, haid Rilla memang tak teratur. Jadi, Rilla memang tak ambil tahu bila waktu subur, bila tak. Malas, haha. Jadi memang berserah sahaja.

"When you're pregnant, you just know"


Pernah dengar ayat ini? Tak kisahlah pernah atau tidak, tapi bagi Rilla, ayat ini memang ada kebenarannya. Mula-mula, terdetik kat hati yang "aku ni hamil agaknya". Ya, memang terdetik selepas Rilla pening dan loya. Tetapi bagi Rilla, pening kepala, loya dan muntah-muntah adalah normal. Tekanan darah Rilla agak rendah, jadi pening itu adalah satu kebiasaan. Rilla juga ada gastrik dan metabolisma yang tinggi. Jadi Rilla cepat lapar dan perut cepat masuk angin. Bila perut masuk angin, Rilla akan muntah-muntah, terutamanya di waktu pagi. Memang haid lambat, tapi bagi Rilla, itu juga normal. Kadang kala Rilla sehingga dua bulan tidak datang haid. Jadi, memang Rilla bergantung kepada gerak hati.


Bila terdetik saja di hati macam tu, terus teringat seminggu dua sebelumnya ada darah yang keluar yang Rilla ingatkan darah haid. Tetapi warnanya lain, agak kecoklatan. Dan ia cuma sedikit tompokan, dan keluar hanya sekali. Masa itu Rilla sangka mungkin haid yang tidak teratur. Tetapi rupa-rupanya ia adalah implantation bleeding. Cuma masa itu Rilla tidak tahu. Selepas terasa diri ini hamil, baru teringat balik. Kemudian Rilla tanya seorang rakan sekerja Rilla yang Rilla anggap macam kakak, "kalau pregnant, ada spotting ek?". Dan dia cakap "Iya, silalah membuat test".


Kemudian, pada suatu Khamis, sebelum pulang ke rumah, Rilla singgah di farmasi untuk membeli UPT. Beli pula sampai dua, beli yang jenama Clear Blue dan lagi satu jenama generic sahaja. Rilla emang jenis itu, mahukan kepastian. Walaupun tahu jika mahu membuat UPT seeloknya adalah dengan menggunakan air kencing pertama di pagi hari, Rilla buat ujian petang itu juga. I just need to be sure and confirm my instinct.


Tak sangka pula buat UPT ni cepat sahaja keluar keputusannya, Rilla ingatkan kena tunggu dalam lima minit tapi tak sampai seminit dah keluar result. Billa Rilla buat, garisan tersebut terus keluar seolah-olah tiada keraguan di situ, terutamanya yang jenama ClearBlue tu. Dan kedua-dua UPT adalah positif. Terus rasa berdebar dan terkejut ddan terkesima. Jujur, itulah reaksi Rilla. I didn't expect to be pregnant this early at all. Lepas tu berfikir-fikir, bila pula nak bagi tahu Kanda? Tunggu keesokkan harinyakah? Atau hujung minggu kah? Yang, Rilla pernah mempunyai perasaan untuk menyimpan berita ini dahulu.

Tapi akhirnya Rilla bagi tahu Kanda malam itu juga.

Reaksi Kanda? Sama jugak macam Rilla. Terkejut dan tak terkata apa. Yang sebenarnya, dia tak tahu pun macam mana nak baca UPT tu. Lepas Rilla terangkan barulah dia cakap "Oh, ok". Seterusnya kami membuat keputusan untuk jumpa O&G pada hari Sabtunya.

Ultrasound Kali Pertama

Sabtunya kami berjumpa doctor untuk membuat pengesahan. Doctor scan dekat perut, tapi susah nak nampak janin tu sebab perut Rilla banyak angin. Lepas itu scan dari bawah, barulah nampak. Masa itu janin tersebut kecil lagi, tidak sampai 1cm pun. Doctor estimate kandungan berusia 4-5 minggu. Lepas scan tu kami keluar dari bilik doctor masih lagi dalam keadaan macam tak percaya Rilla dah hamil.

Jangan keliru ya, kami gembira dengan berita ini, cuma terkejut sahaja. Jadi rasa teruja tu datang lambat sedikit. Kami amat bersyukur dengan kurniaan ini. Dalam hati risau, bolehkah Rilla jadi ibu yang baik, sudah bersediakah diri ini? Sebenarnya sudah, cuma Rilla sahaja yang tidak tahu. Yang tahu cuma Allah sahaja, dan Dialah yang mengetahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

18 comments:

  1. saya pernah berimaginasi ttg kehamilan slps kahwin nanti. dan imaginasi saya sgt sama dgn cerita rilla ni.. xtau nak ckp saya mahu awal atau tak kisah lewat :(

    apa-apa pun tahniah rilla :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, in the end berserah je lah. Thank you!!

      Delete
  2. tahniah Rilla. i dh agak masa kdg2 tgk notification kt FB n saw ur status. but xberapa sure so i just diam je mls nk tye2 hehe. take care :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eceh, main agak2 gitu. You pun take care jugak.

      Delete
  3. Tahniah Rilla... insyaAllah, Rilla boleh jadi ibu yang terbaik. Doa & tawakkal. Allah knows better.

    ReplyDelete
  4. Hehehe. Rilla pun masa nak tunggu results tu berdebar tau. Tapi macam tulah, mungkin sebenarnya dah bersedia, cuma Rilla je yang tak sedar.

    ReplyDelete
  5. hurm. semoga Rilla dpt jd ibu solehah. tk care sis.

    ReplyDelete
  6. Tahinah Rilla,semoga dipermudahkan semuanya..:)

    ReplyDelete
  7. Salam am...
    juz found ur blog..miss u babe..

    btw dora nk wish congrats..
    jaga diri n baby baik2..
    bykkan mkn kurma & kismis..
    buah delima pun bagus jugak klu amalkan..
    de jual kat cold storage ;)

    hopefully pasni turn dora plak.. doakan ye (^_^)

    ReplyDelete
  8. selamat menjalani kehidupan baru bersama permata hati tercinta dan disisi kanda tersayang.

    ReplyDelete
  9. wah beshnye...saya pun ade spotting minggu lepas..tak tau bile nak buat test upt. takut negetive pulak

    ReplyDelete
  10. Hurm best entry ni ...
    New Update : http://whyvenusmarscollide.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. selamat ya sudah menjadi Ibu Hamil..
    semoga diberi kelancaran kedepannya..
    salam

    ReplyDelete
  12. Shakira bru je test utp ni, keluar 2 garisan.. Debar2 dah ni..

    ReplyDelete
  13. Tumpang gembira ya.maaf ganggu sdang nk bca2x trjmpa plk blog nie sya ska pnuh kgembiraan tahniah smua ya.saya juga tringin mahu mcm kamu tapi allah mha kuasa.saya so young 18 but tringin nk ada baby udh khawin dh 2 thun lebih.tahniah smua alhamdulillah

    ReplyDelete
  14. Tahniah Rilla. setiap kali pregnant mesti rasa seronok lagi2 bila 1st pregnancy

    ------

    boleh dapatkan Supplement untuk ibu mengandung & supplement untuk anak-anak dengan saya (whatsapp : 0137075966)TQ =)

    ReplyDelete