in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping
Showing posts with label Events. Show all posts
Showing posts with label Events. Show all posts

8.1.14

GBSB December Rainbow Birthday Party

Assalammualaikum dan hai~

Haaa...entry tertinggal keretapi ni, dah berkurun baru nak update. 25 Disember 2013 yang lepas, mummy-mummy GBSB ada organize birthday bash untk 6 anak gojes (Zain, Sofiyya, Rayyan, Iman, Syasya & Ammar) bertempat di Dewan Flat Taman Dato' Ahmad Razali Ampang.

Mulanya berbelah bagi jugak nak pergi. Teringin nak jumpa masing-masing, tapi iols ni pemalu noks. Diorang invite awal, dari bulan 11 lagi rasanya. Kebetulan pulak, lepas Zain discharge hari tu, terus duduk kat rumah Mak kat Keramat sebab nak bagi Zain betul-betul sihat sebelum masuk taska semula. Dah alang-alang dekat tu kan, ku tabahkan hati untuk pergi jua. Tapi clash la pulak dengan family gathering. Birthday party mula pukul 4.30 kat Ampang, family gathering pukul 5 kat Keramat. OK lah tu, boleh pergi kejap.

Sampai sana, dah agak ramai jugak la geng gojes. Sempat jugak bergambar ramai-ramai masa awal majlis.

Posing ramai-ramai, kidnap gambar dari Mommycha

Daku pergi memang sekejap sangat. Setakat sempat makan semangkuk laksa yang sedap, salam cium sikit-sikit. Ampun, Rilla memang tak cam ramai orang. Itulah masalah Rilla, susah sangat nak cam orang. Siapa yang Rilla dah kenal lama tu kenal la.

Bergambar dengan Lyana & Nana. Togel sangat mukaku, beg makeup tertinggal kat Sha Alam, pasrah je la.

Kek pun haruslah rainbow. Sebab cabut awal, tak dapatlah nak merasa.

Gambar sekitar majlis yang sempat ku snap.

Rilla tak bergaul sangat sebab dok melayan budak ni main kat stage. Sebab Zain belum boleh berjalan, makanya duduklah kau atas stage tu.

Akhir sekali, gambar bertiga, Umie yang tolong snapkan. Thanks Umie! Perutmu comel amat!

Again, mintak maaf sebab tak cam sangat orang, dan juga tak berapa nak beramah mesra, Rilla ni pemalu oii, haha. Lain kali kalau ada lagi party, tak datasng kot, malu amat, koh koh koh. Tapi apa pun best party ni, enjoy. Terima kasih kepada organizer. To the birthday babies, hope you'll enjoy the bentos your mummy will prepare for you~

19.12.13

Long Service Award 2012

Assalammualaikum dan hai~


Rilla tak pernah kan cerita pasal kerja? Hahaha. Ala, kerja Rilla biasa-biasa je, kerja office macam orang lain jugak. Cuma satu ni Rilla terasa nak cerita.

Rilla telah ditugaskan untuk lead dan organize satu dinner event. Dinner ni khas untuk meraikan kakitangan kat company Rilla yang dah bekerja selama 20, 25, 30 & 35 tahun. Once you reach these milestones, you'll recieve an award from the company. Dinner ni memang ditunggu-tunggu la oleh penerima-penerima award ni.

Sepatutnya, colleague Rilla, Kak Su yang lead. Rilla tolong-tolong saja, jaga bahagian hadiah. Tapi disebabkan tugas hakiki Kak Su masa tu banyak deadline yang berderet-deret, dia tak menang tangan, tugas ni dipindahkan kepada Rilla. Tapi bukan Rilla lead sorang, co-lead la. Kiranya ada dua mak pengantin.

Eventi ni buat kat Holiday Inn, Melaka, 24 Oktober lepas. Overall, Alhamdulillah, the event went smoothly despites few hiccups during the planning period. Yang penting, bila habis event, CEO cakap we did a great job! Wahh! Puas hati aku!

The table setup

On the decoration side, I'm very pleased with our florist. Bunga yang dia guna semua imported. Rilla kan penggemar bunga, memang suka lah! Hydrangeas, cala lilies, orchids and few local plants and flowers. Pernah tengok tak hydrangea yang petals dia 4 lapis? Lawa sangat! Subhanallah.

Our host for the night - Lisa Wong

We hired Lisa Wong to be our MC. Dia ni comel sangat, hahah. For entertainment, we hired Majlis Bandaraya Melaka Dancers sebab dah buat kat Melaka kan? Jadi nak performance yang ada elemen Melaka gitu. Then we also invited Rahmat Mega and Ning Baizura to perform.

Rahmat Mega suara maintain I tell you! Selamba je tarik suara tinggi-tinggi.

Ning Baizura! Rilla suka Ning punya lagu-lagu lama. Dulu nak balik kampung, Ayah Rilla akan pasang keset Ning dalam kereta.


I couldn't thank my team enough for making this event a successful one.

Baju aku tempah kat Pak Sarip, hahah


I'm extremely fond of these people :)