in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

7.1.16

I Made Progress!

Assalammualaikum dan hai!~

Finally, I made some progress with baby-prepping. Berbasuh juga baju-baju baby akhirnya. Last Saturday we went to buy some items for the baby. Tak banyak, cuma 4 pasang baju, bedak cornstarch, wipes dan sabun basuh botol. But man, the shopping made me exhausted! Sejam setengah je pun kat shopping mall tu. Lepas ni shopping online je lah.

Batch putih

Tak beli banyak sebab banyak barang Zain masih elok. Baju-baju, 90% baju Zain. Bath tub, ring sling, bedung, barut semua masih elok. Jimat :D Cuma ingat nak beli set pengurusan uri, senangkan kerja Kanda.

I managed to complete the hospital bag....CHECKLIST! Hahahaha.

Here's my hospital checklist, paste in on a wall, on top of my suitcase.

And these are the things that I've "packed" (more like threw in).

Weekend ni sambung lagi.

29.12.15

9 Weeks To Go

Assalammualaikum dan hai~

Masya Allah, cepatnya masa berlalu. I've entered my 31st week, Alhamdulillah. This pregnancy is more challenging than the previous one. Tapi takpe, insya Allah ada hikmah.

Apparently, I'm one of the lucky few that get to "enjoy" prolonged morning sickness. I'm still throwing up as to date. I was looking forward to the I-want-to-eat-everything phase, but alas, looks like it won't be happening this time. I was actually dreading meal time, huhu. But at least it's not extreme up to the point of hyperemesis *counting my blessings*.

My back pain is excruciating now that I'm nearing full-term. Dah tiga hari dah tak dapat tidur sebab sakit sangat. Nak lelapkan mata pun susah. So I distract myself with reading. Membaca sampai tertidur kaedahnya. Tapi bila terjaga malam (sebab nak pergi toilet/cramp/Zain hempap), dah susah nak tidur balik. Tabahlah Amrillah, Allah nak bagi rezeki kan? Sikit je lagi...

It's just that I feel like a failure sometimes, not being able to perform my duty as wife and mother. Nak layan Zain main pun sambil baring, tak puas hati mamat tu. Sedih tau.

On baby-prepping, we have yet to purchase anything. Tapi, yang penting macam pack beg hospital pun tak buat lagi. Insaflah wahai diri. I should really learn my lesson. Konon nak pack minggu lepas. Harapan tinggal harapan. Sebab tak sihat, maka diri ini terdampar sahaja bagai ikan paus yang tersisih di tepi pantai.

Kerja pun satu hal lagi...risau ni. Dapatkah bermaternity leave dengan aman-aman? Siapa yang akan cover nanti? Risau dan stress ni mikirnya. Dok terbayang tengah kelam-kabut anak nangis boss telefon, mahu pening nanti.

Bila fikir, lagi 9 minggu je (itu pun kalau genap 40 minggu), mulalah gelabah. Tapi gelabah-gelabah pun tak ada juga progressnya, hahaha. Konsep pasrah sangat ni. Hopefully, hunjung minggu ni adalah sedikit kemajuan.

Doakan saya ya :)

3.12.15

The Second Round

Assalammualaikum dan hai~

Wah tak sangka ada yang still baca  blog ni.

So...I'm pregnant. Haven't announce this in any social media (FB/IG). Siapa yang tahu, tahulah. People says, every pregnancy is different. Betul lah tu. But most of the symptoms are the same. I'm on my 27th week now. Fuhhhhh. Sebenarnya tak expect pun, macam rezeki tiba-tiba gitu, Alhamdulillah. Dapat tahu pun masa kandungan dah 6-7 minggu macam tu.


I'm extremely exhausted most of the time nowadays, maybe I'm pregnant in my 30s - is that even a factor? Not sure. Kalau nak buat kerja, Rilla akan make sure buat pagi-pagi - tapi selalunya kerja-kerja fizikal ni, kalau mula pukul 8 pagi, pukul 11 dah penat. Petang jangan cerita lah, apatah lagi malam. Melepet sahaja bagai cacing tidak bertulang.

My degenerative spine has also worsen. Baru 6 bulan lebih, tapi solat pun dah kena duduk. The pain usually intensifies at night. Kadang-kadang terpaksa minta husband urutkan walaupun tahu dia penat. Tapi selalunya bila dia tengok Rilla jalan dah terbongkok-bongkok seperti nenek-nenek si bongkok tiga, dia sendiri akan offer untuk urut. Thanks, sayang! Love you long time! Dah jumpa doctor, tapi memang tak boleh buat apa. Rilla dah book physiotherapy appointment. Hopefully, dapatlah belajar exercise yang bersesuaian. Most of the exercises I've learnt before, I can't do them now.

Morning sickness lasted longer this time. Sampai 6 bulan kau. Selalunya akan muntah time awal pagi kemudia sambung belah petang hingga malam. Nasib baik masuk 6 bulan dah berhenti.

Zain pulak, masa mula-mula dia sangatlah clingy. Asyik nak berpeluk. Nak Bonda mengadap dia je. Tapi lately dia ada macam love-hate relatioship dengan Bonda dia ni pulak. Takde sebab, tiba-tiba tak nak kawan dengan Bonda, cubit-cubit Bonda. Tapi kadang-kadang cium-cium Bonda. Sekarang ni tak larat dah nak main wrestling dengan dia, Ayah dia la yang banyak melayan. Such an energy-draining child. Lelaki lah katakan.

I haven't done any baby-prep. Tapi tak lah risau sangat sebab yang basic dah ada. More to buying nursing supplies je lah kot. Setakat baju-baju, shopping dalam pantang pun boleh. Online shop kan banyak, hihu. Cuma nak memunggah tu lah tak tahu bila. Having history of premature delivery before, I have to be prepared. Dalam bulan January next year dah kena start packing dengan basuh baju-baju baby. I have quite a number of annual leave to be utilized by end of the year, mungin boleh lah guna untuk memunggah dan mengaudit apa yang boleh dipakai. Oh, my EDD is on end of February, by the way.

Looking forward to meet you baby!

25.10.12

My 3rd Trimester So Far - 33 Weeks

Assalammualaikum dan hai

Pejam-celik, dah 33 minggu dah. 7 more weeks and I'll be 40 weeks pregnant. Cuma nak cerita perngalaman kehamilan setakan ni.  My 2nd trimester, Alhamdulillah, went smoothly. Tak banyak masalah. Kecualai sakit pinggang, tapi tu biasalah kan? Semalam dah pergi check up di DEMC. Alhamdulillah, semua ok.


  1. Berat badan dah naik 10kg! Pre-pregnancy weight was 43kg. Sekarang 53kg. First time merasa berat lebih 50kg. Sebelum ni paling berat pun 47kg je.
  2. Berat baby 2.4. Which is quite big for my petite frame. Rilla target nak deliver baby 3.0kg ke bawah supaya senang nak bersalin normal. Tapi tengok perkembangan baby, macam besar je? Last 2 weeks timbang baru 2kg. Kira dia naik 0.4kg dalam masa 2 minggu! Dan tulang femur dia panjang, ok ini memang keturunan aku semua pun kaki panjang.
  3. Baby dah pusing, kepala dah di bawah. Memandangkan kaki dia panjang, dan perut Rilla pendek, maka bila dia melakukan aktiviti regangan, Rilla akan rasa sakit. Lagi-lagi bila dia tendang tulang rusuk.
  4. Baby sangat aktif. Kalau buat kiraan, pukul 12-1 tu dah cukup 10 kali gerak (kira dari pukul 9). Cuma kalau aku banyak berjalan pukul 2-3 baru abis gerak.
  5. Dah tahu gender! Hahaha. Yang ni kelakar. Semalam scan dia tutup muka, tapi mengangkang dengan obviousnya. Memang terang-terang nampak genital dia. Tu pun Rilla tak tanya, tapi doktor yang bagi tahu.
  6. Morning sickness datang kembali. Masuk je minggu ke 30 ni, Rilla dah mula balik loya-loya. Aku tengok orang lain 3rd trimester, berselera sungguh makan. Aku tak lalu. Lagi kalau seafood, kembang tekak.
  7. Sakit pinggul yang amat. Bila urat tegang, sampai ke lutut ditariknya. Cramp pula dalam selang sehari, dapatlah merasa. Kanda adalah pengurut peribadi Rilla, hahaha. Tapi kesian jugak kat dia. Takdelah hari-hari Rilla minta urut. Cuma kadang-kadang, sakit sangat, sampai menangis-nangis menahan. Kadang-kadang Rilla pergi buat prenatal massage untuk kurangkan sakit tu. Tapi kejap je, pastu sakit balik.
  8. Discharge dah banyak. Sangat annoyed dengan keadaan ini. Rilla suspect kena infection, which is normal during the 3rd trimester (ikut research yang Rilla buat melalui internet). Alang-alang dah pergi check-up semalam, highlight sekali kat doktor pasal discharge tu. First time kena masuk speculum. Tapi takdelah sakit mana pun, Alhamdulillah. Yang penting kena rilax dan chill. Sambil doktor masukkan speculum tu Rilla dok menatap gambar baby yang doktor print. Lepas tu kena swab, sekarang tengah tunggu result dari lab. Doktor bagi Canestan untuk pakai semalam.


Inilah rupa speculum. Ada orang panggil muncung itik.

Ini pula Canestan

Kadang rasa macam dah tak sabar nak deliver baby. Tapi selalunya rasa nervous. Tapi, no-no, baby belum boleh keluar. Bonda dia banyak kerja. At least tunggu sampai early December ye baby.

10.10.12

Boboy Boi ke Gegerl? + EDD

Assalammualaikum dan hai korang~

Inilah soalan yang Rilla paling selalu dapat sekarang ni. Selalunya orang akan tanya "Dah scan ke belum?" Rilla selalu confuse, Rilla akan jawab "Kan setiap bulan memang scan?" Rupa-rupanya yang diorang maksudkan adalah dah scan gender ke belum, hahahah. Adoyai.

Sejujurnya, Rilla dan Kanda tidak kisah pun mengenai jantina baby. Lelaki atau perempuan, janji sihat. *ayat klise sangat* Bagi Rilla, tak tahu gender sampai bersalin pun tak apa. Selalunya orang scan sebab nak beli barang senang. Rilla tak ada niat pun nak beli sebarang barang warna pink. Semua pun aku bantai nak beli warna biru atau warna neutral.

Our Obgyn ada cakap hari tu macam ternampak gender baby dan pesan kat kitorang supaya ingatkan dia untuk check lagi sekali pada check up berikutnya. Kitorang tak remind dia pun. Asal scan je mesti excited tengok baby sampai lupa nak remind. Tapi macam Rilla cakap tadi, tak berminat pun nak tahu gender baby, asal dia sihat, sudak cukup bagi kami.

Tambahan pula baby kami ni memang lasak dan aktif. Paling suka menyakat doktor time sebab time tengah scan tu lah dia nak duduk berlipat-lipat, nak berpusing-pusing. Sampai doktor tu pun geram, hahahah. Memang susah sikit bila nak ukur tulang peha, leher dan sebagainya.


Anak Bonda ni Boy ke Girl?
Ni 3D scan masa 22 weeks (sekali dengan detailed scan). Masa ni dia pergi taruk tangan kat muka sambil menyorok kat belakang tali pusat. Doktor memang geram je masa ni. Asyik pujuk baby 'duduk diam-diam, baby'. Aku dan Kanda gelak je.

Jom teka gender baby Rilla. Yang mana Rilla warnakan biru tu yang Rilla alami.


Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki

  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan

  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur


Time tidur, disebabkan kedudukan katil Rilla menghadap sama ada ke utara atau selatan. Itu pun tak tetap. Ada hari kena mengiring ke kiri, ada hari ke kanan. 80% orang teka baby boy.

Tak ada gambar perut dari depan. Ni gambar perut dari tepi je.

Rilla baru sedar yang Rilla tak pernah announce EDD rilla. Adalah dengan ini dimaklumkan EDD saya adalah:

12/12/12

Cantik tak tarikh? Nikah 1/1, EDD nak 12/12, LOL. Tapi estimated je kan? Maybe keluar awal, maybe lambat. Tak kisah lah, asal baby sihat :D

27.9.12

Maternity Support Belt

Assalammualaikum semua

Sedar tak sedar, Rilla dah pun masuk trimester ketiga, Alhamdulillah. Hampir-hampir sahaja terlupa sebab terlampau sibuk dengan kerja di pejabat, sampai terlupa nak kira bera minggu dah pregnant, boleh gitu? Kebelakangan ni sakit pinggang makin mejadi-jadi walaupun bump tak berapa besar.

Bila cerita kat sepupu-sepupu, mereka recommend Rilla pakai maternity support belt. Kemudian teringat yang Nadya pun pernah blog pasal belt ni. Jadi teruslah Rilla ajak kanda pergi beli lepas pulang dari pejabat. Mula-mula pergi ke Mothercare Subang Parade. SA tu ukur perut Rilla, kalau ikut carta saiz dia, Rilla kena pakai S. Tapi bila Rilla cuba pakai macam keciil pula. Nak cuba saiz M dah habis. Sudahnya, tak beli lah. Lepastu ajak Kanda pergi Modernmum pula, mana tahu kot-kot ada. Alhamdulillah, ada juga jual support belt ni. Rilla beli saiz M tapi buat masa sekarang besar sikit. Saiz S pulak dah habis. Dah lekat velcro tu yang paling hujung sekali. Tak apalah, nanti bump dah besar nanti muatlah kot.

Setakat ni, Alhamdulillah, sakit pinggang dah berkurangan dengan izin Allah. Jadi kepada preggers yang sakit pinggang di luar sana tu, mungkin boleh cuba kaedah ini juga.

Source
Rupa maternity support belt yang Rilla beli macam gambar kat atas ni. Rilla pakai bawah baju, ok, tak terbonjol ke apa. Harga di Mothercare RM119, di Modernmum RM 59.

13.8.12

Survey-Survey Stroller

Assalammualaikum dan hai semua...

Kali ini entri pasal stroller baby, Rilla dah start survey masa awal-awal 5 bulan hamil hari tu. Survey online dan ada juga jalan-jalan tengok di kedai. Ciri-ciri yang saya mahukan:-

  • Haruslah merupakan travel system, iaitu boleh tukar-tukar antara carrier dan stroller seat
  • Berkualiti kerana kononya nak pakai untuk 7 keturunan
  • Tidak bulky, design haruslah ringkas dan tidak gedabak
  • Tidak susah untuk dilipat

Itu je. Rilla tak kisah 3 roda atau 4 roda, asalkan stabil.So far yang berkenan brand Quinny sebab spareparts senang nak order. Sebenarnya banyak lagi brand lain yang mengancam macam McLaren, PegPreggo, Combi, dan sebagainya, tapi entah kenapa hati ini tetap ke Quinny juga.Mari kita lihat calon-calonnya:-

1. Quinny Moodd
Harga: RM3699.90
Kelebihan:

  • Boleh guna dari newborn sampai 15kg
  • Automatic unfolding (sangat suka feature ni)
  • Seat boleh mengahdap kedepan dan belakang
  • Seat boleh recline ke 3 position
  • Handle boleh adjust mengikut ketinggian parents


Ini memang idaman hati. Ia juga yang paling stylo (kosmetik di situ), tapi memang yang warna merah dan hijau cantik. Tidak bulky - itu penting. Frame dia ada dua warna - putih dan hitam. Shopping basket juga agak besar. Boleh juga convert ke 4 roda kalau nak. Ruang duduk juga besar.Cumanya stroller ni berat sikit, tapi masih boleh diuruskan. Sun canopy dia ada UV50+ protector tau.


2. Quinny Buzz
Harga: RM2599.90
Kelebihan:

  • Boleh guna dari newborn sampai 15kg
  • Automatic unfolding
  • Seat boleh mengahdap kedepan dan belakang
  • Seat boleh recline ke 3 position
  • Handle boleh adjust mengikut ketinggian parents

Lebih kurang saja dengan Mood feature dia.Cuma Moodd punya seat lebih senang nak recline sebab perlu guna sebelah tangan sahaja. Buzz kena guna dua-dua tangan. Shopping basket juga lebih kurang sama dengan Moodd. Cuma Buzz tak boleh convert jadi 4 roda dan bulky sedikit berbanding Moodd.


3. Quinny Zapp Xtra
Harga: RM1699.90
Kelebihan:

  • Boleh guna dari newborn sampai 15kg
  • Ringan dan compact
  • Seat boleh menghadap depan dan belakang
  • Seat boleh adjust ke 3 position menghadap ke belakang dan 2 position ke depan

Sesiapa yang memberi keutamaan kepada keringanan dan kekecilan stroller, inilah pilihannya. Cuma shopping basket dia flimsy dan roda dia kecil. Kalau nak banding kestabilan dengan Buzz dan Moodd, Zapp kurang sikit lah. Sebab tu dia ringan sikit - roda tak besar.

Semua kat atas ni boleh masuk dengan Maxi-Cosi carrier. Harga pun normal price. Kalau korang rajin survey, banyak je online shop dan kedai bagi diskaun. Sebenarnya Rilla dan Kanda dah terbeli stroller masa IBEX hujung minggu yang lalu. Hahaha, boleh ke terbeli? Bukan, sebenarnya, memang aim nak beli stroller di IBEX, cuma lain yang ditarget, lain yang dibeli.  Lepas ni nak beli carrier pulak, masa kat IBEX tak ada stok.

Awal sangatkah kitorang beli stroller? (Sekrang dah 23 minggu/5 bulan lebih, nak masuk 6 bulan dah). Tapi beli sebab dapat diskaun yang berbaloi. Lagipun, memang target nak beli benda-benda yang besar-besar (dan memakan duit yang banyak) dulu. Benda-benda kecil beli lambat sikit.

Ok, sekian~~

7.8.12

Pengalaman Trimester Pertama

Assalammualaikum semua~~

Pejam-celik sahaja sudah lebih separuh ibadah puasa kita semua. Pejam celik juga, usia kandungan sekarang sudah 22 minggu. Jadi entri ini memang terlambat, hahahaha.

Saja nak cerita pengalaman masa trimester pertama dulu, mana yang ingat la. Overall, it has been a very humbling experience for me. Definitely not an easy breezy one. Macam-macam yang Rilla alami.

Keletihan/Fatigue
Memang letih sangat-sangat. Kadang-kadang lepas balik kerja terus terbaring. Memang banyak kerja rumah Rilla tak larat nak buat. Nasib baik Kanda sangat supportive. Dialah yang gosok belakang Rilla hari-hari, dialah yang tolong basuh baju, sidai baju, cuci toilet, bagai. I feel so lucky that he chose me. Sebab ada kan jenis lelaki yang terlampau chauvinistic, house chores kerja perempuan sahaja. Isteri dah melepet pun, tak tolong. Nasib Kanda bukan begitu.

Muntah-muntah/Morning Sickness
Ini paling mencabar. Sebabnya, Rilla bukan kena waktu pagi sahaja, tetapi sepanjang hari. Dari pagi sampailah ke malam. Pernah Rillah bangun pukul 4 pagi untuk muntah. Pernah juga muntah-muntah sehingga pukul 2 pagi. Memang doa banyak-banyak, harap morning sickness ni untuk first trimester sahaja. Sebab ada bakal ibu yang kena sepanjang 9 bulan kehamilan kan? Rilla masa tu tak dapat bayanglah kalau sepanjang kehamilan muntah-muntah. Lembik hamba. Mangkuk tandas pun boring agaknya tengok mukaku ini. Kat office pun baring je. I cannot afford to take MC sebab kerja terlampau banyak di office. Rilla kerja HR, jaga gaji orang, kalau Rilla MC, tak buat kerja, habis orang tak dapat kenaikan gaji. Jadi gigihkan juga datang office. Time rasa nak tumbang tu, baring kejap. Tak pergi jumpa doktor pun bila rasa nak pitam, takut kena tahan kat hospital :P

Nasib baik bos dan colleague memahami. Doktor pesan, makan dan minum apa saja yang boleh masuk. Memang masa ni air kosong, walhal yang panas, suam, mahupun sejuk, memang tak boleh masuk mulut. Kalau minum juga, mesti muntah. Minuman penyelamat? Ribena! Ini ikut masing-masinglah, ada yang boleh minum air limau, teh o limau, tapi Rilla memang banyak minum jus blackcurrant. Ribena je sudah berbotol-botol beli.

Demam dengan kerap
Rilla selalu demam, kadang-kdang seminggu sekali. Apa yang Rilla boleh buat adalah makan ubat demam sahaja. Ubat selsema memang doktor tak bagi. Batuk pula berpanjangan, tapi O&G Rilla ada bagi ubat batuk. Lepas makan ubat tu, Alhamdulillah, batuk berkurang. Rilla minta ubat batuk masa pergi check-up. Sebelum check-up tu Kanda belikan madu untuk Rilla minum untuk kurangkan batuk.

Kembung Perut/Bloating
Masa minggu keenam tu perasan perut membuncit semacam. Mustahillah baby bump muncul pada minggu keenam kan? Rupa-rupanya bloating. Masa scan pun doktor cakap, banyak gas dalam usus dan perut. Untuk kurangkan bloating ni, Rilla minum 100+, dan ya, dengan gasnya sekali. Doktor cakap takpe, cuma jangan kerap sangat sebab air berkarbonat ni kandungan gula dia tinggi kan? Tapi gas tulah yang bantu Rilla sendawa, keluarkan angin yang ada.

Deria Bau yang Meningkat
Masa ni rasa macam ada superpower, iaitu boleh menghidu dari jarak jauh, hahahaha. Rilla tak ada masalah dengan bau suami ke, bau masakan ke, Alhamdulillah. Jadi bila larat tu, tak ada masalah nak masak untuk Kanda. Cumanya, Rilla boleh detect bau dahulu dari orang lain, dan bau tu kalau kat hidung Rilla lebih kuat. Rilla memang tak suka bau pucuk ubi - ada hari balik rumah mak, bibik tengah rebus pucuk ubi, sampai naik bilik Rilla asyik cakap "busuklah!", sambil memerhatikan kanda yang terpinga-pinga sambil terhidu-hidu "kanda tak bau apa-apa pun?"

Sembelit/Constipation
Tidak membuang air besar selama 4-5 hari adalah normal ketika ini. Doktor ada bagi ubat sembelit, sekali je Rilla makan, lepas tu taubat dah tak nak makan. Sakit memulas tu perit (eleh, baru memulas, belum contraction nanti :O). Mujur perut Rilla dah biasa dengan milo ais sebagai ejen penghadaman. Logik jugalah tidak membuang berhari-hari sebab makannya pun sikit. Jadi agak-agak nak kena buang, Rilla minum milo ais.

Jerawat/Acne
Kat muka naik lah 2-3 biji. Tapi kat belakang badan naik banyak, nasib baik jerawat kecil-kecil sahaja. Kalau jerawat batu tak ke pedih? Untuk muka Rilla pakai pencuci muka Tea Tree brand Thursday Plantation, Alhamdulillah, jerawat hilang. Malas nak pergi Jalan Imbi ambil cleanser Dr. Ting. Cuma yang kat belakang badan Rilla biar je, sekarang dah tak ada dah :)

Kecelaruan Jiwa
Ini normal bagi bakal ibu sekalian. Hatiku ini bagai mudah tersentuh. PAdahal tak ada apa pun. Pantang dengar orang lain cakap dengan nada tinggi, mula lah nak tersedu-sedan di penjuru katil sampai tertidur. Tapi Rilla pujuk diri sendiri, "alah, ni mesti sebab aku pregnant. Kalau tak mesti hati aku kering je". Tengok TV pun nangis (cerita Mobbed dekat Star World tu).


Itulah sedikit-sebanyak pengalaman Rilla. Alhamdulillah, masuk trimester kedua, dak berkurang dah simptom-simptom ini. Masa ni rasa macam banyaknya nikmat Allah bagi yang Rilla tak sedar. Nikmat selera makan terutamanya. Lapar, tapi tak boleh makan dan tak ada selera, seksa juga. Itu baru sedikit yang Allah tarik. Subahanallah. Terima kasih juga kepada Kanda (Kanda baca ke blog ni?) yang banyak bagi sokongan. Really, I'm so lucky to be your wife!

25.6.12

Macam Mana Saya Tahu Saya Hamil?

Amaran: Entri ini panjang berjela.

Assalammualaikum dan hai korang!
(ada kah yang masih baca blog ini?)

Eh? Tiba-tiba je Rilla hamil? Siapa yang add Rilla di Facebook mungkin sudah tahu. Sekarang sedang menjalani minggu ke-16, Alhamdulillah.

Rilla malas nak buat pengumuman "Saya sudah disahkan mengandung! Menangis kegembiraan" sebaik sahaja dapat keputusan positif di alat UPT di FB atau di blog atau di mana-mana. Tidak salah membuat pengumuman seperti itu, cuma Rilla bukan manusia jenis itu.  Emosi yang Rilla rasa berlainan. Bahkan, bila Rilla memberi tahu kepada ahli keluarga dah saudara mara juga, bukan dalam bentuk pengumuman, hanya bila mereka bertanya "Sudah ada isi kah?", barulah Rilla menjawab. Malas untuk menarik perhatian kepada diri mungkin. Sudahnya, masih ramai yang belum tahu yang Rilla sudah hamil.


Our Approach on Having Our First Baby


Rilla dan Kanda bukan pasangan yang terburu-buru untuk mendapatkan anak. Tidak bunting pelamin pun tidak apa (atau mungkin lebih bagus). Sejujurnya, kami tidak kisah menunggu setahun untuk mendapatkan anak, cuma kami tidak membuat apa-apa perancangan. Kami berserah sahaja kepada Allah untuk menentukan masa yang Dia rasa paling sesuai untuk kami menjadi ibu dan bapa. Atas nasihat Ayah Rilla juga, kami tidak terburu-buru untuk mendapatkan anak, Ayah Rilla pesan "Give yourselves six months to know each other first". Ini sama dengan apa yang Rilla belajar dalam subjek Psikologi Keluarga dahulu. Lagipun Rilla rasa belum bersedia secara mental, ilmu belum cukup untuk jadi seorang ibu. Jadi isteri pun masih terkedek-kedek, apatah lagi seorang ibu (padahal umur dah 28 tahun, sedarlah Rilla oi, kau bukannya muda lagi). Hasrat di hati mahu berdua-duaan dengan Kanda dahulu. Mahu melancong ke sana-sini dahulu. Tapi, Allah maha mengetahui.


Sebenarnya Rilla tak sangka boleh hamil seawal ini, dengan inai masih belum hilang (kat jari kaki masih merah pekat tau). Rilla rasa macam ni sebab Mak Rilla dulu hamil selepas setahun berkahwin. Tambahan pula, haid Rilla memang tak teratur. Jadi, Rilla memang tak ambil tahu bila waktu subur, bila tak. Malas, haha. Jadi memang berserah sahaja.

"When you're pregnant, you just know"


Pernah dengar ayat ini? Tak kisahlah pernah atau tidak, tapi bagi Rilla, ayat ini memang ada kebenarannya. Mula-mula, terdetik kat hati yang "aku ni hamil agaknya". Ya, memang terdetik selepas Rilla pening dan loya. Tetapi bagi Rilla, pening kepala, loya dan muntah-muntah adalah normal. Tekanan darah Rilla agak rendah, jadi pening itu adalah satu kebiasaan. Rilla juga ada gastrik dan metabolisma yang tinggi. Jadi Rilla cepat lapar dan perut cepat masuk angin. Bila perut masuk angin, Rilla akan muntah-muntah, terutamanya di waktu pagi. Memang haid lambat, tapi bagi Rilla, itu juga normal. Kadang kala Rilla sehingga dua bulan tidak datang haid. Jadi, memang Rilla bergantung kepada gerak hati.


Bila terdetik saja di hati macam tu, terus teringat seminggu dua sebelumnya ada darah yang keluar yang Rilla ingatkan darah haid. Tetapi warnanya lain, agak kecoklatan. Dan ia cuma sedikit tompokan, dan keluar hanya sekali. Masa itu Rilla sangka mungkin haid yang tidak teratur. Tetapi rupa-rupanya ia adalah implantation bleeding. Cuma masa itu Rilla tidak tahu. Selepas terasa diri ini hamil, baru teringat balik. Kemudian Rilla tanya seorang rakan sekerja Rilla yang Rilla anggap macam kakak, "kalau pregnant, ada spotting ek?". Dan dia cakap "Iya, silalah membuat test".


Kemudian, pada suatu Khamis, sebelum pulang ke rumah, Rilla singgah di farmasi untuk membeli UPT. Beli pula sampai dua, beli yang jenama Clear Blue dan lagi satu jenama generic sahaja. Rilla emang jenis itu, mahukan kepastian. Walaupun tahu jika mahu membuat UPT seeloknya adalah dengan menggunakan air kencing pertama di pagi hari, Rilla buat ujian petang itu juga. I just need to be sure and confirm my instinct.


Tak sangka pula buat UPT ni cepat sahaja keluar keputusannya, Rilla ingatkan kena tunggu dalam lima minit tapi tak sampai seminit dah keluar result. Billa Rilla buat, garisan tersebut terus keluar seolah-olah tiada keraguan di situ, terutamanya yang jenama ClearBlue tu. Dan kedua-dua UPT adalah positif. Terus rasa berdebar dan terkejut ddan terkesima. Jujur, itulah reaksi Rilla. I didn't expect to be pregnant this early at all. Lepas tu berfikir-fikir, bila pula nak bagi tahu Kanda? Tunggu keesokkan harinyakah? Atau hujung minggu kah? Yang, Rilla pernah mempunyai perasaan untuk menyimpan berita ini dahulu.

Tapi akhirnya Rilla bagi tahu Kanda malam itu juga.

Reaksi Kanda? Sama jugak macam Rilla. Terkejut dan tak terkata apa. Yang sebenarnya, dia tak tahu pun macam mana nak baca UPT tu. Lepas Rilla terangkan barulah dia cakap "Oh, ok". Seterusnya kami membuat keputusan untuk jumpa O&G pada hari Sabtunya.

Ultrasound Kali Pertama

Sabtunya kami berjumpa doctor untuk membuat pengesahan. Doctor scan dekat perut, tapi susah nak nampak janin tu sebab perut Rilla banyak angin. Lepas itu scan dari bawah, barulah nampak. Masa itu janin tersebut kecil lagi, tidak sampai 1cm pun. Doctor estimate kandungan berusia 4-5 minggu. Lepas scan tu kami keluar dari bilik doctor masih lagi dalam keadaan macam tak percaya Rilla dah hamil.

Jangan keliru ya, kami gembira dengan berita ini, cuma terkejut sahaja. Jadi rasa teruja tu datang lambat sedikit. Kami amat bersyukur dengan kurniaan ini. Dalam hati risau, bolehkah Rilla jadi ibu yang baik, sudah bersediakah diri ini? Sebenarnya sudah, cuma Rilla sahaja yang tidak tahu. Yang tahu cuma Allah sahaja, dan Dialah yang mengetahu apa yang terbaik untuk hambaNya.