in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping
Showing posts with label Mommyhood. Show all posts
Showing posts with label Mommyhood. Show all posts

11.2.16

Jannah's Birth Story Part 1: PROM

Assalammualaikum dan hai~

Alhamdulillah, had safely deliver our daughter, Amaya Jannah Binti Fuad Suffian. Her birth story is an epic one! (Although I'm sure all birth stories are epic), so naturally I can't fit it in a single entry. Korang bertabah jelah baca. Here goes part 1.


Date of Birth: 14 January 2016 Time: 7:15 am
Weight: 2.195 kg
Mode of Delivery: SVD
Born at 35 weeks gestation

12 January 2016

So I went to work as usual. Big projects are in full-blast (the annual OPEX and HR Plan budgetting plus new HR Analytics project). Semua projek ni ditugaskan kepada Rilla sebab sepatutnya EDD 29 Feb 2016, jadi sepatutnya sempatlah siapkan semua projek-projek ni.

Masa ni tengah tunggu Kanda datang ambil. Selamba je duduk bersila tepi koridor. Konsep "lantaklah, aku penat" kaedahnya.

Gambar kat atas ni diambil sebab boring menunggu. Hari tu hujan, so traffic jem lebih teruk dari biasa dan Kanda stuck. Tak terfikir pun esoknya tak masuk office dah.

I went to sleep a little bit late that night and I slept on the couch as Zain has claimed my side of the bed. I later regret that I didn't went to sleep cuddling him like I did every night, for that night was the last night I spent at home before delivering Jannah.

13 January 2016

At about 3.30 in the morning I suddenly felt a gush of wetness flowed through. It woken me up, but I was confused thinking I peed on myself. Then there was a second gush. There's no mistake, my water bag has broken!

I pull myself up, started panicking and posted this status at FB:


Masa ni mengharap sangat, ketuban hanya koyak sikit je sebab mengharap dapat teruskan kandungan sampai sekurang-kurangnnya 37 minggu. Tapi jauuuuuh di lubuk hati ini, ada naluri yang mengatakan kandungan kali ini juga akan tidak cukup bulan, macam Zain. Hari-hari tengok kat cermin samada perut dah turun atau tak. Instict ada tapi tak nak percaya. In denial di situ

Lepas habis berpanik, Rilla decide untuk pergi hospital paginya. Tapi lambat lagi, sebab masa tu baru 4.00 pagi kan (waktu selepas habis berpanik), jadi malas nak kacau Kanda tidur. Tambahan, apa-apa pun kena hantar Zain pergi taska dulu, so memang la kena tunggu sampai subuh. Sambil-sambil tu mengemas beg yang nak bawa pergi hospital. Kali ini, masih juga tak pack beg hospital awal-awal. Tapi nasib baik barang-barang penting dah cukup.

In the mean time, I opened my laptop and started doing some work. So sorry to my colleagues who are bamboozled for having received emails from me at 5.00 in the morning but not seeing me at the office that day.

Masa ni, kawan kat office yang dah macam kakak, Kak Su namanya, bermesej denganku. Nasib baik ada teman nak berkongsi kegusaran hati ini. Tambahan pulak perut masa tu memulas. Bertambah keliru diri ini. Contraction kah? No, apparently, I just needed to empty my bowel.

At about 6.00 in the morning I notified my family, friend and colleague that I need to get myself checedk. I asked them to pray that I can continue my pregnancy. I told Kanda after he has performed his Subuh prayer:-

"Sayang, Dinda kena pergi hospital sebab air dah keluar"

*Kanda terkebil*

"Tapi takpe, kita hantar Zain. Lepas tu Kanda pergi kerja. Dinda pergi hospital sendiri. Ape-ape nanti Dinda update"

See, he was swamped with year-end closing (he's the only account-person at his office). And I have this instinct that I won't be delivering the baby that day, so what's the point of troubling him?

Lepas tu Rilla dengan Kanda hantar Zain pergi taska. Rilla drive, tapi kepala ni penuh dan jenuh memikir itu ini. Masa hantar Zain tu, Rilla tak peluk dan cium dia pun (sebab kepala dah gelong sangat). Lepas tu ralat sangat sebab lepas tu dah tak jumpa Zain sampai lepas discharge dari hospital.

Lepas drop Kanda, Rilla pun drive pergi hospital. Sebelum pergi Hospital Shah Alam, Rilla dok timbang, nak pergi DEMC atau HSA, tapi akhirnya decide pergi HSA. We just overhauled our car (so, our cash situation will leave us very thin financially if we went to DEMC), and Kanda is partial to HSA (restu suami itu penting), and I thought, why not try a government hospital? So off I went to HSA.

Sampai di HSA, Rilla pergi ke emergency (jauh pulak parking dengan emergency), ada unit khas untuk kemasukan ibu bersalin. Masa ni HSA baru beroperasi sepenuhnya selama 3 hari.

Ni gambar kat unit kemasukkan ibu bersalin.

Selama ni Rilla check-up kat DEMC, tapi Rilla ada bukak buku merah (pergi KK sekali je). Alhamdulillah, tak ada masalah admission. Lepas check itu ini, Rilla dan dua lagi ibu mengandung yang datang selepas Rilla dibawa naik ke tingkat empat, tingkat untuk labour room. Buat CTG, tak ada contraction lagi (memang tak rasa ape pun). Check bukaan, dah 2 cm. Lepas tu Rilla disuruh tukar baju.

Sempat mak berselfie kat bilik air - gambar last sebagai wanita mengandung. Kaler pink gitu hospital gown ni. Ye..Rilla pakai bag pack je pergi menyerah diri kat hospital. Senang nak humban segala dokumen.

Rilla diminta tunggu sebelum admit masuk ward, masa ni Rilla meloya pulak sampai nurse cakap "Eh, dah lapan bulan pun mabuk lagi?" hahaha. Sambil-sambil tunggu tu, Rilla lukis peta kat mana Rilla park kereta kat mana. Yelah, karang menggagau pulak Kanda mencari kan? Rilla tak bawak suitcase naik sekali masa ni, gigih sangat lah mak buyung nak heret kan? Masa ni, kalau ikut kiraan DEMC, Rilla baru 33 minggu. Tapi HSA kira 35 minggu. Confuselah. They didn't tell me why they changed it to 35 weeks.

Lepas tu admitlah daku ke tingkat lapan, wad bersalin. Lepas tu tunggu Kanda datang time lunch.

This is my lunch slip. Like, who would name their pretty daughter "Umbrella"? =.= Sepurnama tau makpak Rilla fikir nama, last-last jadi Umbrella. Nasib baik lauk sedap.

My SIL came around lunch time to bring me some Zam Zam water and dates. Kanda came shortly after my SIL has left, bringing a few items with him. We bid a quick goodbye, not knowing that was the last time we would see each other before I gave birth T.T.

The doctor came sometime in-between the visiting hours. Dia mintak Rilla bedrest untuk sambung kehamilan sehingga 36 minggu. Doctor nak elak risiko masalah pernafasan kat baby memandangkan NICU HSA masa tu belum fully operational. Masa Doctor datang (I'm assuming it's the HOD, let's call her Doctor A) there was another lady doctor was with her (who would be the doctor helping me with my delivery, let's call her Doctor B). Dalam hati masa tu rasa macam 'Memang tak akan sampai 36 minggu, esok jugak aku beranak ni'. Tapi diam jelah, takkan nak cakap kat doctor "Saya rasa saya akan bersalin esok". Few hours after that I was given the first dose of the painful Dexa jab to help the baby's lungs to mature.

Waktu melawat petang tu, mak Rilla datang. Kanda sibuk uruskan beberapa benda dan Zain. Time Kanda nak naik tu waktu melawat dah habis. Masa ni fikir "takpelah, nanti jumpa masa dah masuk labor room". Lepas tu tak ada buat apa sangat, cuma tunggu contraction datang je. Masa ni rindu sangat kat Zain, tapi Rilla cuba distract diri dengan buat benda lain. Luckily, I brought a book to read.

At about 11.45 pm, the contraction started to kicked in....



p/s: PROM - Premature Rupture Of Membrane

4.12.14

This is Parenthood #1

Satu hari minggu yang tenang~

Hari Sabtu malam selalunya Rilla akan pulun buat kerja-kerja rumah macam steam baju-bajan, mop lantai sebagainya sebab boleh buat kerja-kerja tu dengan aman - yelah si kecik tu dah mentido kan? Jadi akan tidur lewat, dalam pukul 3-4 pagi sebegitu.

Tapi esoknya Ahad, tidak lah aku akan bangun lambat jugak, bangun macam biasa. Cuma akan tidur time tengah hari-qada' tidur kaedahnya. Jadinya bergilir tidur tengah hari dengan Kanda lepas pulang shopping groceries. Kanda tidur dulu, daku layan Zain. Zain terlelap sekejap OTW gi beli grocery awalnya, jadi kemudian dia tak mahu tidur dah. Kalau tak, boleh tidur bersama.

Lepas tu turn daku pulak lah tidur. Sekrang kan musim hujan, seronok pula tidur siang. Siap pakai quilt lagi. Tengah berkesedapan tidur tu kan, tetiba rasa muka basah, seperti ada cecair yang mengalir.

Tahukah kalian apakah cairan itu?

Zain tuang susu atas muka aku time aku tidur weiii!

Bertuah punya anak!

11.9.14

My Half-Found Freedom

Assalammualaikum dan hai!

Ah...rindunnya blog. I have so much to write about, but I don't really have much time. Banyak nak cerita, pasal Hong Kong trip, pasal deko-deko rumah. Work at the office and house chores seems never ending. Plus, I seem to not have the energy like used to before I got married. Kagum tau dengan mak-mak yang sempat je update blog.

Anyway, wanted to share with you about Zain's weaning story. Alhamdulillah, dah mula bagi dia minum susu tepung. Susu apa? Dutch Lady 123 je. Dah pernah cuba bagi susu lain, tapi dia tak nak.

Ceritanya, Rilla punya supply dah sangat merundum. Few last days I pumped at the office, I only managed to expressed 3oz of milk for the whole day. So I started questioning, is it worth it? To spend 20 minutes each session to express 3 oz of milk? To add to this, I'm carrying a two-person workload right now. My role was expanded in which that my old role was merged into another role. Not going to dwell much on that, but work has becoming crazy-busy. So, spending time away from my work station without really expressing much milk is not productive. I'm loosing both ends.

Tapi, rasa bersalah sangat kat Zain sebab dah berhenti pam susu. Maafkan bonda, Zain. Zain masih nursing, cuma malam lah. Alhamdulillah, sebab proses nak intro susu tepung kat Zain dipermudahkan. Satu hari tu, Zain dah kurand minum susu kambing fresh yang bekal hari-hari ke taska. Risau lah kan? Dah la berat badan dia underweight. Lepas tu, ada seminggu, Rilla kena stay back kat office sampai malam sebab nak kejar workload. Rilla mintak mak Rilla jaga Zain seminggu tu. Kitorang anak-beranak berkampung kat KL la minggu tu. Rilla bawak bekal susu kambing, tapi beli juga susu Dutch Lady tu. Minta kat mak cuba bagi susu tu kat Zain, tengok nak ke tak nak.

Alhamdulillah, at first try, he drank the milk. Lega dah sebab dia tak reject susu tu. Lepas tu monitor poop dia, Alhamdulillah, OK. So sekrang, dia pergi taska bekal susu Dutch Lady je. Malam BF + Dutch Lady.

So now I'm able to wear blouses without front buttons to work. Haha, bolehlah bonda bergaya. Barang-barang dalam beg kerja pun dah kurang. No more cooler bag, pumps. Balik rumah pun tak payah dah cuci pam dan botol-botol, haha.

Next plan is to wean him off completely. Tunggu dia 2 tahun nanti. Bittersweet rasanya. Why are you growing up so fast Zain?

1.4.14

Susu Kambing Segar Untuk Zain

Assalammualaikum dan hai~

Wah! Lama benar tak tulis entry. Sebenarnya ada tulis, tapi duduk berkuntum je dalam Draft.

Sebenarnya, Rilla dah tak mampu supply 100% demand susu Zain, tak sure lah kenapa. Semakin lama semakin berkurang, walhal maintain je pam macam biasa. Lepas Zain keluar ward, masa dia umur 1 tahun 1 bulan lebih, Rilla dah bagi Zain minum susu kambing segar kat Zain.

Mula-mula ingat nak bai FM. Dulu pergi baby expo kat Mid Valley, ada booth Enfagrow, bagi dia minum sample. Tak sempat telan, cecah je lidah, terus Zain keluarkan balik. Lepas tu pergi DEMC, amik sample Anmum pulak, try bagi dia minum. Sama jugak, dia keluarkan balik. Nak try satu-satu FM, Rilla tak keen sebab kena beli pek/tin besar. Kalau Zain tak nak, kan dah bazir.

Jadi Rilla buat Google search dan tanya kawan-kawan pasal susu kambing. Ada dua option, satu Karihome, susu kambing, tapi dalam bentuk tepung. Lagi satu yang segar. Rilla dan Kanda decide nak cuba bagi yang fresh sebab shelf life dia lebih pendek. Mula-mula beli susu kambing kat mamak depan office Rilla ni. RM8.00 sebotol. Orig GoatNan namanya. Alhamdulillah, dia minum. Sebenarnya, masa nak bagi ni, gamble je. Masa ni kat rumah Mak Rilla. EBM memang tak cukup dah, nasib baiklah dia nak minum susu kambing.

Orig GoatNan beli kat kedai mamak

Lepas tu kitorang decide nak cari yang lagi fresh. Sebab Orig GoatNan ni punya tarikh luput macam lama sangat. Jadi, Kanda beli pulak susu kambing kat Masjid Shah Alam. Beli time sembahyang Jumaat. RM5 sebotol. Alhamdulillah, Zain minum jugak. Cuma yang Rilla perasa, susu ni dia macam berketul sikit, macam tak smooth.

Sekarang ni, kitorang beli susu kat Pasar Tani. Harga antara RM4.50 - RM5.00/botol. Yang ni ok sebab bila dah thaw, susu dia masih smooth. So, ingat nak stick dengan yang ni je.

Ni lah susu kambing segar yang dibeli di Pasar Tani Shah Alam Seksyen 13.

Handling susu kambing ni sama je dengan handling EBM. Lepas beli banyak-banyak botol tu, Rilla akan sukat 3oz dan masuk dalam EBM liners. Label tarikh lepas tu, bekukan. Tahan 3 bulan.

Konon-konon EBM, tapi sebenarnya susu kambing, hihihi.

Bezanya susu kambing ni, sebelum nak bagi kat anak, kena dilute dulu. Nisbah dia 1:1 dengan air masak. So kalau letak 2oz susu kambing, kena tambah 2oz air masak pulak. Zain punya bekal ke taska hanya 12oz setiap hari. 6oz EBM, 6oz susu kambing. That's why Rilla bekukan 3oz setiap liner sebab bila tambah air, dia jadi 6oz.

So far, Alhamdulillah, Zain tak ada masalah sembelit atau cirit. Kira sesuailah dengan dia. Yelah, susu kambing ni antara susu yang paling hampir dengan susu ibu kan. Cuma nanti kemudian, kena ajar jugak dia minum grow-up milk, macam Dutch Lady ke apa. Tunggu dia dah 2-3 tahun nanti. Pengsan gak dah besar nak minum susu kambing, nak beli berbotol-botol, tapi fridge kecik je.

17.12.13

Tips Memilih Breastpump

Assalammualaikum dan hai~

Kali ini Rilla nak kongsikan sedikit tips dalam memilih breastpump. Sekarang ni dah banyak brand, banyak model breastpumps, sampai pening kita mak-mak ni kan? Ada empat faktor utama yang perlu korang fikirkan dalam memilih breastpump ni.

1) Sekerap mana korang nak guna pam?

Kalau korang surirumah, atau bekerja dari rumah, tak selalu berjauhan dari baby, manual breastpump sudah memadai. Ataupun korang belajar teknik marmet. Kalau korang ibu yang bekerja di pejabat, disarankan untuk beli pam eletrik atau manual.

2) Banyak tak masa korang nak pam susu?

Ini selalunya untuk ibu-ibu bekerja di pejabatlah. Korang kerja jenis macam m na? Fleksibel tak dari segi pengurusan masa? Atau korang jenis kerja yang terkejar-kerjar, memanjang meeting bagai. Kalau masa fleksibel, single pump pun dah cukup. Tapi kalau jenis hectic schedule, boleh invest beli double pump elektrik. Double pump jimat sikit masa sebab pam dua-dua belah sekali gus dan juga boleh merangsang penghasilan susu yang lebih.

3) Bagaimana keadaan sekeliling korang bila korang pam susu?

Maksudnya, korang pam susu selalunya kat mana? Kalau dekat workstation, then better beli pam yang senyap sikit. Kalau pam dalam bilik atau surau, beli yang bising pun takpe.

4) Berapakah harga yang korang mampu bayar untuk membeli pam?

Haa...ni faktor penting ni. Tak semua kita mampu untuk mebeli pam yang harga ribu-ribu. Jadi kita kena pandai-pandai pilih mengikut keadaan kewangan masing-masing. Boleh join kutu breastpump. Atau beli yang manual pun OK kalau tak mampu beli elektrik. Sekarang sangat banyak pilihan untuk breastpump. I'm sure you can find one that suits your budget.

Sekian tips dariku. Harap bergunalah hendaknya.

20.11.13

1 Year Breastfeeding Journey

Assalammualaikum dan hai semua~

Alhamdulillah. Syukur sangat Allah beri Rilla peluang untuk susukan Zain selama setahun ni. I never thought I would make it this far. Eh bukan saya fikir negaif tau. Cuma nak sampai setahun tu, untuk orang yang production perah hari ni untuk esok macam daku ni, rasa lama sangat.

Macam Rilla pernah cerita dalam entri sebelum ni. Production Rilla paling banyak Rilla pernah bawak balik adalah 16 Oz. Itu pun sekali je. Selalunya dalam 12 Oz. Tapi kalau kat office ni, orang cakap susu Rilla banyak. So that kept me humbled. Kadang rasa macam sedih stok makin kurang, tapi bila kakak-kakak kat office ni cakap "Eh banyak lagi susu Am? Anak dah setahun kan? Saya dulu 7 bulan dah kering", terus rasa insaf. Walaupun susu tak melimpah ruah, at least masih ada kan? Lagi satu, kat office Rilla ni ada kakak OKU, dia buta. Tapi gigih pam 3 kali sehari. Sekali pam 2 Oz gitu. Dia selalu tanya Rilla dapat berapa Oz. Kalau pagi selalunya Rilla dapat lebih, dalam 4 Oz camtu, dia cakap, "Banyaknya". Tu pun buat Rilla insaf. And if kadang datang mood biol malas nak pam, teringat kegigihan kakak tu pam, Rilla akan terus insaf dan pergi pam.

Sekrang Zain dah kurang minum waktu siang. Rilla bekalkan 10-11 Oz je. Pernah try bagi lebih, tak habis pun. Tapi malam memang banyak menyusu. Balik kerja je, mesti dia mintak susu dulu. Lepas tu dia tidur pukul 9.30-10.00 malam, dia akan jaga setiap 2-3 jam untuk susu. Dalam 3-4 kali jugak dia bangun. I can't remember when was the last time I slept through the night. Takpelah nak, asal kau nak minum susu.

Syukur sangat sebab Allah permudahkan BF journey Rilla. Yes it is a bit taxing pumping at work to ensure that you keep the demand up. Tapi Allah mudahkan jalan. Rilla kena re-org hari tu. So I'm no longer doing Performance & Rewards. Unit ni dia macam project-based. Time peak tu, memang balik time dah malam, atau kadang tak balik langsung pun. Sekarang dah kena transfer to another unit which is more routine. Busy, memang busy (Eh, HR busy ke? #sarcasm) tapi more manageable and predictable. Jadi mudah dah kat situ. Nak pam pun senang nak budget time. Rilla pernah pam time stuck dalam jem, time training curi-curi masa, time meeting. Pandai-pandai la.

Speaking about pumping. Ini pun banyak ceritanya. So far Rilla dah pakai 3 jenis pam - Medela Swing, Medela Harmony dan Rumble Tuff Duo. Pam ni pun macam-macam hal. Back flow la, rosak la. Tapi normal la, kalau nak benda baik, mesti kena duga kan? In the end, it's all worth it.

I never knew I would love breastfeeding this much. I mean, during pregnancy, I was moderately pro-breastfeeding. Niat tu ada, cuma takdelah gigih mengorek ilmu, baca buku ke ape. Cuma niat je. Alhamdulillah, Allah mudahkan Rilla untuk mencari ilmu pasal BF lepas bersalin. Sekarang, I look forward to nurse Zain when I reached home everyday after a long day at work. Sambil susukan dia, sambil rehat, sambil bonding.

Zain sekarang dah banyak gaya menyusu. Bondanya ni pasrah je lah. Setakat menyusu sambil melutut, berdiri, meniarap tu kira normal la. Ni time kita baring susukan dia pun boleh menonggeng tinggi. Lantak kau lah nak, asal kau gembira. Freestyle kekdahnya. Kanda cakap extreme gaya Zain menyusu ni.

Jauh lagi perjalanan, ni baru half way. Rilla breakdown target Rilla. First target was 3 months, lepas tu 6 months, then 9, and next, 12 months. Ada lagi setahun nak complete. Target seterusnya, 1 year 6 months. Boleh ke tidak? I just have to keep my effort up and take it day by day. Selebihnya tawakkal. Kalau Allah terus bagi rezeki melalui susu ibu, Rilla syukur. Kalau tak pun Rilla syukur jugak, mungkin Allah ganti dengan rezeki lain kan? Apa yang Allah bagi kat kita tu semua adalah yang terbaik untuk kita.

19.11.13

My Milk Booster: Dr.'s Choice Instant Hot Chocolate with Fenugreek

Assalammualaikum dan hai semua

Rilla sedang mengalami kemerunduman penghasilan susu badan sekarang ni. Kalau dulu, untuk tempoh 8.30-5.30 (waktu office) Rilla dapat pam dalam 12-16 Oz. Masa puasa hari tu dapat dalam 12 Oz untuk tempoh 8.00-4.30. Tapi sekarang dapat dalam 8-10 Oz je. Nak dapat 12 Oz (jumlah yang diperlukan) agak susah sedikit.

Dulu, milk booster Rilla senang je, makan bayam atau kailan, esoknya mesti penuh. Sekarang ni, kalau makan pun tak ada effect. Nasib Zain dah banyak makan, jadi boleh cover sedikit sebanyak. Tapi tengok stok yang makin berkurang, risau juga. Mana tak nya? Yang keluar lagi banyak dari yang masuk.

Jadi Rilla cuba beberapa milk booster. Pernah cuba rebus halba campur madu, tak berhasil. Atau mungkin sebab Rilla cuba sekali je, hahah. Selepas tu Rilla cuba minum Dr.'s Choice Hot Chocolate Beverage with Fenugreek ni (minuman coklat panas dengan halba). Sebenarnya, Rilla minum ni masa dalam pantang dulu. Lepas tu stop entah kenapa. Billa mengadu kat Kanda pasal susu dah makin kurang, dia ingatkan Rilla untuk minum balik hot chocolate ni.



Kanda dah belikan sekotak dulu. Jadi memang banyak lagi balance. Alhamdulillah, berhasil. Tapi takdelah bangun-bangun basah lencuh (basah sikit je). Tak adalah miss B penuh setiap 2 jam. Tapi hasil tuaian setiap hari tu bertambah. Sekarang bawak balik 12 Oz secara purata. Mungkin sikit bagi korang, tapi untuk Rilla cukup dah ni. Kalau dulu pukul 11 pam, baru dapat 4 Oz. Sekarang pam pukul 9 dah dapat 4.5-5 Oz.

Harga tak semahal mana. RM13.50 sekotak (8 peket) atau RM22.50 (15 peket). Kalau beli peket besar tu kira RM1.50 sekali minum. Lagi murah dari Milo Ais yang jual kat kafe office Rilla ni. Rasa dia takdelah sesedap Cadbury Hot Chocolate, hahaha. Tapi dah namanya minuman kesihatan kan? Boleh tahan la rasa dia.

This product is a plus for me because not only it acts as my milk booster, it's also good for those with gastric. 2 dalam 1 gitu. Produk ni juga tak ada gula, jadi sesuai untuk sesiapa yang ada diabetis. Rilla tak jual tau produk ni. Sekadar berkongsi sahaja. Mana tahu sesuai dengan korang juga. Produk ni boleh di beli on-line di HSCPharmacy2U, Tateh atau Rakuten.

Sekarang ni tengah berusaha untuk menambah balik stok. Kena rajinkan diri pam lepas balik kerja. Weekend pun pam jugak. Semoga berterusan rezeki susu ibu untuk Zain, aamiiin.

9.10.13

Susu Anak: Ada Apa dengan Status?

Assalammualaikum dan hai peeps!

It's undeniable, breastmilk is the best for babies. It's custom-made and specially designed for human child. Tapi, kita kena ingat, baik susu ibu (SI) atau susu formula (SF), dua-dua adalah REZEKI DARI ALLAH, cuma bentuk berlainan je. Walaupun setakat ni Zain masih dapat SI sepenuhnya, Rilla tak pernah judge ibu-ibu yang lain yang bagi anak mereka SF. Rilla rasa kalau Rilla judge, atau Rilla kutuk, samalah macam Rilla judge dan kutuk rezeki yang Allah bagi kepada ibu dan anak tu.

Sesungguhnya, kita tak akan pernah tahu keadaan seseorang. Mungkinlah kita boleh menuduh itu ini, tak cukup effort lah, tak jaga pemakanan lah, but we won't ever understand unless we're in their shoes. I know some of us believe the saying "takde istilah takde susu". Well, to me, kita boleh pegang ayat tu untuk menaikkan semangat kita, tapi janganlah kita gunakan ayat itu untuk menuduh orang lain macam "Kau tak cukup usaha lah tu. Ko tahu tak takde istilah takde susu?". Astargfirullah. Kalau tidak diizin Allah, usahalah selautan pun, memang takkan ada susu. Ya, ada cara-cara untuk menambah susu yang kalau kita buat, by right, akan menjadi. Tapi ingat, lain orang, lain badannya. Bukan semuanya sama, buat itu ini, nah...automatik susu keluar.

Remember, be humble about our efforts, because in the end it's Allah's doings and gift that we're able to produce milk. Eh tapi jangan tak usaha pulak. Maksud Rilla, usaha sungguh-sungguh dan tawakkal. Jangan taksub usahaka kita tu yang akan menentukan segalanya. Yang kita nak usaha tu pun, daya tenaga datang dari siapa? Allah bukan? Kalau si ibu tak ada kesedaran tentang kebaikan SI, kita doakan sahaja mereka dikurniakan kesedaran. Bantu mereka menambah ilmu tentang penyusuan SI.

I always remind myself that it's Allah's willing that Zain is still fully on breastmilk, thus far. THUS FAR. I always remind myself that I can also be deprived from it, if it's Allah's willing, at any point of time. I always remind myself to not be too proud of my milk production or Zain's rezeki that he's still fully on breastmilk. Jadi, kita kena sentiasa bersyukur, walaupun hasil pam tak banyak ke, at least ada. Walaupun sikit, ia masih rezeki. Ada apa dengan status? Hati-hati bila bercakap "My baby fully on breastmilk tau, setitik FM pun tak pernah masuk". Hati-hati, jangan sampai riak. Bukan tak boleh cakap, just be humble about it: "Alhamdulillah, Allah masih izikan aku susukan anakku". Segala pujian adalah untuk Allah.

I've never taken statuses seriously. Exclusive BF ke, Fully BF ke, Mix ke, fully FM ke, in the end, all that's important is that we're providing the best that we can for our babies. To FM/SF mommies, don't feel so bad. It's not like you're starving your baby. You're still providing them the next best thing. Untuk SF mommies juga, elakkan dari kita membanding-bandingkan susu apa yang kita belikan untuk anak. Susu mahal ke, susu murah ke, again, both are REZEKI. Kita tak tahu mungkin ada ibu bapa tak mampu beli susu mahal, atau mungkin anak dia tak serasi dengan susu mahal. Atau mungkin jugak anak reject FM terus, nak direct feed je, itu pun ada juga. Please don't judge.

Yes, you are entitled to your own opinion which may differ from mine. You may voice it up, but do it in a nice manner. Act classy. Bak kata pakcik Rilla, only dogs bark. Walau niat nak kongsi ilmu, do it in a nice way. Contohnya, instead of saying "Buat apalah ko sumbat anak tu dengan susu lembu? Adoilaaaa", say "Susu iu banyak khasiat tau. Khasiatnya adalah etc..etc..etc..". kadang-kadang kita ada isi yang bagus, tapi kalau cara penyampaian tak sedap, beremosi negatif, orang takkan pandang isi tu.

We are all mothers. Why are we too harsh on each other?
We are all mothers. Let's be nice to each other, okay?

29.7.13

Breastfeeding During Ramadhan

Assalammualaikum dan hai semua~

Ni cheq nak ceghita pasai hat nyusu anak tang bulan posa ni. Melalui pembacaan sana sini, yang Rilla tahu, masa berpuasa, normally production susu akan drop, mungkin kurang 1-2 oz dari biasa, ada jugak yang drop 3-4 oz. Neves tau puasa tahun ni. Sebelum puasa hari tu do mikir macam manalah susu aku nanti. Tapi teringat pesan Ayah Rilla, sentiasalah berprasangka baik pada Allah. Insya Allah susu cukup.

Memang mencabar sebenarnya BF time puasa ni. Sebab tu ada rukhsah, hadiah Allah untuk kita BF mommies ni. Indah kan agama kita? Setakat ni, Rilla dah miss 1 hari puasa. Kisahnya ada satu hari tu Zain demam panas. Jadi semalaman Rilla tak tidur sebab dok lap badan dia sampai ke pagi esoknya. Pukul 4 baru tido, tak larat dah nak sahur. Bangun Subuh tu letih sangat dan dah lapar. Jadi tak puasalah hari tu. Mana nak menyusu lagi kalau puasa, tak makan, tak ada tenaga kan? Nak jaga anak sakit lagi.

Pemakanan
Rilla dan husband jenis berbuka dengan kuih-muih saja, cukup. Lepas tu tak dinner pun. Kadang-kadang makan snek, makan roti sapu Nutella atau peanut butter. Nasi makan waktu sahur. Tu pun kadang makan roti je. Cuma bulan puasa ni Rilla makan kurma lebih sikit dan Rilla amalkan cuka kurma. Sedap weh cuka kurma ni, rasa macam jus kurma berkarbonat gitu. Tapi makan dua sudu je sebelum tidur dan sebelum sahur. Beli masa balik JB hari tu.

Production Susu
Production susu, alhamdulillah, cukup untu Zain. Hari biasa Rilla akan pam 3-4 kali. Tapi bulan puasa Rilla pam 2 kali je, pagi dan petang. Selalu pagi tu Rilla akan buat power pumping. Pam pukul 9-10. Sesi ni selalunya dapat 6-8 oz. Sesi petang pukul 3, sesi ni akan dapat 4-5 oz. Jadi total sehari Rilla boleh dapat 10-13 oz. Zain pulak minum 10-12 oz kat Taska. Dia sekarang macam kurang minum kat taska. Rilla bekalkan 2 x 3 oz dan 3 x 2 oz. Itu pun botol no. 5 (2 oz) tak habis. Kalau hari biasa, dengan 3-4 kali pam, Rilla akan dapat dalam 12-16 oz. Jadi walaupun jumlah susu yang dipam berkurang time bulan puasa ni, masih cukup untuk Zain. Rilla pam dua kali je sebab letih. Plus bulan puasa ni balik cepat. So, cukuplah 2 kali pam tu.

My Fitness
Definitely berkurang! Hahah. Penat, serius letih BF time puasa ni. Sampai rumah, kalau sempat Rilla akan prepare kuih simple untuk berbuka. Kadang husband yang prepare. Masalah Rilla kat sini, Zain kurang menyusu kat taska, dia cover balik belah malam. So balik je ruma kena susukan dia. Lepas tu pukul 7 mintak gayut pulak sampai pukul 7.45-8.00 malam. Jadinya Rilla dah banyak kali buka puasa dengan minum air atas katil je. Untukmu anak, Bonda sanggup. Kanda lah yang datang bawakkan air untuk Rilla time Zain gayut. Memang flat, kadang even sebelum Isya' Rilla dah tertidur. Bangun esoknya baru solat, prepare sahur terus. Zain pulak kerap bangun malam. Kalau sebelum puasa dia akan tidur pukul 12 malam - 4.30 pagi. Sekarang pukul 1 bangun, pukul 3, pukul 4.30 la. Inikah reverse cycling? Memang mencabar! Dan setakat ni Zain tak pernah miss sahur. Kecuali time dia demam hari tu lah. Jadi bila Rilla masak bubur bekal dia ke taska tu, Rilla akan masak lebih untuk dia makan time sahur.

Tertinggal Botol
Saja nak selit satu cerita lawak. Kisahnya, minggu lepas Rilla pergi office tertinggal storage bottle. Nasib kat office ni ada 2 botol spare. So untuk sesi pagi tu boleh lah guna botol tu kan. Masalahnya perahan petang tu, nak buat cane? Pernah baca kat KIM boleh letak dalam botol mineral. Tapi tak jumpa pulak botolnya. Tengok katas meja, ada pulak balang kuih kosong. Balang ni dapat masa ada kawan ofis dulu bertunang, doorgift dia ada lebih, jadi dia bagi kat kitorang kat office ni. Rilla cuci bersih-bersih, dan tuang dalam tu. Pon boleh. Ingat balik, kelakar rasanya.

Ko ada storage bottle lawa gini? Kaca lagi, BPA free.

2.4.13

Breastfeeding Terminologies


Assalammualaikum dan hai

Entri pasal breastfeeding pula. Masa mula-mula mendalami (sekarang pun masih mendalami) ilmu breastfeeding ni, terjumpa banyak sangat istilah yang Rilla tak tahu. Jadi, Rilla kumpulkan dan letak di sini untuk rujukan semua. Semoga memberi manfaat.

Supply vs Demand
Merupakan konsep dalam breastfeeding, iaitu semakin banyak demand untuk susu, semakin banyaklah susu yang akan terhasil.

DF : Direct Feed
Maksudnya, kita susukan baby secara direct. Nenen la senang cerita.

PP: Power Pumping
Power pumping merupakan salah satu cara untuk banyakkan susu dengan meningkatkan demand. Caranya:-

Jika menggunakan single pump
Pam selama 10 minit sebelah kanan. Kemudian, pam sebelah kiri selama 10 minit. Ulang sehingga cukup 60 minit.

Jika menggunakan double pump
Pam kedua-dua belah selama 10 minit. Kemudian rehat selama 10 minit. Ulang sehingga 3 kali.

Tandem Pumping
Kaedah mengepam susu sambil menyusukan bayi. Sebelah direct feed, sebelah lagi pam. Juga bertujuan untuk create demand.

Marmet
Teknik mengeluarkan susu menggunakan tangan.

Colostrum
Susu yang terhasil semasa hujung kehamilan dan sehingga beberapa hari selepas kelahiran. Susu yang pekat dan berwarna kekuningan.

EBM: Expressed Breast Milk
Susu ibu yang telah dipam. Mempunyai beberapa kategori; Fresh EBM, Chilled EBM, Frozen EBM. Thawed EBM.

Fresh EBM
Susu yang baru sahaja dipam dan belum disejukkan di dalam peti sejuk.

Chilled EBM
Susu yang telah disejukkan di dalam peti sejuk.

Frozen EBM
EBM yang telah dibekukan.

Thawed EBM
Frozen EBM yang telah dicairkan.

Foremilk
Susu yang mempunyai banyak kandungan air dari lemak

Hindmilk
Susu yang mempunyai banyak kandungan lemak dari air

EP Mom: Exclusive Pumping Mom
Ibu yang mempunyai bayi yang menyusu hanya melalui botol. Oleh itu si ibu perlu mengepam susunya untuk diberikan kepada bayi. Terjadi apabila bayi tak nak DF.

Exclusive BF
Menyusukan anak dengan susu ibu sahaja (kecuali air Zam zam, kurma, ubat-ubatan dan sebaginya). Selalunya sehingga tempoh 6 bulan. Tetapi boleh diunjurkan jika bayi belum bersedia untuk makan, jika dia hanya menyusu susu ibu sahaja, ia tetap exclusive BF.

Fully BF
Menyusukan anak dengan susu ibu - tidak bercampur dengan susu lain. Walaupun bayi telah mula makan, minum air, tetapi jika untuk susu, hanya diberi susu ibunya sahaja, ia dipanggil fully BF.

LDR: Let Down Reflex
Refleks yang terjadi apabila hisapan bayi merangsang pengeluaran hormon oksitosin seterusnya membuatkan otot otot yang membalut kelenjar susu menegang dan menguncup lalu mengeluarkan susu melalui duktus. Kadangkala LDR boleh terjadi apabila si ibu teringatkan bayinya, atau terdengar bayi menangis atau ketawa, sedar-sedar je baju dah basah. LDR yang kuat akan membuatkan susu terpancut. Sebab tu tengah menyusu bayi tersedak. Masa pam susu paling senang nak nampak LDR.

NIP: Nursing In Public
Menyusukan anak di tempat awam. Selalunya menggunakan cover seperti nursing poncho, pashmina, nursing cover dan sebagainya.

19.3.13

My Breastfeeding Journey @ 4 Months


Assalammualaikum dan hai semua

Alhamdulillah, sudah  4 bulan lebih usia Zain. Sangat syukur sebab masih lagi mampu susukan Zain dengan susu ibu secara ekslusif. It has not been a smooth journey for me, my milk is no waterfall, but still I won’t complain. Dapat susukan sampai sekarang pun dah cukup bersyukur. Let me share with you my breastfeeding story so far.


My Mistake: Assuming Breastfeeding is an Automated Process

"Sua je, nanti baby hisaplah"

Wrong assumption! Honestly, itulah anggapan Rilla sebelum bersalin dulu. Jadi Rilla tak gali banyak-banyak ilmu breastfeeding ni. Cuma beli barang keperluan untuk breastfeed. Lengkap tau, pump, sterilisier, storage bottle, storage liner, nipple shield, nipple cream, breast pad, semua ada. Tapi satu je kurang: ILMU PENYUSUAN SUSU IBU. So mommy-to-bes in reading, please don’t make my mistake. Rilla dah bersalin, dalam pantang, barulah sibuk nak Google itu ini. Cari sebanyak mungkin ilmu pasal PSI sebelum bersalin.

Penting sangat ilmu PSI. Kenapa? Because you need to educate yourself and the people around you and not making absurd assumption. Kebanyakan generasi ibu-ibu sebelum kita tidak berpeluang mendapatkan ilmu PSI dengan mudah macam kita sekarang. Dulu tak ada Google, tak ada group FB bagai. Jadi kebanyakkan generasi kita membesar dengan FM (nothing’s wrong with that, Rilla pun dulu membesar dengan FM je, dah besar ni ok je). Tapi semua pun tahu SI adalah yang terbaik untuk bayi sebab it’s fomulated specially for babies, tailor-made kalau bahasa menjahit. Jadi kita perlukan ilmu PSI untuk kongsi dengan mereka.

Senang cerita, sebagai contoh:

Mereka: Baby kau ni nangis je, susu kau tak cukup kot?
Me: (Sebab dah tahu newborn nangis tak semestinya lapar dan yakin susu sentiasa ada) Takdelah, susu cukup, tengok Zain minum sampai mulut berlemuih.

Kalau Rilla tak kaji pasal PSI mesti Rilla pun ingat susu tak cukup, dah negative thinking di situ, terus betul-betul tak cukup susu.


Husband’s Support is Crucial

Serius, tak dapat bayangkan ibu-ibu baru yang long-distanced dengan husband mereka. Rilla punya usaha untuk breastfeed disokong penuh oleh Kanda. In fact, he set me a target to breastfeed Zain until at least 1 year old. Pernah dia cakap “Terima kasih sayang sebab susukan Zain” *lap air mata*  Yes, it’s my responsibility to feed Zain, but still, a little thank you means so much to me. Satu lagi peranan husband adalah untuk menjawab balik tomahan (tomahan ke? Accusation maknanya) orang terhadap susu Rilla. Biasalah, golongan makcik-makcik skeptikal akan bertanya, “Cukup ke susu ko, Rilla?” selalu Kanda akan jawab “Lebih dari cukup” *titik*. Tugas Kanda juga adalah membantu Rilla masa nak NIP, make sure betul-betul tertutup. Alhamdulillah, my husband sokong NIP.


Breastfeeding for the First Time

Sadly for me, I only got to hold Zain after giving birth to him, tak sampai seminit pun. Lepas tu terus dia masuk NICU. I think it was Day 4 when I was given the permission to really hold him. Sebelum tu cuma dapat usap dia je. This first time is when I'm allowed to directly feed him. Sebelum tu semua through tubing. Tak boleh nak direct feed sebab ada tiub kat mulut dia. I didn't get the chance to hold him at my chest after giving birth - this is an important step to breastfeeding. Masa mula-mula dapat direct feed Zain, bahagia sangat rasa, susah nak describe. It's time for me to bond with him, and it's our special time, no one can take it away from us.


Pumping My Milk

I started on Day 2. Day 1, tak pump dan susu tak keluar pun. Zain tak minum susu pun, hanya on drip. Hari kedua, sebelah pagi, masih lagi on drip. Dapat jumpa Zain's paed. She asked me to pump out my colostrum and give it to Zain. She explained that this is especially important for preemies. Jadi bermulalah episod mengepam. Rilla guna pam hospital. I didn't know what to expect, mencurah-curah ke? Tidak, kali pertama pam, susu keluar setitis-setitis. Tapi Dr. cuma minta 8ml sahaja. Alhamdulillah dapat keluarkan walaupun susah. Amount susu yang diperlukan meningkat, dari 8ml ke 10 ml dan seterusnya. Sampai peringkat, Nurse tanya, boleh kah beri baby FM. Rilla izinkan sahaja sebab susu Rilla through pumping masa tu agak sukar nak keluar. Lainlah kalau dapat direct feed, senang sikit. Rilla duduk kat DEMC selama 6 hari selepas Zain lahir. Rilla punya masalah masa tu, pam susu tapi susah nak keluar. Masa tu ada nurse datang tolong check masa tengan pam, Rilla dah bengkak masa tu. Sampai keluar tanda-tanda merah, tapi tak tahu kenapa susah nak keluar.Waktu malam mesti ada leaking. Bila pam, dapat 10 ml je, tapi tetap syukur. At least ada dari tak ada langsung kan? Bila Dr. cakap boleh direct feed, nurse akan call bilik Rilla masa feeding time. Seronok sangat. They called me in the wee hours, and I was more than glad to be with my baby.

On day 8, Zain has to be warded again due to Jaundice, this time at Ampang Puteri. Masa ni memang berlinang air mata nak tinggalkan dia kat hospital. Again, I had to pump my milk and send it to the hospital. Sehari sampai dua kali pergi, kalau tak dapat pergi pun, Rilla minta tolong adik Rilla hantarkan susu. 5 days later he was discharged. A week after that the paed at Ampang Putri requested for a follow-up. To my dismay, Zain's weight gain is not satisfactory. Yelah, lahir 2.3kg, discharge dari hospital 2.1kg (it's normal for babies to loose some weight after birth), tapi lepas tu sakit, jadi berat dia lambat naik. And he was prescribed MCT Oil and Myotin. Benda ni kena campur dalam susu dia. Again, I had to pump out my milk. Masa ni pam setakat nak penuhkan dasar botol saja. Paling hebat pun 0.5 oz. MCT & Myotein ni kena bagi for 30 days, jadi memang Rilla tak dan nak buat stok.


Stocking up

Awal bulan Disember barulah Rilla dapat pam untuk buat stok, Alhamdulillah, masa ni production susu bertambah. Mula-mula dapat 0.5 - 1 oz per session. Kumpul-kumpul sehari dapatlah 4 oz. Tapi makin lama, makin bertambah, syukur sangat. First time pam dapat 2 oz per session, teruja sangat! Kemudian dapat 3 oz, lagi seronok. Sebelum naik kerja, Rilla dapat kumpul dalam 100++ oz, yes, tak banyak, tak penuh freezer, but I'm getting by. Setakat ni tak pernah tak cukup, Alhamdulillah.


Feeding Zain Through Bottle

Yang ni Rilla syukur sangat-sangat. Rilla terpaksa introduce Zain minum susu guna botol agak awal, tapi luckily for me, Zain tak ada nipple confusion. Jadi Rilla nak naik kerja tu, takdelah hati risau sangat takut dia tak nak botol. Mungkin Allah duga Rilla kat benda lain, tapi dia bagi kemudahan kat sini. Zain ada dua botol susu. Satu brand Nature & Organics, satu lagi Basilic. Both botol kaca. Zain ni tak memilih sangat teat, dia ok je, syukur.


Zain's Milk Consumption & Supplying for It

Masa Rilla mula-mula naik kerja dulu, masa tu Zain dalam 2 bulan, dia minum dalam 2-3 oz per feeding. Sehari Rilla akan supply dalam 12 oz. 3rd month,masih 2-3 oz per feeding, tapi Rilla dah kena supply 13-14 oz. Sekarang, Zain dah 4 bulan lebih, dia consume 3 oz per feeding dan Rilla kena supply 15 oz per day.Rilla pam kat ofis sekurang-kurangnya 3 kali. Kadang-kadang time driving, tengah jem tu pun sempat pam. Selalunya Rilla tak dapat 15 oz di ofis, jadi kena tambah pumping session sebelah malam. Selalu bawak balik dalam 13 oz sahaja. Kadang-kadang balik kerja, Rilla sangat penat, jadi tak pam time malam. Tapi esoknya, Zain akan kurang consume. Rilla sampai rumah je, tengok tak guna stok pun. Ada lah sekali dua guna stok, tapi jarang lah, itu pun sebab Rilla tak dapat balik on time.

That's it, my journey so far, Alhamdulillah. I have to thank my mum for fully supporting my effort, tolong jaga Zain dan tolong manage my EBM. Love you, Mak! Key learning point here is, you have to be mentally strong to breastfeed your baby sebab ada dugaannya. Kena cekal. I've been accused of my milk is cair, my milk tak sedap *insert silent sobbing here*, tapi kena belajar pekakkan telinga dan teruskan usaha. Ganbatte mommies!

22.2.13

Rambut Gugur Sebab Breastfeeding?

Assalammulaikum dan hai semua

Lately, Rilla perasan rambut Rilla banyak sangat gugur. Bila lurut rambut, tengok tapak tangan... mak aih, banyaknya rambut! At this rate I'm going to be bald soon! *sobs* Husband pun perasan. Time shampoo rambut lagi lah T.T

Merindui rambutku yang beralun cantik semasa pregnant dulu~~

Jadi mulalah cari sebab kenapa boleh gugur dengan sebegitu banyak sekali. Sebab breastfeeding kot?

SALAH sama sekali anggapan itu! Selepas menggoogle, baru Rilla tahu, rupa-rupanya normal rambut gugur selepas melahirkan bayi. Terutamanya selepas tiga bulan.

Apakah sebabnya?
Ini kerana, selepas beranak, hormon estrogen kita tunggang terbalik. Jadi banyak follicles rambut akan memasuki fasa 'rehat'. Lepas fasa ini, rambut akan gugur. <Estrogen...please come back!!> Ianya akan lebih ketara terhadap wanita berambut panjang.

Apakah yang perlu dilakukan?
Not much you can do about it since it's a hormonal thing. Dan secara normalnya, keadaan ini akan kempali normal dalam tempoh 6 bulan hingga setahun. Apa yang kita boleh buat adalah pakai syampu dan perapi yang berkualiti. Hairstyle juga boleh diubah kepada potongan rambut yang lebih pende. Rambut pendek senang sikit nak jaga baby. Lately, Zain suka benar tarik rambut Rilla. Selalu ada rambut terpintal kat jarinya yang halus mulus itu.

A visit to the hairstylist perhaps? Hoiii malasnya sebab selalu time potong rambut, akan ambil masa dua jam. Itu wash-cut-blow saja, belum treatment lagi.



12.12.12

Pengalaman Melahirkan Amanullah Zain

Assalammualaikum dan hai semua~

Alhamdulillah, our bundle of joy has safely arrived! Mari berkenalan dengan anak teruna Rilla yang hensem ni dulu:

Name: Amanullah Zain bin Fuad Suffian (we call him Zain)
Date & Time of Delivery: 4 Nov 2012 - 7.22 am
Weight: 2.32kg
Mode of Delivery: Spontaneous Vaginal Delivery & Episiotomy (Normal & gunting)

Rilla nak kongsi pengalaman bersalinkan baby Zain selain nak abadikan kenangan.

30 Oktober (Selasa) - 1 November 2012 (Khamis)
Mula dari Selasa malam Rilla dah rasa tak sihat. Rasa macam nak demam. And true enough, Rabu tu Rilla demam. Rilla masuk office sekejap, tapi by lunch time, rasa dah tak larat, terus ambil MC. The next day, masih demam lagi,jadi pergi klinik lagi, doctor bagi 2 hari MC sampai Jumaat.

2 November 2012 (Jumaat)
Pagi tu Rilla bangun, badan masih panas. Sambung tidur sebab memang dah ada MC kan? Tapi by lunch time, dah rasa ok, dan masuk office. We were in the middle of a hectic schedule - planning a 500 pax gala dinner in 3 weeks! - belum campur tugas-tugas hakiki lagi,  so I felt guilty taking MCs and leaving the team. Masuk office, buka email, pergi lunch. Masa lunch sempat minum bandung soda, yums!

After lunch, pergi recce hotel (boleh percaya tak 3 weeks before the dinner masih nak  recce venue?). Jadi kami bertolak dari Ara Damansara ke Mandarin Oriental lepas Zuhur. Sampai sana, discuss dengan marketing exec MO, naik turun tengok halls and accomodations. Siap makan hi-tea lagi (teh tarik MO sangat sedap hokey!) Spend masa kat MO dari pukul 3.30 petang sampai malam.

Lepas tu my colleague dropped me off at the office, and I drove back home. Reached home at about 10.30 pm. Nampak tak mak buyung masih ligat masa ni? Kehulu-kehilir like it was nobody's business. Masih mampu drive sendiri kereta manual. Memang takde langsung tanda-tanda nak bersalin. Sampai rumah, mandi, tengok Running Man dengan Kanda, lepas tu kitorang masuk tido dalam pukul 12 tengah malam.

3 November 2012 (Sabtu)
12.30am
Tiba-tiba Rilla rasa basah. Terus terjaga dari tidur sambil rasa confuse. Kenapa pula basah ni? Takkan terkucil pulak? Pergi bilik air, tengok dekat panty liner air jenih ada sikit warna pink, tak berbau. Jadi air ketubanlah kan? Terus blur, tak tahu nak buat apa. Jadi Rilla pun call DEMC dan tanya diorang "Saya mengandung 34 minggu. Sekarang ni dah basah, saya kena buat apa ya?" Diorang pun suruh Rilla datang emergency sebab diorang nak buat CTG. Lepas tu Rilla tanya lagi, "sekarang ke?" (soalan yang agak bengong di situ - fahamilah Rilla memang blur masa tu). Diorang pun cakap "sekarang lah".

Lepas tu Rilla mundar-mandir sekejap. Then google hospital checklist dan start packing barang. Tulah, orang lain 28 minggu dah siap packing. Rilla 34 minggu tak habis beli barang lagi. Masa ni hentam je packing barang, tapi lupa nak pack kan barang Kanda sekali. Dah habis packing, baru kejutkan Kanda. Ni pun memerlukan kesabaran untuk menjawab soalan-soalan mamai dia seperti "kenapa pulak nak kena pergi hospital?" dan sebagainya. Rilla pun layankan saja soalan-soalan dia. Faham,baru bangun, tengah mamai, aku ajak pergi hospital.

1.15am
Sampai DEMC, terus diorang hantar pergi labour room dan pasang CTG. Masa ni dah ada contraction,  tapi sikit je, Rilla tak rasa pun. Reading pun dalam 20-30 macam tu. Kena tukar baju hospital dan diorang bagi pakai maternity pad. Diorang inform kena tunggu Doctor datang dalam pukul 8.30 pagi. Nasiblah hari Sabtu, memang doctor Rilla, Dr. Jumeah buka klinik. Jadi tunggu sahaja sambil nurse-nurse kat situ monitor CTG. Sementara tunggu Dr.  Rilla pun tidur lah. Kanda pula tidur di kerusi dalam labour room tu. Ada juga terbangun-bangun untuk pergi toilet. Cuma nurse memang limitkan pegerakan Rilla sebab takut lagi banyak air keluar.

Masa ni Rilla pesan kat Kanda, jangan beri tahu ahli keluarga lagi, takut diorang panik. Lepas subuh baru hubungi diorang. Eh, aku pulak sibuk takut orang lain panik, patutnya terbalik kan?

8.30am
Dr. Jumeah datang dan buat ultrasound,nak tengok keadaan baby. Alhamdulillah, baby ok, cuma air semakin berkurang dan tinggal sedikit. Lepas tu dia explain la kat Rilla dan Kanda, baby kalau keluar sekarang dikira premature (preemie) sebab baru 34 minggu 6 hari. But it's a good size kalau Rilla bersalin keesokannya sebab estimated weight ikut ultrasound tu 2.1kgs. Dr. Jumeah explain lagi, selalunya bila air keluar, baby boleh urinate untuk refill balik air ketuban, dan boleh teruskan pregnancy ke minggu ke 37 atau full term. Tapi untuk kes Rilla, air dah kurang sangat, memang tak sempat baby nak refill. Ketuban punya koyakan tu besar, mungkin.

Masa ni Rilla anggukkan sahaja apa dr. Jumeah cakap. Memang faham, tapi nak menerima hakikat tu ambil masa. Dr. explain lagi, dia akan bagi Rilla dua kali jab DEXA untuk kuatkan paru-paru baby. Satu jab pagi, dan satu lagi petang (Sakit tau DEXA jab ni). Lepas tu akan buat CTG lagi sekali pukul 10.30 malam dan 5.30 pagi keesokannya. Kalau Rilla dah ada bukaan, dia akan teruskan dengan normal delivery. Kalau tak ada bukaan by 8.00 esoknya, dr. akan induce. If tengah hari tak bersalin lagi, akan induce lagi sekali. Lepas tu by pukul 6.00 petang tak bersalin lagi, kena C-sect. (Doc Jumeah ni, walaupun hospital private, dia push untuk normal sebolehnya). Nurse pesan, kalau nak pain killer jab, just inform. Tapi masa ni Rilla tak rasa sakit pun, so tak ambil lah jab tu.

Maknanya, tak kira apa pun, Rilla kena juga bersalin pada 4 Nov 2012. Hakikat inilah yang Rilla ambil masa nak terima. I thought I have one more month to prepare myself to be a mother. Tapi kehendak Allah, kun fayakun, diakdirkan Rilla akan jadi seorang ibu pada 4 Nov, dan Rilla yakin itulah aturan yang terbaik dariNya.

9.00 am
Rilla dibenarkan masuk bilik. Nothing much to do. Makan, tengok TV. Masa ni sampai ke petang Rilla melayan parents n in laws dan kawan-kawan yang datang. Yang surprise nya MIL datang dari JB nun. Tetiba je dah muncul, macam JB-Shah Alam tu dekat benar je. Rilla cakap kat MIL masa tu "Eh,magiknya Mak datang", haha, bertuah punya menantu. Semua pun terkejut Rilla dah nak bersalin. Kesian kat Mak Rilla juga sebab kena rushing prepare barang dan bilik baby.

10.00 pm
Masa ni ada kawan Kanda datang, masih melayan lagi. Rilla ok je. Contraction pun tak kuat sangat. Parents Rilla dah balik. Mak Rilla tak stay sebab dia kena prepare rumah. Persiapan untuk Rilla berpantang kat rumah beluam buat lagi. Tu yang mak Rilla kelam kabut nak prepare everything. Bayangkan, tilam baby cot pun belum beli. Jadi rakan-rakan sekalian, make sure dah beli semua barang yang penting sebelum minggu ke 28 ye.

My MIL decided to stay with me (syukur sangat) dengan Kanda of course. Pukul 10.30 nurse datang untuk buat CTG. Masa ni Rilla dah mula rasa sakit sikit. Bila sakit Rilla akan pegang tempat gantung drip tu kuat-kuta sambil kawal pernafasan. Sebarang pertanyaan masa ni memang Rilla tak layan, huhu. Kanda tengok mesin CTG tu, reading dah 100 lebih (dah sakit lah tu).

11.30 pm
Lepas dah cabut mesin CTG, nurse remind, jangan banyak sangat bergerak, baring je, unless nak pergi buang air kecil. Kalau rasa nak buang air besar, jangan pergi toilet, sebaliknya, panggil nurse. CTG seterusnya akan dilakukan pada pukul 5.30 pagi. Kanda pun maklum benda ni. Masa ni contraction Rilla jarak dalam 6-7 minit. Memang sakit, tapi masih boleh tahan. Tekad kalau contraction selang 3 minit bau nak panggil nurse. Masa ni Rilla bangun pergi toilet sebab rasa loya, dan Rilla muntah-muntah. Bukan muntah apa, muntah gastrik yang pahit tu. Nasib ada MIL yang tolong gosok2 belakang Rilla. Lepas tu Rilla cuba tidur balik. Tapi susah, bila terlelap je, sakit contraction datang, dan mula Rilla paut pada tiang drip tu. Sambil-sambil tu Rilla tulis masa contraction dan berapa lama contraction tu berlaku.

4 November 2012 (Ahad)
3.30 am
Masa ni Rilla bangun dari tidur sebab rasa loya. Rilla pergi bilik air untuk muntah lagi, tapi tak banyak lah. Keluar lagi muntah pahit tu. MIL tanya Rilla ok ke tak? Lepas tu rasa macam nak buang air besar, terus tekan butang panggil nurse. Nurse datang je, Rilla tanya "sya rasa nak buang air besar lah. Boleh tak?" Nurse terus cakap "Eh, Jangan! Jangan teran. Takpe, kita pergi labour room". Cepat-sepat dia pergi ambil wheel chair. MIL terus kejut Kanda. "Wad, bangun. Rilla dah nak turun" Tahu tak Kanda cakap apa? "Kenapa pulak kena turun sekarang? Baru 3.30" dengan nada tak puas hati. Boleh tak dia tanya gitu? Sudahnya Rilla biar jel MIL layan soalan-soalan mamai Kanda. Yang penting aku turun dulu.

Sampai labour room datang nurse nak check bukaan. Rilla dah prepare lah nak rasa sakit sebab orang cakap kena seluk ni sakit. Tapi elok je nurse tu buat, Alhamdulillah, tak rasa sakit pun. Dia cakap dah 2.5 cm. Siang nanti bersalinlah.

Rilla pun fikir, oh, baru 2.5cm. Sebab mengandung anak pertama kan,orang cakap lama kena tunggu untuk laluan tu terbuka. Jadi Rilla budget tengah hari lah baru deliver (pandai benar aku budget sendiri). Jadi Rilla terus baring dan cuba rehat. Nurse datang, tengok CTG, contraction dah tahap menyakitkan. Terus dia suntik pain killer. Kurang sikit sakitnya. Dia cakap kalau nak epidural nanti, bagi tahu lah. Rilla cakap tak perlu lagi sebab masih boleh tahan.

6.30 am
Nurse datang lagi, untuk check bukaan, dah 5cm. Oh, ada separuh lagi. Jadi Rilla budget dalam pukul 9 pagi tu deliverlah kot. Masa  ni sakit makin bertambah. Nurse bagi hirup gas. Gas ape pun aku tak tahu, tapi best. Higgggggh je rasa, and off I went to lala land.

Lepas tu MIL turun bawakkan air zam-zam. Husband baca selawat dan bagi Rilla minum dan sapu kat muka, ubun-ubun dan perut Rilla. Sebagai ikhtiar pemudah cara. Orang cakap buat selusuh la. (I read somewhere, jangan guna akar fatimah). Lepas tu dia minta izin nak bilik untuk mandi. Rilla pun ok-kan aja, sebab budget lambat lagi nak deliver. Tukar shift dengan MIL. MIL urut-urut kaki Rilla sambil baca Rabbi Yassir.

6.45 am
Sungguh! Sakit amat. Masa ni Dr. Jumeah yang datang untuk check bukaan, dah 8cm! Eh? cepatnya. Masa ni kaki Rilla dah terangkat-angkat, Rilla berpaut pada pagar katil sampai bergegar-gegar. Masa ni hanya mampu baca "La hau la wala qu wata illa billah" Sungguh, Rilla tiada daya, dan sungguh kekuatan hanya dariNya. Orang cakap bersalin itu pertarungan nyawa. Betullah statement itu. Masa ni doa banyak-banyak, janganlah gugur imanku kerana kesakitan ini. Buatnya nyawa ditarik kala iman gugur?

Rasa nak teran sangat-sangat, tapi tahankan juga sebab tahu kena tunggu 10cm. Teran sekarang, koyak banyak nanti,padan muka. Masa ni gas tu tak mainkan peranan sangat. Tapi Rilla still sedut walaupun tersekat-sekat (patutnya kena sedut dalam-dalam).

7.00 am
Homaihhh, rasa nak teran sangat ni. Kanda tak turun lagi. Rilla tanya MIL "Mak...Wad mana mak?" MIL kelam kabut call Kanda, tapi tak dapat. Tahulah kan coverage Celcom kat Shah Alam ni? Lama benar mandinya. Rilla tahankan teran sebab tahu Kanda nak witness semuanya, nak teman kan Rilla. Tapi Rilla dah sakit sangat sampai kaki tertendang-tendang sambil jerit "Allah" dan mengerang-ngerang.

Nurse tanya MIL "Suaminya nak masuk tak?" MIL cakap "Nak. Tapi saya telefon tak dapat ni". Dr datang, siap-siap pakai scrub semua sambil 3-4 orang nurse prepare barang. Masa ni dah lega "Oh, dr. dah datang, kejap lagi boleh teran". Tapi Kandanya nan hado lagi nih. Dr. mula explain macam mana nak teran nanti (my antenatal class were scheduled the week after! tak sempat nak pergi, dah terberanak).

Katil Rilla ditegakkan. Diorang suruh Rilla letak kaki kat pedal tepi katil. Pedal dia macam kat motorsikal tu. Atas pedal tu ada tempat pegang masa nak teran. So I positioned myself. Tup-tup Kanda dah ada kat sebelah. Terus dia pegang kepala Rilla.

Dan puuuuussshhh. 2 kali push yang pertama tak berjaya sebab Rilla tak berapa reti. Tapi masa ni tak sakit. Rilla just teran bila rasa nak teran. Dia ada rasa macam memulas dan kita akan memang tahu sendiri bila nak push. Dr. bagi tips masaa ni, bila teran curi nafas supaya baby tak masuk balik ke dalam.

Rasa nak push lagi, Rilla tarik nafas dalam-dalam dan push selama yang boleh, baby dah lepas bahu. Lepas tu Rilla tahan dan curi nafas dan push lagi sekali, Alhamdulillah, baby pun keluar. Masa push ni dr., nurse dan Kanda yang banyak bagi dorongan. Bila Rilla push dengan betul diorang cakap "Pandai..sikit lagi...sikit lagi". Kanda's presence was Allah's gift. Sangat tenang bila push Kanda usap dan kiss ubun-ubun. Baby keluar je, mak aih, punya nyaring dia nangis. Nama je preemie. Suara tak padan badan.

Baby keluar, dr. cepat-cepat gunting tali pusat dan terus bersihkan (tak letak kat dada Rilla). Dia explain premature baby tak boleh sejuk-sejuk. Kena cepat-cepat hantar pergi NICU. Rilla hanya nampak sekilas sambil nurse goyang-goyangkan perut untuk keluarkan uri. Lepas bersihkan, Kanda azankan, lepas tu letak sekejap dekat lengan. Rilla masih belum boleh tengok muka bab sebab kepala dia mengadap Rilla.  Hanya sempat cium kepala dia dan off he went to the NICU.

Kanda terus teman Rilla sebab dr. nak jahit. Masa jahit ni ngilu walaupun dr. dah suntik pain killer. Nak paut kat tempat tangan tadi diorang dah turunkan. Kanda suruh paut tangan dia "Tak apa. Dinda genggam je tangan Kanda kuat-kuat". Rilla tanya APGAR score baby ok tak. Dr. cakap ok, cuma kulit dia biru sikit.

Lepas habis jahit, diorang suruh Rilla tidur sejam sebelum dibawa naik ke bilik balik. Masa ni badan,kaki, tangan semua menggigil.. Tak sejuk, tapi menggigil. Dan Rilla pun tidur.

Zain - 1 hari.
Dah malam baru Rilla dapat bangun, pergi NICU untuk tengok baby. Alhamdulillah, dia tak perlu masuk incubator sebab berat dah lebih 2kg. Cuma duduk bawah radiant heater je. Tapi masih sedih tengok wayar berselirat. Masa ni dia on drip. Tapi preemie pun, nangis kuat hokey, mentang dia sorang je kat NICU tu. Oxygen dome tu pun ditolaknya.

Zain kena tahan 5 hari sebab dia on antobiotik. Kena habiskan antibiotik tu baru boleh discharge. Jadi Rilla pun tinggal kat hospital supaya senang nak susukan dia.


Masa subuh-subuh dikejutkan sebab nak susu. How can you not melt when seeing this face?

Masa nak discharge - 9 November - my birthday! Best birthday present ever!

Entri ini dipublish pada 12.12.12, EDD Amanullah Zain. Sekarang dia sudah 1 bulan 8 hari, Alhamdulillah.