Assalammualaikum dan hai...
Alhamdulillah, kali ni Rilla dah boleh cakap barang basic untuk baby dah ada. Sebab Rilla dah pergi shopping hujung minggu lepas - beli baju, toiletries dan sebagainya.
Yang paling basic sekali: baju.
Untuk baju memang tak ada plan nak beli banyak-banyak, terutamanya saiz newborn. Rompers newborn Rilla beli 3 helai je. Lepas tu beli saiz 3-6 months 5 helai. Rilla beli di Mothercare - memang mahal sikit. Tapi recommended oleh rakan-rakan sekerja sebab tahan lama, warna tak luntur dan dia akan stretch ikut baby. Lagi pun ini anak pertama kan? Nanti boleh simpan untuk adik-adik dia pulak ;p Lepas tu beli baju lubang-lubang untuk day wear jugak. A couple of mittens and booties. Bonnet je tak beli lagi sebab tak jumpa yang comel.
Toiletries.
Barang mandian basic macam bedak, baby bath, lotion, diaper rash cream, baby oil. Dan beli sekali travel pack untuk dibawa kehulu-kehilir nanti. Lepas tu beli liquid cleaser Pureen untuk cuci botol.
Akhir sekali: Bath Tub
Suka bath tub ni sebab murah. Harga asal RM69.90. Harga promo RM49.90. Brand Sweet Cherry. Susah nak dapat harga ni untuk bath tub jenis macam ni. Bath tub ni dah siap dengan infant support dan anti-slip padding sekali. Jadi tak payah susah-susah nak beli asing-asing. Siapa berminat, silalah ke Jusco sementara sale masih ada (sampai hujung bulan ni).
Rasanya kena pergi shopping 1-2 trip lagi ni baru complete. Next target: barut baby (baru nak DIY tapi Kanda dah tak kasi menjahit sampai deliver nanti), baby crib, crib bedding set, carrier, sterilizer dan warmer, baby grooming set, confinement set... eh macam banyak lagi kena sediakan. Baju pun kena beli yang long sleeves.
Adalah dinasihatkan pada minggu ke 28 kehamilan, dah ready stand by beg hospital untuk mama dan baby. Sila jangan tiru saya, minggu 31 baru kelam kabut nak beli baju (belum mendobi lagi ni). Bag mana nak pakai pun tak ada lagi hokey? I have to minus 1 week sebab kena outstation masa minggu ke 34 nanti. Sekarang ni ada masa 3 minggu nak habiskan beli barang. Target minggu ke 35 habis shopping, minggu ke 36 adalah aktiviti membasuh dan packing.
Kepada yang mintak checklist, sabar ya sebab Rilla tengah tambah barang lagi dalam tu yang Rilla rasa perlu. Nanti dah siap Rilla buat entri ya.
almost complete..gut luck mummy
ReplyDelete