Alhamdulillah, Rilla dah 30 minggu hamil. Pejam celik saja. lagi 10 minggu dah jadi 40 minggu. Persiapan? Errr...dukacita dimaklumkan, sangat lambat. Sebabnya bebrapa bulan kebelakangan ni Rilla sangatlah sibuk di pejabat, tambahan pula dengan Syawal dan majlis kahwin adik-adik Rilla.Memang kelauh persiapan untuk baby.
Dah mula beli barang masa trimester kedua lagi, agak awal bagi setengah orang mungkin. Tapi macam Rilla katakan, Rilla punyai kerjaya yang sibuk, balik rumah pun pukul 12 tengah malam, pukul 1 pagi. Hujung minggu pula penuh dengan aktiviti keluarga, kalau takde aktiviti pun, Rilla kena masuk pejabat. Bila masa nak pergi shopping?
Ni dah masuk 30 minggu, mula rasa menggelabah sebab banyak lagi barang tak beli >.< Rilla ada checklist, Rilla gabungkan dari beberapa checklist yang Rilla jumpa di internet. Lepas tu Rilla buang dan tambah ikut sesuka hati. Mula-mula tengok check list, rasa maca 'Eh? Banyaknya barang? Ini untuk apa? Itu untuk apa?' Clueless sangat. Tapi buatlah research mana yang sempat.
Inilah checklist Rilla. Pakai excel sebab senang nak track budget dan spending. |
Setakat ni barang-barang yang dah dibeli ialah:-
- Feeding bottle
- Breastmilk storage bottle
- Breastmilk storage bag
- Bottle & teat brush
- Disposable nursing pad
- Pregnancy & nursing pillow (ni beli sebab Rilla susah nak tidur. Bantal ni boleh convert jadi nursing pillow nanti.
- Swaddling pod
- Diaper wipes
- Detergent
- Nursing cover
- Diaper bag
- Bengkung
- Stroller (tapi belum beli carrier lagi)
- Nursing bra (kena tambah lagi)
- Towel (baru sehelai)
Dah, tu je yang kitorang dah beli. Baju sehelai pun takde lagi. Breast pump pula nak beli dengan colleague je. Baby cot dah ada kat rumah mak (baby cot ni pakai dari Rilla baby). Tapi nak kena beli lagi satu untuk rumah sendiri. Baby cot pusaka tu biar je kat rumah mak.
Barang apa yang sepatutnya Rilla dahulukan nak beli ni? Aaa...pening.. Nanti kalau Rilla rajin, Rilla ambil gambar barang-brang yang dah dibeli.
Rilla boleh share checklist tu :))
ReplyDeleteBoleh, meh email..dalam excel file tu
Deletenh_shura@yahoo.com
Deletethanks dear :))
rilla mau jgk checklist tu..mcm nice jek :)
ReplyDeleteemail mila : damielgirls@gmail.com