in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

7.1.13

Alhamdulillah, Sudah Setahun


Assalammualaikum dan hai...

Sedar tak sedar, sudah setahun usia perkahwinan Rilla dan Kanda. Rasa maca baru sahaja 1.1.12 berlalu, sekejap sahaja sudah 1.1.13. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan kesempatan ini.

Dulu masa baru kahwin, dah berangan, first anniversary nak sambut dekat mana-mana, pergi travel Bandung ke, Thailand ke, pulau-pulau ke.Konon honeymoon lagi sekali lah. Tapi kuasa Allah, kami dikurniakan anugerah, iaitu zuriat pertama kami pada 4 Nov 2012. Jadi sambut anniversary dengan baby lah. Memandangkan baby kecil lagi, dan baru habis pantang, jadi kami celebrate biasa-biasa sahaja. No hotel stay, no candle light dinner. But I don't care, I don't need all that. I'm perfectly happy being with Kanda and Zain, no matter where we go.

Jadi kami berkeputusan untuk pergi Paradigm Mall sahaja.A very humble celebration I would say, but words can't describe how happy I was. First stop, H&M. Rilla jakun, tak pernah sempat pergi H&M sebab hari tu dah sarat sangat, tak larat nak shopping. Jadi, lepas pantanglah baru nak berjalan-jalan. Plus, memang nak cari baju kerja, nak buat wardrobe overhaul. Hasrat hati nak berpakaian yang lebih sopan.

"Bonda dengan ayah nak dating, Zain tak kisah, but I'm still the boss" kata anak aku.
Shopping time! That jacket was a present from Kanda. Thanks luv!

Time tengah pusing-pusing dalam H&M tu Zain dah bising nak susu. Rasanya satu kedai boleh dengar suara dia. Jadi, cepat-cepat pergi bayar dan keluar cari baby room sebab nak tukar diaper sekali. Tak puas sebenarnya duduk dalam kedai tu, tapi anak harus didahulukan. Oklah baby room paradigm ni, cuma sedikit sempit, tapi setiap floor ada baby room.

Lepas tukar diaper Zain, Rilla susukan zain pakai nursing poncho je sambil berjalan, sebab masa tu Rilla ngan Kanda pun dah lapar sangat.

Makan time! Zain tidur kejap je, lepas tu bangun balik nak susu, jadi sarung balik poncho tu.

Ni gambar pakai nursing poncho. Lepas bayar bill sambung shopping pakai poncho tu, memang tak bukak-bukak dah sampai masuk kereta, konon winter kat oversea lah nak berponcho bagai.

So that's it. Managed to grab a few pieces for my return-to-work look. Kitorang balik rumah dalam pukul 3 lebih, sampai rumah, masing-masing flat, terus tidur, hahaha. Might not sound romantic, this year's celebration, but definitely an eventful one! Baru kau tahu mencabar keluar berjalan dengan baby newborn.

2 comments:

  1. 1st of all happy anniversary Rilla.
    ya allah i yg dh 5bulan ni pn still rs exhausted tiap kali keluar bwk baby -__- smpi kdg2 i ckp bila laaa nk keluar dgn lenggang kangkung mcm dlu.letih nk prepare all her things. cpt la bsr hannah lol. tp at the same time nk dia jgn cpt besar. bole?haha

    ReplyDelete
  2. Happy 1st anniversary Rilla. Tak perlu celebrate tempat mewah ke apa asalkan bersama dgn suami and anak pun dah cukup kan. Bestnya 1st anniversary ada baby :')

    ReplyDelete