in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

22.2.13

Rambut Gugur Sebab Breastfeeding?

Assalammulaikum dan hai semua

Lately, Rilla perasan rambut Rilla banyak sangat gugur. Bila lurut rambut, tengok tapak tangan... mak aih, banyaknya rambut! At this rate I'm going to be bald soon! *sobs* Husband pun perasan. Time shampoo rambut lagi lah T.T

Merindui rambutku yang beralun cantik semasa pregnant dulu~~

Jadi mulalah cari sebab kenapa boleh gugur dengan sebegitu banyak sekali. Sebab breastfeeding kot?

SALAH sama sekali anggapan itu! Selepas menggoogle, baru Rilla tahu, rupa-rupanya normal rambut gugur selepas melahirkan bayi. Terutamanya selepas tiga bulan.

Apakah sebabnya?
Ini kerana, selepas beranak, hormon estrogen kita tunggang terbalik. Jadi banyak follicles rambut akan memasuki fasa 'rehat'. Lepas fasa ini, rambut akan gugur. <Estrogen...please come back!!> Ianya akan lebih ketara terhadap wanita berambut panjang.

Apakah yang perlu dilakukan?
Not much you can do about it since it's a hormonal thing. Dan secara normalnya, keadaan ini akan kempali normal dalam tempoh 6 bulan hingga setahun. Apa yang kita boleh buat adalah pakai syampu dan perapi yang berkualiti. Hairstyle juga boleh diubah kepada potongan rambut yang lebih pende. Rambut pendek senang sikit nak jaga baby. Lately, Zain suka benar tarik rambut Rilla. Selalu ada rambut terpintal kat jarinya yang halus mulus itu.

A visit to the hairstylist perhaps? Hoiii malasnya sebab selalu time potong rambut, akan ambil masa dua jam. Itu wash-cut-blow saja, belum treatment lagi.



6 comments:

  1. Ala yeke cmtu? So kn bersedia la ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila la sediakan mental anda. Stress tau tengok rambut gugur banyak

      Delete
  2. oh yeke baru tau. mcm i rambut tebal giler tp jarang gugur. bila nak nipiskan rambut kt salon mesti dorg cakap elok rambut tebal la dari nipis. stress mak nak huhu T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cha, samalah kita. I pun spesis rambut tebal, sebab tu setiap kali potong ambil masa lama benar. I tak kira, suruh jugak nipiskan. Kalau tak lama gila nak kering. I suka air dry je, tak suka hair dryer.

      Delete
  3. rambut saya tebal. byk gugur. tp masih tebal.. sampai org gunting rambut ckp benda sama..huhu.. dulu pernah dgr org tua2 ckp, rambut kite gugur time anak air liur asik meleleh je.. mcm time nk tumbuh gigi tu.. kalo dah tak meleleh, rambut pun stop gugur. hahaha.. time tu terfkir gak, apa relationnye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, kebetulan pulak Zain sekarang tengah sukai buih2kan air liur dia. Maybe fasa rambut gugur n fasa baby start gurgling start masa yang sama, thats why orang dulu2 buat assumption camtu

      Delete