in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

19.3.13

My Breastfeeding Journey @ 4 Months


Assalammualaikum dan hai semua

Alhamdulillah, sudah  4 bulan lebih usia Zain. Sangat syukur sebab masih lagi mampu susukan Zain dengan susu ibu secara ekslusif. It has not been a smooth journey for me, my milk is no waterfall, but still I won’t complain. Dapat susukan sampai sekarang pun dah cukup bersyukur. Let me share with you my breastfeeding story so far.


My Mistake: Assuming Breastfeeding is an Automated Process

"Sua je, nanti baby hisaplah"

Wrong assumption! Honestly, itulah anggapan Rilla sebelum bersalin dulu. Jadi Rilla tak gali banyak-banyak ilmu breastfeeding ni. Cuma beli barang keperluan untuk breastfeed. Lengkap tau, pump, sterilisier, storage bottle, storage liner, nipple shield, nipple cream, breast pad, semua ada. Tapi satu je kurang: ILMU PENYUSUAN SUSU IBU. So mommy-to-bes in reading, please don’t make my mistake. Rilla dah bersalin, dalam pantang, barulah sibuk nak Google itu ini. Cari sebanyak mungkin ilmu pasal PSI sebelum bersalin.

Penting sangat ilmu PSI. Kenapa? Because you need to educate yourself and the people around you and not making absurd assumption. Kebanyakan generasi ibu-ibu sebelum kita tidak berpeluang mendapatkan ilmu PSI dengan mudah macam kita sekarang. Dulu tak ada Google, tak ada group FB bagai. Jadi kebanyakkan generasi kita membesar dengan FM (nothing’s wrong with that, Rilla pun dulu membesar dengan FM je, dah besar ni ok je). Tapi semua pun tahu SI adalah yang terbaik untuk bayi sebab it’s fomulated specially for babies, tailor-made kalau bahasa menjahit. Jadi kita perlukan ilmu PSI untuk kongsi dengan mereka.

Senang cerita, sebagai contoh:

Mereka: Baby kau ni nangis je, susu kau tak cukup kot?
Me: (Sebab dah tahu newborn nangis tak semestinya lapar dan yakin susu sentiasa ada) Takdelah, susu cukup, tengok Zain minum sampai mulut berlemuih.

Kalau Rilla tak kaji pasal PSI mesti Rilla pun ingat susu tak cukup, dah negative thinking di situ, terus betul-betul tak cukup susu.


Husband’s Support is Crucial

Serius, tak dapat bayangkan ibu-ibu baru yang long-distanced dengan husband mereka. Rilla punya usaha untuk breastfeed disokong penuh oleh Kanda. In fact, he set me a target to breastfeed Zain until at least 1 year old. Pernah dia cakap “Terima kasih sayang sebab susukan Zain” *lap air mata*  Yes, it’s my responsibility to feed Zain, but still, a little thank you means so much to me. Satu lagi peranan husband adalah untuk menjawab balik tomahan (tomahan ke? Accusation maknanya) orang terhadap susu Rilla. Biasalah, golongan makcik-makcik skeptikal akan bertanya, “Cukup ke susu ko, Rilla?” selalu Kanda akan jawab “Lebih dari cukup” *titik*. Tugas Kanda juga adalah membantu Rilla masa nak NIP, make sure betul-betul tertutup. Alhamdulillah, my husband sokong NIP.


Breastfeeding for the First Time

Sadly for me, I only got to hold Zain after giving birth to him, tak sampai seminit pun. Lepas tu terus dia masuk NICU. I think it was Day 4 when I was given the permission to really hold him. Sebelum tu cuma dapat usap dia je. This first time is when I'm allowed to directly feed him. Sebelum tu semua through tubing. Tak boleh nak direct feed sebab ada tiub kat mulut dia. I didn't get the chance to hold him at my chest after giving birth - this is an important step to breastfeeding. Masa mula-mula dapat direct feed Zain, bahagia sangat rasa, susah nak describe. It's time for me to bond with him, and it's our special time, no one can take it away from us.


Pumping My Milk

I started on Day 2. Day 1, tak pump dan susu tak keluar pun. Zain tak minum susu pun, hanya on drip. Hari kedua, sebelah pagi, masih lagi on drip. Dapat jumpa Zain's paed. She asked me to pump out my colostrum and give it to Zain. She explained that this is especially important for preemies. Jadi bermulalah episod mengepam. Rilla guna pam hospital. I didn't know what to expect, mencurah-curah ke? Tidak, kali pertama pam, susu keluar setitis-setitis. Tapi Dr. cuma minta 8ml sahaja. Alhamdulillah dapat keluarkan walaupun susah. Amount susu yang diperlukan meningkat, dari 8ml ke 10 ml dan seterusnya. Sampai peringkat, Nurse tanya, boleh kah beri baby FM. Rilla izinkan sahaja sebab susu Rilla through pumping masa tu agak sukar nak keluar. Lainlah kalau dapat direct feed, senang sikit. Rilla duduk kat DEMC selama 6 hari selepas Zain lahir. Rilla punya masalah masa tu, pam susu tapi susah nak keluar. Masa tu ada nurse datang tolong check masa tengan pam, Rilla dah bengkak masa tu. Sampai keluar tanda-tanda merah, tapi tak tahu kenapa susah nak keluar.Waktu malam mesti ada leaking. Bila pam, dapat 10 ml je, tapi tetap syukur. At least ada dari tak ada langsung kan? Bila Dr. cakap boleh direct feed, nurse akan call bilik Rilla masa feeding time. Seronok sangat. They called me in the wee hours, and I was more than glad to be with my baby.

On day 8, Zain has to be warded again due to Jaundice, this time at Ampang Puteri. Masa ni memang berlinang air mata nak tinggalkan dia kat hospital. Again, I had to pump my milk and send it to the hospital. Sehari sampai dua kali pergi, kalau tak dapat pergi pun, Rilla minta tolong adik Rilla hantarkan susu. 5 days later he was discharged. A week after that the paed at Ampang Putri requested for a follow-up. To my dismay, Zain's weight gain is not satisfactory. Yelah, lahir 2.3kg, discharge dari hospital 2.1kg (it's normal for babies to loose some weight after birth), tapi lepas tu sakit, jadi berat dia lambat naik. And he was prescribed MCT Oil and Myotin. Benda ni kena campur dalam susu dia. Again, I had to pump out my milk. Masa ni pam setakat nak penuhkan dasar botol saja. Paling hebat pun 0.5 oz. MCT & Myotein ni kena bagi for 30 days, jadi memang Rilla tak dan nak buat stok.


Stocking up

Awal bulan Disember barulah Rilla dapat pam untuk buat stok, Alhamdulillah, masa ni production susu bertambah. Mula-mula dapat 0.5 - 1 oz per session. Kumpul-kumpul sehari dapatlah 4 oz. Tapi makin lama, makin bertambah, syukur sangat. First time pam dapat 2 oz per session, teruja sangat! Kemudian dapat 3 oz, lagi seronok. Sebelum naik kerja, Rilla dapat kumpul dalam 100++ oz, yes, tak banyak, tak penuh freezer, but I'm getting by. Setakat ni tak pernah tak cukup, Alhamdulillah.


Feeding Zain Through Bottle

Yang ni Rilla syukur sangat-sangat. Rilla terpaksa introduce Zain minum susu guna botol agak awal, tapi luckily for me, Zain tak ada nipple confusion. Jadi Rilla nak naik kerja tu, takdelah hati risau sangat takut dia tak nak botol. Mungkin Allah duga Rilla kat benda lain, tapi dia bagi kemudahan kat sini. Zain ada dua botol susu. Satu brand Nature & Organics, satu lagi Basilic. Both botol kaca. Zain ni tak memilih sangat teat, dia ok je, syukur.


Zain's Milk Consumption & Supplying for It

Masa Rilla mula-mula naik kerja dulu, masa tu Zain dalam 2 bulan, dia minum dalam 2-3 oz per feeding. Sehari Rilla akan supply dalam 12 oz. 3rd month,masih 2-3 oz per feeding, tapi Rilla dah kena supply 13-14 oz. Sekarang, Zain dah 4 bulan lebih, dia consume 3 oz per feeding dan Rilla kena supply 15 oz per day.Rilla pam kat ofis sekurang-kurangnya 3 kali. Kadang-kadang time driving, tengah jem tu pun sempat pam. Selalunya Rilla tak dapat 15 oz di ofis, jadi kena tambah pumping session sebelah malam. Selalu bawak balik dalam 13 oz sahaja. Kadang-kadang balik kerja, Rilla sangat penat, jadi tak pam time malam. Tapi esoknya, Zain akan kurang consume. Rilla sampai rumah je, tengok tak guna stok pun. Ada lah sekali dua guna stok, tapi jarang lah, itu pun sebab Rilla tak dapat balik on time.

That's it, my journey so far, Alhamdulillah. I have to thank my mum for fully supporting my effort, tolong jaga Zain dan tolong manage my EBM. Love you, Mak! Key learning point here is, you have to be mentally strong to breastfeed your baby sebab ada dugaannya. Kena cekal. I've been accused of my milk is cair, my milk tak sedap *insert silent sobbing here*, tapi kena belajar pekakkan telinga dan teruskan usaha. Ganbatte mommies!

15 comments:

  1. thx rilla sudi share hal ni.. :)
    eventho sy blm pregnant,tp tetap aim utk BF babies nanti,xnak mengalah :))

    thx again rilla :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck dear! Semoga dipermudahkan usaha murni you.

      Delete
  2. wa... byk kan dugaan nk bf..tqah pon tgh gali ilmu kt kim.. nk kene educate hubby lg.. org sekeliling..hope my mom ok n support me gk..sbb dl adik2 rs topup fm gk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, banyak dugaan, especially kalau kita ni bukan jenis susu yang melimpah ruah. Husband's support itu sangat penting.

      Delete
  3. i suke bc experience u ni. congrats :) i dh failed bf Hannah since she was 4months old. puncanya dia reject my breast tetibe. puas i bg dia nangis meraung. i tot ada hantu kt tetek i hahaha. rupanyaa dh 6bln br i tau i lps mandi suka pakai bedak kt bdn. no wonder! myb hari dia reject my b tu dia rs xsdp. then i cont to EP mom. tp pump2 w/out stimulates dr baby pn xgne jgk. trus gone. skrg pn kdg2 i picit2 ada la setitik so sll i sua2 kt hannah.nk tgk dia nk x.kdg2 dia jilat kdg2 dia plg muka.haha. so she's on fm. u are one lucky mommy k! keep it up :)

    insyaallah nx baby i hope i can bf my baby longer skit huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. LOL!!! Ada hantu ek? Pervert tau hantu tu. Gigih la nak kena jadi EP mum, memang mencabar kalau takde stimulation from baby. Takpelah FM pun as long as she's growing healthy.

      Tak sabar nak tunggu 6 months punya mark, or until Zain dah boleh on solid food.

      Delete
  4. alhamdulillah rilla!
    rezeki zain utk dpt fully BF
    rilla kuat kan semangat tau
    huda pun tgh kumpul ilmu dan kuatkan semangat
    nak tepis jauh2 perkataan "tak ada susu"

    yes! husband support mmg penting utk kite
    semoga rezeki zain utk dpt fully SI dari rilla smpai 2yo
    insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..harap sangat dapat completekan untuk 2 tahun

      Delete
  5. aiyo, now i dah masuk 32 weeks, baru nak start google pasal bf baby. kalau boleh sampai 2 tahun insyallah. tapi bile dengar susah juga nak full bf baby, buat i cuak juga. bukan apa, takut xmampu nak capai target. alhamdulilah, hubby i bagi fully support utk i full bf baby nnt. sebab dia sendiri xpernah minum fm pun. dia full bf sampai umur 2 tahun. so dia harap sangat anak dia pun mcm tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe dear, sempat lagi nak cari ilmu. Rilla pun rasa macam lamanya 2 tahu, tapi Rilla pecahkan target, 3 months - 6 months - 1 year - 1 1/2 year - 2 years, so takdelah rasa lama sangat. Sekarang ni tengah fokus untuk cukupkan 6 bulan exclusive breast milk.

      Delete
  6. Sama la kita bab cari ilmu masa pantang..huhu..baby keluar awal..hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..Zain keluar awal sangat..salahkan Zain pulak, hahah.
      Shahdah keluar nak beraya, Zain keluar nak sambut birthday Bonda dia

      Delete
  7. teruja bc, rilla ct 2m je ps bsalin? tp bsmgt kumpul stok, nk cmni jg. rilla share la pki pump ape ek. lom bli lg. da 32w ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah, Rilla cuti 60 hari je. Rilla pakai Medela Swing n Harmony. Nanti bila sempat Rilla review ok :)

      Delete
  8. Rilla memang tak aware langsung lah pasal ilmu BF ni, nak pergi kelas pun tak terfikir. Dah pulak tak sempat pergi antenatal class, dah terberanak awal.

    Ala, sekarang Husna dah fully BF kan? Still kira exclusive la.

    ReplyDelete