in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

18.4.13

Zain's Hearing Test

Assalammualaikum dan hai semua

Sebenarnya Zain dah tiga kali buat ujian pendengaran. Kali pertama adalam pada hari kitorang discharge dari hospital selepas Zain lahir. Masa tu Zain baru 6 hari.Test ni tak sakit. Dia masukkan macam earphone kat telinga baby dan sambung ke alat yang akan hantar bunyi dan ukur respon baby.

Lebih kurang macam ni alat dia.


Test result @ 6 days

Nilah resultnya.Kena tengok marking X dan O tu. Telinga kiri dua X bawah emission level (line kat graf tu). Telinga kanan satu O bawah emission. Keputusan yang tak memuaskan. Jadi Zain kena test balik masa checkup 3 minggu.

Test Result @ 3 weeks


This time, it's even worse! Telinga kiri semua neative, telinga kanan ada satu marking O atas emission level. The audiologist cakap dekat Rilla lembut-lembut, "Puan jangan risau". Tapi mak mana yang tak risau? Dia cakap mungkin sebab ada amniotic fluid (highly unlikely sebab dah 3 minggu), atau banyak tahi telinga (mungkin). Jadi dia minta kitorang datang lagi bila Zain dah berusia 3-4 bulan untuk buat ABRIS test. ABRIS ni test yang lebih menyeluruh. Nak buat baby kena tidur. So kitorang punya appointment last month kena datang awal, susukan baby supaya dia tidur. Kalau tak tidur, diorang akan bagi ubat tidur *sobs* Sebelum appoinment tu kitorang monitor pendengaran Zain, nampak OK sebab dia respond kat suara kitorang, kadang terkejut bila bunyi kuat. Tapi haruslah Rilla masih risau.

Ni la rupa bila buat ABRIS

Nak dijadikan cerita, beberapa hari sebelum kitorang punya appoinment, DEMC call Kanda banyak kali, tapi Kanda tak sempat angkat. Bila call balik, dia masuk general line. Jadi kitorang tak tahu siapa yang call. Bila datang time appointment tu, rupanya technician yang buat ABRIS tu tak ada, sebab tu diorang call Kanda. Tapi audiologist ada, dan buat lagi sekali test yang biasa tu.

This is the result. Alhamdulillah, passs, syukur sangat, hilang risau Bonda.

Rupanya ada hikmah Kanda terlepas angkat phone call DEMC tu. Kalau tak Zain dah kena minum ubat tidur dah. Alhamdulillah.

2 comments:

  1. Rilla nape zain kna wat test nie?
    Sorynlau b4 ni rilla ada cite zura xsmpt nk bc lg..

    Alahai nsb baik zain xkna bg ubt tdo..semoga zain baik baik jer yer, teringat kecomelan dia ms jmp time gathering 2mgu lps..

    ReplyDelete
  2. In shaa allah zain ok je.. kalau dia boleh respon dgn baik bile rilla panggil so no worry kot.. :)

    ReplyDelete