Orang berbento, aku pun nak berbento jugak kan? Hahahaha. Kami sudah pindah semula ke Shah Alam selepas 7 bulan menumpang teduhan kasih di rumah mak Rilla di KL nun. Rilla akan bekalkan Kanda dengan breakfast. Masa kat rumah mak, takdelah hari-hari Rilla bekalkan Kanda. Bila sempat je, sebab KL-Ara Damansara (my office) bukan dekat. Penat kat travelling je.
Ni sudah balik ke rumah sendiri, lebih selesa. Yelah, dapur sendiri kan? Ikut suka hati nak berkelentang-kelentung lagu mana pun. Jadi Rilla pun cuba menceburi bidang dekorasi bento. Dah alang-alang buat bekal tu, deco la sikit-sikit. Barang-barang basic macam silicone cups, baran, container dan food picks semua beli kat Daiso. Masuk hari ni, dah 5 hari lah bekalkan Kanda dengan bento berhias.
Day 1
Ok, tak lawa, jangan gelak! Yang bekas atas tu sarapan, sausages, scramble eggs dan betik. Bawak pulak lunch, nasi dengan telur dadar. Sup bayam bekas lain.
Day 2
Looks better right? Sandwich telur dan buah kiwi. Telur tu Rilla pukul dengan bawang dan tebar dalam kuali macam telur dadar, dan tepekkan roti atas tu, kemudia potong. Ala-ala Roti John.
Day 3
Nasi goreng cina je. Dalam silicone cup tu telur dadar yang digulung. Atas dia tomoto slices. LAkiku suka tomato.
Day 4
Pasta goreng dengan daging cincang dan cendawan, dan peanut butter sandwich. Sebenarnya kan, ni first time Rilla goreng pasta. Selama ni tau buat bolognaise je.
Day 5
Beef meatballs, chips and peanut butter sandwich. First time jugak buat meatballs. Main hentam je sukatan dan masuk bahan sesuka hati. Nasib baik jadi. Kentang tu Rilla salut telur dulu sebelum goreng. Kalau makan meat ball sekali dengan kentang, dah rasa macam bergedil dah, hahaha.
Tunggulah Zain dah besar nanti, berazam nak buat bento comel-comel untuk dia.
Rajinnya rilla..
ReplyDeleterajinnye rilla..nt if zain dh bole mkn lagila u galak berbento. huhu
ReplyDeletei kan sll ckp dgn husband i ms beli groceries, nak beli ni ni ni nt i buat bfast kt u. haha last2 nye bfast dia kemana tahh. hesh xle jd.mak i sll suh bgn awl buat srpn utk laki.airkopi kosong je pn memadai.wuwuwuw
I kena ceramah dengan my dad la, kena make sure husband makan breakfast air tangan isteri.
Delete