Ni cheq nak ceghita pasai hat nyusu anak tang bulan posa ni. Melalui pembacaan sana sini, yang Rilla tahu, masa berpuasa, normally production susu akan drop, mungkin kurang 1-2 oz dari biasa, ada jugak yang drop 3-4 oz. Neves tau puasa tahun ni. Sebelum puasa hari tu do mikir macam manalah susu aku nanti. Tapi teringat pesan Ayah Rilla, sentiasalah berprasangka baik pada Allah. Insya Allah susu cukup.
Memang mencabar sebenarnya BF time puasa ni. Sebab tu ada rukhsah, hadiah Allah untuk kita BF mommies ni. Indah kan agama kita? Setakat ni, Rilla dah miss 1 hari puasa. Kisahnya ada satu hari tu Zain demam panas. Jadi semalaman Rilla tak tidur sebab dok lap badan dia sampai ke pagi esoknya. Pukul 4 baru tido, tak larat dah nak sahur. Bangun Subuh tu letih sangat dan dah lapar. Jadi tak puasalah hari tu. Mana nak menyusu lagi kalau puasa, tak makan, tak ada tenaga kan? Nak jaga anak sakit lagi.
Pemakanan
Rilla dan husband jenis berbuka dengan kuih-muih saja, cukup. Lepas tu tak dinner pun. Kadang-kadang makan snek, makan roti sapu Nutella atau peanut butter. Nasi makan waktu sahur. Tu pun kadang makan roti je. Cuma bulan puasa ni Rilla makan kurma lebih sikit dan Rilla amalkan cuka kurma. Sedap weh cuka kurma ni, rasa macam jus kurma berkarbonat gitu. Tapi makan dua sudu je sebelum tidur dan sebelum sahur. Beli masa balik JB hari tu.
Production Susu
Production susu, alhamdulillah, cukup untu Zain. Hari biasa Rilla akan pam 3-4 kali. Tapi bulan puasa Rilla pam 2 kali je, pagi dan petang. Selalu pagi tu Rilla akan buat power pumping. Pam pukul 9-10. Sesi ni selalunya dapat 6-8 oz. Sesi petang pukul 3, sesi ni akan dapat 4-5 oz. Jadi total sehari Rilla boleh dapat 10-13 oz. Zain pulak minum 10-12 oz kat Taska. Dia sekarang macam kurang minum kat taska. Rilla bekalkan 2 x 3 oz dan 3 x 2 oz. Itu pun botol no. 5 (2 oz) tak habis. Kalau hari biasa, dengan 3-4 kali pam, Rilla akan dapat dalam 12-16 oz. Jadi walaupun jumlah susu yang dipam berkurang time bulan puasa ni, masih cukup untuk Zain. Rilla pam dua kali je sebab letih. Plus bulan puasa ni balik cepat. So, cukuplah 2 kali pam tu.
My Fitness
Definitely berkurang! Hahah. Penat, serius letih BF time puasa ni. Sampai rumah, kalau sempat Rilla akan prepare kuih simple untuk berbuka. Kadang husband yang prepare. Masalah Rilla kat sini, Zain kurang menyusu kat taska, dia cover balik belah malam. So balik je ruma kena susukan dia. Lepas tu pukul 7 mintak gayut pulak sampai pukul 7.45-8.00 malam. Jadinya Rilla dah banyak kali buka puasa dengan minum air atas katil je. Untukmu anak, Bonda sanggup. Kanda lah yang datang bawakkan air untuk Rilla time Zain gayut. Memang flat, kadang even sebelum Isya' Rilla dah tertidur. Bangun esoknya baru solat, prepare sahur terus. Zain pulak kerap bangun malam. Kalau sebelum puasa dia akan tidur pukul 12 malam - 4.30 pagi. Sekarang pukul 1 bangun, pukul 3, pukul 4.30 la. Inikah reverse cycling? Memang mencabar! Dan setakat ni Zain tak pernah miss sahur. Kecuali time dia demam hari tu lah. Jadi bila Rilla masak bubur bekal dia ke taska tu, Rilla akan masak lebih untuk dia makan time sahur.
Tertinggal Botol
Saja nak selit satu cerita lawak. Kisahnya, minggu lepas Rilla pergi office tertinggal storage bottle. Nasib kat office ni ada 2 botol spare. So untuk sesi pagi tu boleh lah guna botol tu kan. Masalahnya perahan petang tu, nak buat cane? Pernah baca kat KIM boleh letak dalam botol mineral. Tapi tak jumpa pulak botolnya. Tengok katas meja, ada pulak balang kuih kosong. Balang ni dapat masa ada kawan ofis dulu bertunang, doorgift dia ada lebih, jadi dia bagi kat kitorang kat office ni. Rilla cuci bersih-bersih, dan tuang dalam tu. Pon boleh. Ingat balik, kelakar rasanya.
Ko ada storage bottle lawa gini? Kaca lagi, BPA free.
Memang letih sangat kan Rilla. I pun sejak puasa ni pam sekali je..paling banyak pun 2x. First day puasa drop susu dalam 2 3oz camtu..terus tuka mindset yang susu sentiasa cukup..esoknya dah boleh dapat macam biasa. Yang bottle storage last tu memang limited okeh. Tak boleh dapat memana. Hihi
ReplyDeleteanis pun still fully bf airis..
ReplyDeletestok dalam peti dah makin berkurang coz pump sekali je bulan puasa..
risau gak tak dapat tampung stok ni...
anis bekalkan 3 x 3 oz je kat airis ke taska
lawa storage bottle tu...hehe...Alhamdulillah setakat harini masih kuat dan bertahan.kena gigih bangun kul 4pg perah dulu sebelum sahur.3x kat opis.sahur pun kena super banyak.tkleh macam zaman takde anak.minum air kosong je pun boleh dulu...huhu
ReplyDeleteHehehehhe comel tau balang tuh... :)
ReplyDelete