Entry ni cuma untuk kongsi idea je tau, nervous Rilla kot ada yang ingat Rilla ada niat lain ke nak menunjuk ke. No no no.
So, our house is almost completed.
Dalam kontrak cakap 2014 siap, tapi ada kemungkinan siap dalam tahun ni jugak. Hari tu masa isi borang untuk api air, PKNS (aku beli rumah dengan PKNS je) cakap Ogos rumah siap. By November boleh dapat CF. Haaa, dah bolehlah daku mula berangan di bawah pohon berangan.
This is our layout. Rumah kami tak lah besar mana, tapi cukup syukur dah. Tak mampu nak beli rumah landed kat Shah Alam ni. Takpelah, first house kan? Kang rumah besar-besar, aku pun tak koser nak kemas, haha. Rumah ni jenis memanjang gitu.
Dapur
Tengok layout dapur tu, rasa macam pelik sikit lah. Tapi kena tengok rumah dah siap nanti, macam mana sebenarnya. Masa beli rumah ni, tak ada showhouse pun, ada model je. Itu pun ingat-ingat lupa macam mana. Tapi tengok layout macam kena buat L-shape kitchen lah kan? L-shape pun L-shape lah. Tapi, daku berangan nak ada breakfast bar. Tak tahulah muat ke tidak.
Untuk warna pulak, Rilla tak nak putih. Tak koser nak maintain. Mungkin nak warna coklat atau kelabu. Tapi coklat tak nak yang gelap sangat. Dari segi styling pulak, Rilla tak minat yang modern sangat. Nak yang rustic-look tapi moden sikit.
Suka sangat dengan warna dapur ni. Dia punya kabinet nampak kemas. Cuma counter top dia putih. Dan tak berkenan stool tu.
Yang ni pun Rilla suka sangat, cuma again, banyak putih. Rilla suka wooden beam dan divider dia. Stool tu pun suka cuma kaki dia lebih suka warna hitam dari kelabu. Dan lampu atas island tu pun suka jugak. Tapi tak cukup la ruang kat rumah nak ada island. Apartment je kot?
Camni, cecomel je bar dia kan? Cuma kena tukar warna lah. Tak nak putih.
Untuk stove, Rilla lagi suka free standing cooker berbanding hood, stove dan oven yang berasingan.
Version berangan. Brand Smeg, harga 12K, pengsan! hahaha.
Last weekend pergi MF3 kat KLCC. Ada promo untuk freestanding cooker brand Elba. Yang 4 burner, RM3899, yang 5 burner RM5699. Dua-dua dapat free hood. Tapi tak book pun masa tu. Survey je. Tak tahulah nak yang 4 ke 5 burner. Kalau ikutkan 4 burner cukup dah, tapi dia kecik sikit, jadi kalau pakai periuk besar, burner sebelah tak boleh guna. Kalau beli yang 5 burner pulak macam makan space, tapi puas hati la. Dua-dua guna gas untuk stove tapi eletrik untuk oven.
Pantry
Rumah kitorang nanti ada utilities room. Husband suggest untuk pecahkan supaya dapur jadi besar sikit. Rilla pulak prefer maintain je bilik tu, nak buat pantry dan store untuk simpan cleaning items. Pantry ni nanti nak buat rak panjang-panjang. Pantry ni bertutup, jadi kalau tak sempat mengemas, tutup je pantry, haha.
Best kan dapat pantry gini?
Yang ni pun best, siap bakul lagi
Begitulah angan-anganku. Korang yang dah ada pengalaman, ada apa-apa tips tak?
Lalink umi Qi salute tgk pantry tuh huwaaaaaaaaa sgt bestttt mana nak cari upah orgbuat cenggitu eh...mcm inggeris style...oh love it :)
ReplyDeleteTu lah. Ingat nak upah je kontraktor yang reno rumah tu buatkan skali
DeleteBuat dapur yg ada bar island best..hihihihi
ReplyDeleteKan best ada island sebab senang nak prepare, nak motong, nak mencanai bagai
Deletekt kemuning ke rilla? huhu i xde experience or good advice to give. sbb dapur yg ade pn semua developer bg, n mmg xde niat nk reno apa pn.niat ade duit xde.LOL. lgpn xlama lg nk pindah.
ReplyDeletetp if ikut layout kitchen tu mmg sesuai dgn L shape mcm u ckp..u kan kreatif..sure lawa lah kitchen u nt. hehe.. rumah i gitu je le. ade kitchen bar pn last2 penuh ltk dgn brg merepek. skt mata kdg2.tp lantakla.mls nk pk.gagagaga, sbnrnye i yg mls kemas smpi bar xde rupa bar. kihkih
gud luck!
kat seksyen 7, yang. I punya nanti memang sink semata je, uhukk
Deleteeh.. best giler klu umah ade pantry cmni... lompat2 gembira.. :)
ReplyDeletePantry itu penting. sekarang barang-barang tin2 ni semua letak atas rak terbuka je
DeleteSemuanya cantik sis..pepun verangan kan free..hehe..akk pun suka verangan!!
ReplyDeleterumah sendiri,,, kecik atau besar,,itu rumah sendiri,, bestnya,,,
ReplyDeleteRilla dok shah alam keeeeee.. haha i pon dok 7 but we're buying a landed house in bandar salak tinggi, 190k.sayang nak tinggalkan shah alam, semua ada, but nak ada tanah sikit kan, so xpelah jauh pon huuuu
ReplyDelete