in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

31.10.13

Lelong #1 (Baby Stuff)

*sticky entry*

Assalammualaikum dan hai semua!

I am in desperate need to do wardrobe clearance. Banyak sangat barang, tak tahu nak letak mana. Need to let go some items before we start packing to move to our new house. Untuk Lelong #1 ni, semua barang baby. Yes, semua ni hadia yang Rilla dapat masa bersalinkan Zain. Tapi sayang, tak semua Rilla dapat guna. Oleh itu, semua hasil jualan akan dimasukkan ke akaun Zain.

Semua harga kat sini, exclude postage ye, harap maklum. COD boleh dibuat di Petron TTDI Jaya, Shah Alam.

Baby Kiko Diaper Bag
2 units available.
RM20.00
Reserved for Azrine
Reserved for Nawal

OK Baby Diaper Bag
Yang ni cantik! Zip tu boleh bukak sampai ke bawah, macam gambar bawah sekali tu. Very cute embroidered design.
RM25.00
Reserved for Siti Jamilah

Pureen Pride 'n' Joy Set
RM15.00 foc Baby Shoes
Available

Combo Baby Kiko Pacifier, Powder Milk Dispenser & Bottle Brush
RM10
Must take all.
Available

Pureen Feeding Bottle + Warmer Combo
RM10
Reserved for Azrine

Pureen Double Feeding Bottle + Warmer Combo
RM15
Available


Various feeding bottle. Pureen & Baby Kiko & other brands
FOC. Yes, I*'m giving this for free. Siapa cepat, dia dapat. Nak pilih satu, dua or semua botol pun boleh.

Availability:
1 - Reserved for Ifa
2 - Available
3 - Reserved for Ifa
4 - Reserved for Ifa
5 - Reserved for Azrine
6 - Reserved for Azrine
7 - Available

How to order? Just write to me:
rilla.amrillah@yahoo.com

9.10.13

Susu Anak: Ada Apa dengan Status?

Assalammualaikum dan hai peeps!

It's undeniable, breastmilk is the best for babies. It's custom-made and specially designed for human child. Tapi, kita kena ingat, baik susu ibu (SI) atau susu formula (SF), dua-dua adalah REZEKI DARI ALLAH, cuma bentuk berlainan je. Walaupun setakat ni Zain masih dapat SI sepenuhnya, Rilla tak pernah judge ibu-ibu yang lain yang bagi anak mereka SF. Rilla rasa kalau Rilla judge, atau Rilla kutuk, samalah macam Rilla judge dan kutuk rezeki yang Allah bagi kepada ibu dan anak tu.

Sesungguhnya, kita tak akan pernah tahu keadaan seseorang. Mungkinlah kita boleh menuduh itu ini, tak cukup effort lah, tak jaga pemakanan lah, but we won't ever understand unless we're in their shoes. I know some of us believe the saying "takde istilah takde susu". Well, to me, kita boleh pegang ayat tu untuk menaikkan semangat kita, tapi janganlah kita gunakan ayat itu untuk menuduh orang lain macam "Kau tak cukup usaha lah tu. Ko tahu tak takde istilah takde susu?". Astargfirullah. Kalau tidak diizin Allah, usahalah selautan pun, memang takkan ada susu. Ya, ada cara-cara untuk menambah susu yang kalau kita buat, by right, akan menjadi. Tapi ingat, lain orang, lain badannya. Bukan semuanya sama, buat itu ini, nah...automatik susu keluar.

Remember, be humble about our efforts, because in the end it's Allah's doings and gift that we're able to produce milk. Eh tapi jangan tak usaha pulak. Maksud Rilla, usaha sungguh-sungguh dan tawakkal. Jangan taksub usahaka kita tu yang akan menentukan segalanya. Yang kita nak usaha tu pun, daya tenaga datang dari siapa? Allah bukan? Kalau si ibu tak ada kesedaran tentang kebaikan SI, kita doakan sahaja mereka dikurniakan kesedaran. Bantu mereka menambah ilmu tentang penyusuan SI.

I always remind myself that it's Allah's willing that Zain is still fully on breastmilk, thus far. THUS FAR. I always remind myself that I can also be deprived from it, if it's Allah's willing, at any point of time. I always remind myself to not be too proud of my milk production or Zain's rezeki that he's still fully on breastmilk. Jadi, kita kena sentiasa bersyukur, walaupun hasil pam tak banyak ke, at least ada. Walaupun sikit, ia masih rezeki. Ada apa dengan status? Hati-hati bila bercakap "My baby fully on breastmilk tau, setitik FM pun tak pernah masuk". Hati-hati, jangan sampai riak. Bukan tak boleh cakap, just be humble about it: "Alhamdulillah, Allah masih izikan aku susukan anakku". Segala pujian adalah untuk Allah.

I've never taken statuses seriously. Exclusive BF ke, Fully BF ke, Mix ke, fully FM ke, in the end, all that's important is that we're providing the best that we can for our babies. To FM/SF mommies, don't feel so bad. It's not like you're starving your baby. You're still providing them the next best thing. Untuk SF mommies juga, elakkan dari kita membanding-bandingkan susu apa yang kita belikan untuk anak. Susu mahal ke, susu murah ke, again, both are REZEKI. Kita tak tahu mungkin ada ibu bapa tak mampu beli susu mahal, atau mungkin anak dia tak serasi dengan susu mahal. Atau mungkin jugak anak reject FM terus, nak direct feed je, itu pun ada juga. Please don't judge.

Yes, you are entitled to your own opinion which may differ from mine. You may voice it up, but do it in a nice manner. Act classy. Bak kata pakcik Rilla, only dogs bark. Walau niat nak kongsi ilmu, do it in a nice way. Contohnya, instead of saying "Buat apalah ko sumbat anak tu dengan susu lembu? Adoilaaaa", say "Susu iu banyak khasiat tau. Khasiatnya adalah etc..etc..etc..". kadang-kadang kita ada isi yang bagus, tapi kalau cara penyampaian tak sedap, beremosi negatif, orang takkan pandang isi tu.

We are all mothers. Why are we too harsh on each other?
We are all mothers. Let's be nice to each other, okay?

1.10.13

Baby Cot vs Playpen

Assalammualaikum dan hai semua!

Antara dilema bakal-bakal ibu sekalian adalah untuk memutuskan sama ada nak beli playpen atau baby cot? Jadi, kali ni Rilla nak kongsi pendapat Rilla. Ni pendapat peribadi Rilla je tau. Dua-dua Rilla pernah guna.

Baby Cot
Kebaikan
Kukuh dan utuh
Boleh dirapatkan ke katil untuk memudahkan breastfeeding di waktu malam
Lebih cantik

Kelemahan
Tidak se-portable playpen dan bulky
Memerlukan bedding set dan aksesori ($$$)


Zain dalam baby cot

Rilla guna baby cot masa berpantang di rumah Mak dulu. Memang Rilla rapatkan ke katil, jadi senang nak breastfeed. Cuma baby cot Rilla tu tak boleh bukak penghadang dia. Kalau boleh buka penghadang senang, dia jadi macam bersambung terus dengan katil. Intan sampai sekarang buat cara macam ni yang Rilla rasa praktikal sangat. Jadi anak dia tak conquer katil. Ibu bapa boleh tidur dengan selesa. Cuma, bila baby dah besar, bulky jugaklah nak menyimpan cot ni. Lagi satu, kalau pakai baby cot, kena sediakan bedding set macam bumper, tilam semua. Ada yang 7pcs la, 5 pcs la... terpulang cita rasa masing-masing.

Play Pen
Kebaikan
Portable dan mudah disimpan
Memudahkan penukaran lampin (kalau ada changing station)
Tidak perlu bedding set

Keburukan
Tilam perlu diturukan apabila bayi sudah besar
Sukar untuk breastfeed waktu malam

Zain in his playpen

Playpen pulak Rilla guna kat rumah sendiri. Dulu masa pregnant, dah berazam taknak co-sleep dengan anak. Mesti tidurkan dia dalam cot. Tapi tak praktikal pakai playpen ni sebab tak boleh nak gulingkan dia masuk playpen, kena angkat dan letak dia kat dalam tu. 


Sekarang Zain dah memanjat sana-sini, jadi tilam playpen ni kena turunkan ke bawah. Kalau tak tengok lah macam gambar kat atas ni. Sebenarnya bila baby dah 7kg, kena turunkan tilam. Bila turunkan tilam tu, tilam akan berada pada level bawah sekali. dalam 3-5 inci dari lantai. jadi bila nak letak or ambil baby kena bongkok-bongkok gitu. Tapi yang senangnya, kadang nak buat kerja, Rilla tinggalkan dia je dalam playpen. Plus playpen Rilla ada tempat untuk tukar lampin. Jadi bila tukar lampin atau pakaikan baju lepas mandi, boleh guna playpen. Tak payah bongkok-bongkok sebab buat sambil berdiri je.


Rilla pakai Graco playard macam kat atas ni, cuma warna je lain. Kat tepi changer tu ada small organizer, Rilla guna untuk letak bedak, sikat, wipes, nappy balm, etc.

So, if you ask me, which is better? I said neither, hahsa. Sebab dua-dua ada kelebihan. Dan pilihan yang terbaik untuk korang adalah mengikut situasi korang. Rilla rasa kalau nak senang breastfeed, guna baby cot. Kalau nak jimat space, guna playpen. Harga? sebenarnya lebih kurang je harga. Kalau cot, ken beli tilam, bedding set bagai. So total lebih kurang kalau beli playpen. Atau mungkin lagi mahal.

CAK!