in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

8.1.14

GBSB December Rainbow Birthday Party

Assalammualaikum dan hai~

Haaa...entry tertinggal keretapi ni, dah berkurun baru nak update. 25 Disember 2013 yang lepas, mummy-mummy GBSB ada organize birthday bash untk 6 anak gojes (Zain, Sofiyya, Rayyan, Iman, Syasya & Ammar) bertempat di Dewan Flat Taman Dato' Ahmad Razali Ampang.

Mulanya berbelah bagi jugak nak pergi. Teringin nak jumpa masing-masing, tapi iols ni pemalu noks. Diorang invite awal, dari bulan 11 lagi rasanya. Kebetulan pulak, lepas Zain discharge hari tu, terus duduk kat rumah Mak kat Keramat sebab nak bagi Zain betul-betul sihat sebelum masuk taska semula. Dah alang-alang dekat tu kan, ku tabahkan hati untuk pergi jua. Tapi clash la pulak dengan family gathering. Birthday party mula pukul 4.30 kat Ampang, family gathering pukul 5 kat Keramat. OK lah tu, boleh pergi kejap.

Sampai sana, dah agak ramai jugak la geng gojes. Sempat jugak bergambar ramai-ramai masa awal majlis.

Posing ramai-ramai, kidnap gambar dari Mommycha

Daku pergi memang sekejap sangat. Setakat sempat makan semangkuk laksa yang sedap, salam cium sikit-sikit. Ampun, Rilla memang tak cam ramai orang. Itulah masalah Rilla, susah sangat nak cam orang. Siapa yang Rilla dah kenal lama tu kenal la.

Bergambar dengan Lyana & Nana. Togel sangat mukaku, beg makeup tertinggal kat Sha Alam, pasrah je la.

Kek pun haruslah rainbow. Sebab cabut awal, tak dapatlah nak merasa.

Gambar sekitar majlis yang sempat ku snap.

Rilla tak bergaul sangat sebab dok melayan budak ni main kat stage. Sebab Zain belum boleh berjalan, makanya duduklah kau atas stage tu.

Akhir sekali, gambar bertiga, Umie yang tolong snapkan. Thanks Umie! Perutmu comel amat!

Again, mintak maaf sebab tak cam sangat orang, dan juga tak berapa nak beramah mesra, Rilla ni pemalu oii, haha. Lain kali kalau ada lagi party, tak datasng kot, malu amat, koh koh koh. Tapi apa pun best party ni, enjoy. Terima kasih kepada organizer. To the birthday babies, hope you'll enjoy the bentos your mummy will prepare for you~

3 comments: