in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

4.12.14

This is Parenthood #1

Satu hari minggu yang tenang~

Hari Sabtu malam selalunya Rilla akan pulun buat kerja-kerja rumah macam steam baju-bajan, mop lantai sebagainya sebab boleh buat kerja-kerja tu dengan aman - yelah si kecik tu dah mentido kan? Jadi akan tidur lewat, dalam pukul 3-4 pagi sebegitu.

Tapi esoknya Ahad, tidak lah aku akan bangun lambat jugak, bangun macam biasa. Cuma akan tidur time tengah hari-qada' tidur kaedahnya. Jadinya bergilir tidur tengah hari dengan Kanda lepas pulang shopping groceries. Kanda tidur dulu, daku layan Zain. Zain terlelap sekejap OTW gi beli grocery awalnya, jadi kemudian dia tak mahu tidur dah. Kalau tak, boleh tidur bersama.

Lepas tu turn daku pulak lah tidur. Sekrang kan musim hujan, seronok pula tidur siang. Siap pakai quilt lagi. Tengah berkesedapan tidur tu kan, tetiba rasa muka basah, seperti ada cecair yang mengalir.

Tahukah kalian apakah cairan itu?

Zain tuang susu atas muka aku time aku tidur weiii!

Bertuah punya anak!

2 comments: