in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

13.5.16

Jannah's Birt Story Part II: The Arrival

At about 11.45 pm, the contraction started to kicked in....


Mild ones though. Masa ni, time contraction datang, Rilla cuma pejam mata sambil baca "Lahaulawa" atau apa-apa zikir yang terlintas. The pain wasn't so bad. Sambil zikir-zikir tu dok membayangkan bunga sakura berguguran la, titisan hujan la, kelopak bunga yang tengah berkembang, hahaha. No sure what technique is this, but it helped me not to be too focused on the pain.

At about 12.00 am, a sudden gush of amniotic fluid flowed. Rasa macam empangan pecah, hahah, punya la banyak air keluar. Habis basah skirt hospital yang Rilla pakai tu. Rilla tekan call bell untuk panggil nurse. Nurse tak datang-datang. Akhirnya Rilla pergi sendiri ke nurse station untuk mintak kain baru. Diorang cakap, kalau air tak ada warna hijau atau coklat, tak perlu risau.

Jalan balik pergi katil, sambung layan contraction. Whooossh! Another big gush of aminotic fluid. This time, I didn't bother. Malas nak gi kaunter nurse lagi. Pergi macam tadi pun, macam susah sangat je diorang nak bagi kain salin. Basah pun, basah la. Sambil melayan sakit contraction tu, Rilla minum air Zam Zam dan makan kurma yang kakak ipar bagi.

Pukul 2 pagi, Doctor B datang untuk buat pemeriksaan. Dia nampak botol air Zam Zam kat beside table Rilla. Terus dia marah, "Awak minum air Zam Zam ye?" Rilla terkedu sebab tiba-tiba kena sergah kan? "Kenapa awak minum air Zam Zam?" Lagi sekali, tak tahu nak jawap apa untuk soalan tu. Doctor B ni rasanya bukan muslim. Lepas tu dia sambung marah lagi, "You minum air Zam Zam, nanti you sakit, tapi tak ada bukaan." Lepas tu dia suruh Rilla angkat kaki, nak buat VE, kasar juga. "Tengok, baru 2 cm". Lapas tu sambung ceramah dia. Rilla malas nak betah, walhal air Zam Zam tu kategori macam air mineral lah juga kan? Kang banyak songeh, lagi kasar dia layan. Rilla cakap "Ok, I'll stop drinking Zam Zam".

Pukul 3 pagi, ada nurse datang tanya "Puan ada tekan call bell ke?" Reallyyy? "Ooo..itu saya tekan pukul 12 tadi" Apelah nasib? 3 jam lepas tekan bell baru nurse datang. Takpelah, sambung layan contraction. Sepangjang malam yang Rilla sakit contraction ni, husband pergi office, nak settlekan kerja, alang-alang dah tak boleh tunggu sama kan. Rilla minta dia doakan Rilla. Yelah, last jumpa time lunch sebelumnya. Waktu melawat petang, Kanda tak dapat naik. Rilla minta Kanda standby lepas Subuh.

Pukul 5 lebih macam tu, nurse datang, nak bagi second jab Dexa. Rilla mintak tunggu dulu, sebab tengah contraction. Baiknya nurse yang nak bagi jab ni. Dia tunggu je sampai contraction reda, baru dia cucuk. Masa cucuk pun siap cakap sorry sebab jab ni memang sakit. Masa ni contraction setiap 3 minit. Dah tahap mengigil-gigil tahan contraction. Mengadu kat Kanda, dia tukar plan, solat kat hospital je instead of kat office dia. Mula dia plan nak pergi cari diapers dulu. Rilla cakap tak payah, cari diapers tu kemudian, takut dia tak sempat sampai.

Pukul 6, contraction dah sakit sangat, Rilla pegang kepala katil sampai bergegar-gegar. Siap ada nurse lalu, tengok Rilla, kawan dia tanya "Kenapa tu?" Nurse tu jawab "Contraction~~", korang imagine jelah nada dia macam mana. 6.15 tu Rilla paksa diri bangun ambil wudhu sebab tahu,kalau tak bangun masa tu, Rilla mungkin tak larat nak bangun lagi dah. Solat Subuh sambil baring. Pukul 6.30 pagi tu, dah tak tahan sangat sakit dia. Masa ni, setiap kali contractioan, Rilla akan verbalize "Allahhuakbar". Tak kisah dah jiran katil sebelah dengar. Panggil nurse datang "Nurse, saya dah sakit sangat ni, contraction seminit-seminit. Rilla tunjuk contractioan app kat phone. Tapi jawapan yang Rilla dapat dari nurse adalah "Takpe, kita tunggu Pass Over". Lepas tu dia pergi nurse station balik. Dalam hati ni, dah kenapa kau nak kena tunggu pass over? Sakit nih!!! 

Dalam masa yang sama, Kanda dah sampai kat hospital, tapi masih tak boleh naik sebab Rilla masih di ward, belum dibawa turun ke Labour Room.


Hanya mampu taip "Sakkiiiitttt" tu je. Sakit bebenola maknanya tu. Mampu taip pun dah syukur.

Pukul 6.45 pagi, sorang lagi nurse datang, bukak langsir, kejut. "Puan, mandi". Dalam hati, dah...kena mandi pulak??? T.T Aku sakit sangat-sangat ni. Tapi sebab tengah tahan contraction Rilla jawab "saya tak larat...". Nurse tu pun biarkan saja Rilla terus baring.

Pukul 7 pagi, ha..ni sakit yang bukan main-main ni. Rilla tak tahan sangat, Rilla jerit kuat-kuat "Allahhuakbar!!! Allahuakbar!!" Rasanya satu ward boleh dengar. Malu? Memang malu, tapi dah tak kisah dah masa tu. Nurse-nurse kat situ terkejut, tanya "Kenapa? Kenapa?" Tiba-tiba Rilla terasa kepala baby. Terus Rilla jerit "The baby's coming out! The baby's coming out!" Speaking London Rilla kat situ. Doctor B pun datang cepat-cepat chek. Masa ni rasa macam ramai pulak nurse datang, diorang tutup langsir, kerumun. Doctor B check bukaan, "Ha ahlah, dah fully dilated". Lepas tu Rilla rasa contraction lagi, Rilla cakap "I want to push!"

Masa ni, kalau Doctor B tak kasi push pun, Rilla rasa memang terkeluar jugak baby tu. Sebab memang rasa kepala dia nak terkeluar. Masa ni memang kelam kabut la diorang nak cari barang prepare sambut baby. Doctor B pun suruh Rilla push. Alhamdulillah, dua kali push, baby pun keluar. Teringat kat Kanda, sebab Kanda terlepas momen ni. Cepat-cepat Rilla ambil phone, dan rakam voice note tangisan pertama baby, release dan send ke Kanda. Sebab takkan nak taip mesej cakap dah beranak kan? Kesian dia, bukan dia tak ada kat dalam hospital tu. Bezanya dia di tingkat bawah, Rilla di tingkat 8.

Tu voicenote yang Rilla hantar. I can only imagine Kanda's dissapointment.

Ni lah app yang Rilla tunjuk kat nurse. Pukul 7 tu contraction terakhir yang Rilla sempat tekan.

Lepas tu diorang sorong katill Rilla dan baby pergi labour room untuk delivery stage 3. Korang bayangkan, teran baby kat tingkat 8, teran uri kat tingkat 3. Tapi nasib baiklah tak ada apa-apa. Nurse-nurse kat labour room ni pulak bising sesama mereka kenapa ward hantar report tak lengkap pelbagai. Tapi diorang layan Rilla baik sangat.

Lepas dah siap jahit, Rilla dibiarkan sebentar, diorang bagi milo dan biskut untuk isi perut. Masa ni tak selera nak makan dan Rilla menangis sorang-sorang. Rasa macam, Ya Allah, mudahnya aku bersalin. What did I do to earn this? Rasa bersih dan lapang sangat hati.

Kemudian, kanda dibenarkan masuk. Lega sangat masa tu dapat jumpa Kanda. Kemudian diorang bawak masuk baby. Memangdangkan baby Rilla premature, dan hospital tak ada radiant heater kat situ, diorang suruh Rilla buat skin to skin dan susukan sekali. Satu hasrat tercapai. Zain dulu, dah hari ke tiga baru dapat susukan. 

Kami ditinggalkan bertiga. I felt that my heart was going to burst with joy. I felt my love grow. Who knew my heart could expand that much?

3 comments:

  1. Ya Allh dah kuat contraction rilla tu,
    duration pun lamaaaa,
    teringat i pun bergegar² besi tepi katil huhu pdhal baru 3cm menuju ke 7cm tp x sempat full baby dh hampir lemas, terus czer for 2nd time..

    tahniah rilla!

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar...
    Alhamdulillah semua selamat..

    ReplyDelete
  3. Rasa nak nangis baca ni. Happy for you, 😘

    ReplyDelete