in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

23.3.12

I Love Macy's Sale!

Assalammualaikum :)

Hari itu Rilla telah pergi ke Wisma Minlon di Serdang dengan tujuan nak beli pisau dapur untuk kegunaan seniri nanti. Agak melampaukah ke sana untuk beli pisau semata? Kebetulan ada urusan di Serdang, jadi singgah sebentar. Sampai-sampai sahaja, ada kain rentang yang besar memaklumkan bahawa  Macy's tengah buat jualan promosi.

Macy's di Malaysia ini tidak sepopular SSF. Tetapi sebenarnya, produk-produknya cantik juga. Rambang sangat mata kat dalam tu. Terus terlupa tujuan sebenar, hahahah. Sebenarnya memang dah lama pasang niat nanti bila dah ada rumah sendiri, nak beli pisau kat sini, hahahah, boleh gitu? Sejak dari pertama kali pergi ke sana dah pasang niat itu.

Tapi Alhamdulillah, dapat mengawal diri. Rilla hanya beli dua benda; pisau dan pengikat langsir. Pengikat langsir tu murah tau, dalam RM8.00 selepas diskaun dari harga asal RM25.00. Sangat berbaloi harga tu sebab pengikat langsir yang Rilla beli tu kualitinya bagus. Kata kalau nak beli kat tempat lain pun, yang RM10.00 di Nagoya, memang ada, tapi kualiti rendah sedikit dari yang Rilla beli.Banyak lagi barang yang ada diskaun, table runner, RM5.00 sahaja! Langsir 40% off. Karpet 50% off. @.@

Di situ ada seksyen untuk Menu kitchenware, salah satu brand yang Minlon bawa. Sudah dapat pisau idaman kalbu dengan 20% diskaun. Suka! Rilla telah membeli stok yang terakhir untuk set ini sebab inilah satu-satunya set yang ada pisau roti. Ada butcher's knife, pisau besar, pisau kecil, pisau roti, gunting dapur dan pemecah ais.

Rilla beli set yang ini. Ada banyak lagi jenis set yang lain.

Rilla sangat cerewet oragnnya. Kitchen utensils kalau boleh nak yang seamless. Macam  pisau ini. Harus tiada sambungan antara bilah pisau dan pemegang macam pisau dengan pemegang kayu. Walaupun pemegang kayu lebih selesa, tetapi kotoran dan kuman senang melekat di celah-celah sambungan antara bilah dan pemegangnya. cerewetkan aku?

Hehe, silalah berkunjung ke Macy's. Perabot pun ada diskaun. Sale sehingga 15 April 2012.


3 comments:

  1. Bass is one of the good brand...Macy mmg family's favorite place...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macy memang best. Memang nak invest untuk pisau yang bagus, kalah membeli, menang memakai

      Delete