in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

23.4.13

Baby Gear Review: Quinny Mood


Assalammualaikum dan hai semua~

Sebenarnyakan Rilla rasa serba sala nak buat entry ni, tapi sebab dah ramai yang hantar private message tanya benda yang sama, penat lah pulak nak jawab satu-satu. Jadi buatlah juga entry ni. Niat Rilla nak share info je tau, mohon jangan salah faham (Sebenarnya takde masa sangat nak balas individual email/pm).

Dalam banyak-banyak barang baby, yang Rilla paling rajin survey adalah stroller. Entah kenapa excited lebih pasal stroller. Tapi survey mana yang sempat je lah, tak survey secara menyelurh pun. Terpikatlah daku kepada Quinny seperti kebanyakkan mak-mak di Malaysia ini. Rilla pernah tulis entri pasal ni dulu. Lepas tu pergi survey dekat Mid Valley, berkenan dekat Mood tapi target nak beli Buzz. Pergi kedai nak tengok depan mata mechanism dia, feel dia macam mana. So masa tu okeylah, we'll buy a Buzz, tapi tunggu time expo atau sale kat Lil Whiz.

Lepas tu, ada IBEX kat KLCC. Masa Rilla pregnant tak banyak expo sebab time ideal untuk shopping tu (7-8 bulan) tengah puasa dan raya. Jadi IBEX pon IBEX lah (tak semurah expo Mid Valley). Nak merasa expo punya pasal kan. Singgah di booth Mamours sebab nak tengok Buzz. Lepas tu dia ada pulak display Moodd. Rilla tunjuk kat Kanda. Terus dia berkenan kau! Stylo katanya. Jadi buat keputusan beli juga lah (Rilla ikut je lah, Kanda yang decide).  Masa tu Mamours je yang offer discount untuk Mood, kedai lain tak ada. Harga? Again, sebab Rilla malas nak balas email dan pm, Rilla tulis je kat sini. Kitorang dapat RM2811 (tahun 2012).

Mood ni ada banyak warna. Frame pula ada dua pilihan warna - hitam atau putih. Nak warna biru macam Tomok punya tapi tak ada stok, jadi ambil warna merah. Frame ambil hitam sebab senang nak jaga walaupun hakikatnya putih lagi cantik.

Lawaaaa

Kitorang dah beli stroller ni sebelum bersalin lagi. Rilla tahu ramai yang cakap beli stroller lepas bersalin sebab nak test baby nak ke tak nak duduk dalam tu. Macam kitorang, lebih suka train dari awal. Zain dah duduk dalam carrier masa dalam hari lagi. So far, Alhamdulillah, Zain nak duduk dalam stroller ni. Kecualilah ada time-time dia cranky, biasalah kan baby, time ni letak lah mana pun, tak nak dia, kena Bonda/Ayah dia jugak yang dukung.

Zain masa dalam pantang, frame Moodd, carrier Maxi Cosi Cabrio Fix. Masa ni lupa pakai stokin, hospital kan sejuk. Pakai maternity pants lagi.

Zain selalu tidur dalam stroller.

Now, on to the important part, pro and cons.

Kelebihan
Utuh, jadi tak bimbang la tergolek ke ape kan. Tayar pun besar
Senang untuk dilipat. Kena tarik satu part kat tepi dan turunkan ke bawah.
Boleh lipat sekali dengan seat dia. Kalau Buzz tak boleh, kena cabut dulu seat dia.
Seat yang banyak ruang.
Seat boleh recline - sesuai untuk newborn
Easy to manouver (sebab tayar dia tayar angin, bukan tayar plastik)
Cantik mata memandang.
Handle yang adjustable mengikut ketinggian.
My favourite:- Nak bukak stroller senang sangat, just release this one clasp, pastu stroller ni akan unfold sendiri.

Kelemahan
Berat dan bagak. 15kg kau! Besar pulak tu. Tapi Rilla still boleh angkat. Alah setakat bawak keluar masuk boot je.
Mahal
Bakul shopping kecik

Ni lah rupanya bila dah sumbat dalam boot kereta, dia saja dah penuh. Seat tu boleh lipat dengan frame, tapi boot Rilla tak cukup tinggi. Selalunya seat tu kitorang letak kat depan, frame je letak dalam boot. So boot ada space untuk barang shopping. Tayar tu boleh cabut tau in case tak muat letak dalam boot.


Silalah melakukan pertimbangan. Mamours ada banyak cawangan. Boleh tengok kat website dia. Now, let me shower you with more pics!
That's my little koala bear enjoying a ride in the Moodd. Nampak kan ruang atas kepala tu banyak lagi.

Gedik kan posing haku? Kat sini boleh nampak seat yang recline. Belum recline habis ni. Kalau recline habis, dia betul-betul baring. Pastu boleh tegakkan lagi. Toddler sesuai la kot nak duduk tegak-tegak.

Kau bajet hot ke ape posing gini? The Moodd for those who seeks style. Canopy dia besar! Ku suka. Tengok tengah panas gini pon muka Zain dilindungi dari pacaran terik sang matahari.

Kalau tanya Rilla recommend ke tak stroller ni, if you're seeking for a stylish stroller, then, go for it. But if you're seeking practicality, beli stroller lain lah kot? Nasihat Rilla, survey betul-betul, dari segi kewangan, saiz boot kereta etc. Apart from Quinny, banyak lagi brand lain macam Stokke dan Bugaboo yang offer stylish designs.

Overall, I am very happy with my Quinny Moodd, weeeeee! *tolak Zain laju-laju*

Any questions, just post it in the comments section. Kalau kat blog, aku rajin sikit nak jawab, hahah.

12 comments:

  1. baru je akak-akak ofis i cite psl stroller semalam. and diorang ada ckp stroller 3 tayar ni sebenarnya utk jogger? i pun tak tau sbb i tak survey pun yela xde baby kan i diam jelah hihi

    tapi mmg stylo pun zain punya ni. i likeee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu memang niat I la nak gi jogging sambil tolak stroller, hehehe

      Delete
  2. dlm bonet tu penuh sm sebijik mcm scr9...mang mkn space...huhu

    ReplyDelete
  3. samalah macam scr6 tu. sedap memang sedap, tp gabak ya ampunnnn...kalau tau, beli lain. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gabak2 pon sedap pakai kan? Cuma susah time balik kampung la

      Delete
  4. Mak oi 15kg! Heavy tu haha. Combi i br 5kg pn i dh ckp berat n so far i xpenah bkk n close stroller. Semua laki buat kakaka.malu disini.
    Stylo mmg stylo tp harga mcm nk tcekik i baca gagaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. *tepuk belakang lisa sebab tercekik*
      Hahaha. I kadang keluar sorang, so memang kena tahu lah nak bukak tutup segala. Husband soh i prektis depan dia lagi

      Delete
  5. cantik.. berat mak oiii.. space kan

    ReplyDelete
  6. yaa ampun 15kg!! mmg stylo tp tang gabak tu ssh..

    ReplyDelete
  7. Stylo nya.. I berangan jugak stroller ne dulu. Pastu test rasa berat mak aii. Harga pun berat bahu i jugak.

    Eh.. Hai. Salam perkenalan. Hehe

    ReplyDelete
  8. bkenan ngan Quinny Moodd Brito tp dgr 15 kg sengugut jap...awal2 nk beli 4moms origami pun 15kg n tkt dia cpt rosak. adoiyai

    ReplyDelete