in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

14.5.13

Amanullah Zain's Development @ 6 months

Assalammualaikum dan hai semua

Wah! Begitu cepat masa berlalu. Beruang koala saya dah setengah tahun! 6 bulan usia Zain, 6 bulan dah breastfeed Zain. Tapi Rilla nak cerita pasal Zain kali ni, entri bf lain kali.

Eye-limbs coordination
Dah makin pandai kawal tangan dan kaki. Dah boleh gapai-gapai toys yang disua. Gapai makanan yang Bonda Ayah makan pun pandai jugak. Dah boleh pegang kaki (serius comel, pegang jari kaki sambil golek-golek). Skill paling hebat adalah cabut stokin.

Yey! dapat cabut!

Muka puas hati sebab dapat cabut stokin.

Jadi sekrang Rilla tak pakaikan Zain stokin dah, kecuali malam kalau dia tidur tak pakai sleepsuits.

Kali pertama demam
2-3 hari sebelum 6 bulan, Zain demam. Tapi tak tinggi sangat suhu dia (main agak je sebab bateri termometer dah habis). Nasib baik masa tu hari buruh, jadi Rilla boleh stay jaga dia. Sepatutnya kitorang pergi melawat abang ipar di Ipoh. Tapi Kanda terpaksa pergi sorang, Rilla tinggal dengan Zain. Rilla jerlum Zain dan bagi makan ubat demam yang paed standby masa jab hari tu.


Demam dia sehari je. Unfortunately, dia develop kahak dan mula batuk-batuk sikit. Tak teruk, tapi tetaplah Rilla risau. Bila dah 5 hari batuk, Rilla dan Kanda bawa Zain pergi paed. Pergi yang dekat dengan rumah mak je, jauh pulak nak pergi Shah Alam. Pergi masa cuti lepas mengundi tu. Nasib baik ada doc yang bertugas.


Zain kena neb. The Doc bagi dua ubat dan satu inhaler. Alhamdulillah, 3-4 hari baik dah kahak dan batuk dia. Doc cakap sebab jangkitan kuman.

First solid food
Hari tu Rilla dah tulis pasal tanda-tanda baby dah ready untuk solids kan? Zain dah banyak tanda masa tu. Jadi Rilla mula bagi Zain makan masa umur dia 5 bulan 2 minggu (I consulted Zain's paed, don't worry). I know generally in Malaysia parents started to wean their child at 6 months. Tapi sebenarnya ada baby yang dah ready sejak umur 4 bulan (sila refer babycenter).

Makanan pertama Zain adalah puree pear. He loves it! Nantilah Rilla buat seperate entri pasal solid food untuk Zain.

Muka dapat makan

Laughing
Ni paling best, Zain dah pandai gelak. Comel pulak tu. Ah, geram pulak rasa bila teringat gelak dia.

Gelak sebab kena geletek dengan Ayah.

Cam orang sekeliling
Zain dah boleh cam Rilla, Kanda dan Nani dia (Mak Rilla). KAlau Rilla balik kerja tu, kadang-kadang kemain excited reaksi dia.

Main air liur
Dia dah start main air liur lama dah. Cuma sekarang dah pandai gargle. Time suap ubat pun dia gargle. Dan terbaru, pandai menyembur. Kadang dengar dia main-main, tetiba dengar bunyi bzzz...bzzz.. tengah menyembur lah tu.

More independent
Dah boleh tinggalkan dia sekejap-sekejap. Sebab dahpandai gapai dan pegang toys, jadi dia boleh entertain diri dia sendiri. Kalau dulu nak kena mengadap dia memanjang. Cuma ada hari dia lah yang nak bergayut dan berdokong sepanjang masa. Biasalah baby kan...

Terus membesar anakku! Tapi jangan cepat sangat, nanti Bonda rindu.

5 comments:

  1. i pn rindu ms hannah zain.. bole tgl n kita buat kerja. tp once dia dh cam mama papa, i nk grk pn dia ek ek. tkt kene tgl. huhuhu.igtkn lg dh bsr lg xkisah main sorg2. rupanya lg melekat.hehe.tp xpe i like sbb i xdpt melekat sgt sbb dh xbf.so bila dia nk melekat je tu i rs happy cz i feel she needs me so much haha

    happy 6mo zain.

    *mama zain type umur zain 6bulan 2thun ok.. 2thun tu..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Typo weh..typo! hahahah
      Takpelah, biar dia melekat, nanti dah besar tak nak melekat dah, kita yang rindu

      Delete
  2. yeay dah makan ye zain. babamnya gerammm tgk huhu. nasib u tulis in ( ) psl bg solid food umur berapa kang u dpt nasihat tak berbayar plak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. LOL kena tulis, in case ada momies yang lebih prihatin kat Zain berbanding I

      Delete
  3. shahadah pn start 5 bulan dah makan..hahaha..betul ckp cha..

    ReplyDelete