Alhamdulillah, anak bujang Rilla tu dah pun berusia setahun pada 4 November lepas. Rasa sekejap sangat, tiba-tiba je dia dah setahun. Rasa macam dia masih baby-baby lagi. Sebenarnya kadang rasa lambat (bila tengah pam susu), kadang rasa cepat sangat dia besar (bila tengok keletah dia).
Disebalik Nama Itu
Sebenarnya, masa Zain dalam perut, kitorang panggil dia "Wildan" bermaksud "Budak lelaki di dalam syurga". Sebab terberanak awal, kitorang tak prepare pun nama. Kitorang plan nak namakan dia pada hari ke7, sekali dengan cukur rambut dia. Tapi bila tanya slot akikah, yang available hanya pada hari ke 5. Jadi sebelum nak buat akikah tu, kena bagi nama, jadi kitorang namakan dia pada hari ke4.
Rilla hanya minta pada Kanda untuk pilih nama yang bermula dengan "Am". Ni nama tradisi diilhamka oleh arwah atok Rilla. Ada sebab, kenapa "Am". Jadi masa kanda pergi kerja, dia email kat Rilla senarai nama-nama yang dia berkenan, sekali dengan maksud. Salah satunya Amanullah. Sekali tengok nama ni, terus berkenan. Maksud dia dalam bahasa Arab ialah "dalam lindungan Allah". Kalau ikutkan, kanda nak nama ia Amanullah je. Rilla minta tambah "Zain" sebab macam lagi sedap bunyi Amanullah Zain bin Fuad Suffian berbanding Amanullah bin Fuad Suffian. Zain tu pun datang tiba-tiba. Maksud Zain adalah "Indah/Cantik". Rilla suka sebab sebutan dia satu suku kata je, senang nak panggil. Plus nanti Amanullah tu boleh recycle untuk adik-adik Zain pulak, ganti nama belakang je.
Watch Him Grow
Day 1
1 Month
2 Months
3 Months
4 Months
5 Months
6 Months
7 Months
8 Months
9 Months
10 Months
11 Months
12 Months!
Rilla tak banyak update Zain's monthly development. Busy kononnya, haha. Zain dapat skill mengesot, merangkak dan memanjat semuanya masa umur dia 9 bulan. Lambat, tapi dapat 3 skill terus. Masih belum berjalan, but I'm in no hurry. Bagi Rilla, berjalan ni macam big milestone la. Makin dia reach milestone, makin besar, makin tak baby-baby dah. Nampak gaya mak-mak yang attached sangat dengan baby kan? haha.
He's having weight gain issue. Dia tak pernah lagi cecah 8kg. Sekarang berat dia dalam lingkungan 7.4kg je. Mungkin ikut genetik mak dia yang susah nak naik berat badan. Mungkin juga sebab dia ni terlampau lasak. Kalau ikut graf, dia ni lagi bawah dari line bawa sekali, underweight la. Susah nak naik dia ni, makan banyak. Tapi kalau ikut tinggi, dia tinggi. Ukur lilit kepala OK. Cuma berat je. His paed said not too worry so much sebab even underweight, pipi dia londeh gitu.. Selalunya budak macam ni bila dia start berjalan, berat dia akan naik balik.
Sekarang ni dia dah ada separation anxiety. Setiap kali hantar taska, mesti akan peluk Rilla kuat-kuat, dan nangis-nangis. This is hard. I know a lot of momies can relate to this. Sedih tau.
First Birthday
We celebrated, just the 3 of us. No big party or whatsoever. We're saving up, lagipun Zain bukan faham pon. Makpaknye je yang lebih nanti ahahaha. We went to Paradigm, jalan-jalan (Zain duduk dalam SSC), lepas tu makan kat Fish n Co. Zain siap tertidur lagi.
Prezzie from Ayah. Ni sehari sebelum birthday dia.
On his birthday. Dapat lagi satu truck, beli kat Daiso je, haha, also from Ayah.
Bonda tak belikan apa-apa, tapi bonda ambil cuti supaya bonda boleh habiskan seharian dengan Zain. I know you love it most when I'm around. Tapi Zain banyak dapat hadiah dari pakcik-makcik, Nani dia. Alhamdulillah, murah rezeki kau nak.
Pesanan Untuk Amanullah Zain
Zain sayang, happy birthday! Bonda doakan Zain akan sentiasa berada dalam lindungan Allah. Sentiasa dipelihara iman, diperluaskan rezeki, dijauhi fitnah, dan diberi husnul khatimah. Jadi anak yang soleh ye sayang. Always remember that I love you.
Happy birthday Amanullaj Zain..
ReplyDeleteSemoga membesar dgn sihat..
Menjadi ank yg soleh..
Panjang umur dan murah rezki..
Happy Birthday Zain. :)
ReplyDeletehappy birthday! makin besar makin handsome tau dia ni...hehe
ReplyDeleteAwesome Zain....suka tgk mulut dia...cumelllllll Happy 1st birthday dear!
ReplyDeleteHappy bornday zain! Be a good boy..:-D
ReplyDeletehappy bday Zain. so cute boy. jd ank soleh k
ReplyDeleteno worries abt the weight. Hannah pn dlu susah nk cecah 8kg. ttbe lps sthn naik. hehe.
happy birthday zain! dah makin hensem la awak nii
ReplyDelete