in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

19.11.13

My Milk Booster: Dr.'s Choice Instant Hot Chocolate with Fenugreek

Assalammualaikum dan hai semua

Rilla sedang mengalami kemerunduman penghasilan susu badan sekarang ni. Kalau dulu, untuk tempoh 8.30-5.30 (waktu office) Rilla dapat pam dalam 12-16 Oz. Masa puasa hari tu dapat dalam 12 Oz untuk tempoh 8.00-4.30. Tapi sekarang dapat dalam 8-10 Oz je. Nak dapat 12 Oz (jumlah yang diperlukan) agak susah sedikit.

Dulu, milk booster Rilla senang je, makan bayam atau kailan, esoknya mesti penuh. Sekarang ni, kalau makan pun tak ada effect. Nasib Zain dah banyak makan, jadi boleh cover sedikit sebanyak. Tapi tengok stok yang makin berkurang, risau juga. Mana tak nya? Yang keluar lagi banyak dari yang masuk.

Jadi Rilla cuba beberapa milk booster. Pernah cuba rebus halba campur madu, tak berhasil. Atau mungkin sebab Rilla cuba sekali je, hahah. Selepas tu Rilla cuba minum Dr.'s Choice Hot Chocolate Beverage with Fenugreek ni (minuman coklat panas dengan halba). Sebenarnya, Rilla minum ni masa dalam pantang dulu. Lepas tu stop entah kenapa. Billa mengadu kat Kanda pasal susu dah makin kurang, dia ingatkan Rilla untuk minum balik hot chocolate ni.



Kanda dah belikan sekotak dulu. Jadi memang banyak lagi balance. Alhamdulillah, berhasil. Tapi takdelah bangun-bangun basah lencuh (basah sikit je). Tak adalah miss B penuh setiap 2 jam. Tapi hasil tuaian setiap hari tu bertambah. Sekarang bawak balik 12 Oz secara purata. Mungkin sikit bagi korang, tapi untuk Rilla cukup dah ni. Kalau dulu pukul 11 pam, baru dapat 4 Oz. Sekarang pam pukul 9 dah dapat 4.5-5 Oz.

Harga tak semahal mana. RM13.50 sekotak (8 peket) atau RM22.50 (15 peket). Kalau beli peket besar tu kira RM1.50 sekali minum. Lagi murah dari Milo Ais yang jual kat kafe office Rilla ni. Rasa dia takdelah sesedap Cadbury Hot Chocolate, hahaha. Tapi dah namanya minuman kesihatan kan? Boleh tahan la rasa dia.

This product is a plus for me because not only it acts as my milk booster, it's also good for those with gastric. 2 dalam 1 gitu. Produk ni juga tak ada gula, jadi sesuai untuk sesiapa yang ada diabetis. Rilla tak jual tau produk ni. Sekadar berkongsi sahaja. Mana tahu sesuai dengan korang juga. Produk ni boleh di beli on-line di HSCPharmacy2U, Tateh atau Rakuten.

Sekarang ni tengah berusaha untuk menambah balik stok. Kena rajinkan diri pam lepas balik kerja. Weekend pun pam jugak. Semoga berterusan rezeki susu ibu untuk Zain, aamiiin.

7 comments:

  1. samela..i pon skang tgh susu merudum..sbb haritu 2minggu cuti maid xde..so dok rumah jaga Khayr direct feed je...sedap x rase die?rase cmne eh? zain bangun menyusu malam lagi x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam hot chocolate yang likat sikit. Zain rajin bangun malam. Dalam 3-4 kali jugak dia bangun.

      Delete
  2. rilla,. i tried the milk cookies yang diorang jual online, memang berhasil! gitu berhasil haha. But then again kalif tak bangun , 4 am terpaksa kejutkan dia minum cause terjaga, nak pusing mengiring ke kanan, sakit gila!!! pad penuh, bra pon dah lencun .

    but tak sedap langsung bendalah tu. Durian+red dates and apa tah . diorang soh makan 2 , but nawal makan 1 je tak tahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, bestnya production banyak gitu. Selau dengar lactation cookies yang oat je, first time dengar yang ada deroyan

      Delete
  3. hoho.. tqah try sume milk booster org cite xjadi pon.. tp pam skrg production mmg cukup.. alhamdulillah.. malas pam je..kalau rjn msti byk lg kan..huhu

    ReplyDelete
  4. Rilla... nanti maybe blh try milk booster yg saya terjumpa secara tidak sengaja... ada artikel ttgnya kt blog saya...

    http://marvix8.wordpress.com/2013/10/03/my-milk-booster/

    Selain tu, sy ada share jugak ttg amalan zikir2 asmaul husna semasa preggy yg dpt bantu boost susu... semoga membantu... :)

    ReplyDelete
  5. bleh jenguk blog sy: ummimilkin.blogspot.my
    sy ada share a lactation recipi mudah..bleh jd milkbooster.
    InsyaAllah..

    ReplyDelete