in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

30.12.13

Baby Gear Review: Babyzen Yoyo

Assalammualaikum dan hai semua~

Sebenarnya, dah lama nak buat review ni, tapi asyik tertangguh-tangguh. Ini adalah review untuk second stroller Rilla, Babyzen Yoyo.

Baby Zain in Babyzen
XD

Saiz dan Berat
Of course sangat ringan untuk stroller (5.8 kg) dan sangat compact. Which are the main reasons I bought this stroller. Sesiapa yang pakai Kancil dan Viva, Rilla recommend stroller ni, sangatlah menjimatkan ruang.Rilla pernah bawak naik flight as hand luggage, simpan kat overhead compartment. Senang, turun flight, terus bukak stroller, tak payah tunggu cabin crew keluarkan stroller. Juga tak bimbang stroller kita dicampak-campak.

Mekanisma
Satu lagi tarikan Babyzen Yoy adalah mekanisma melipat dan membuka yang sangat senang. Pakai satu tangan je pun boleh. Sangat praktikal la untuk kita mak-mak ni, sebelah tangan pegang anak, sebelah lagi lipat stroller. Lepas lipat boleh sangkut kat bahu. Rilla kalau keluar sorang-sorang, nak pakai stroller, Rilla prefer stroller ni dari stroller Rilla yang lagi satu.

Demo melipat Babyzen Yoyo


Demo membuka Babyzen Yoyo


Harga
Ini adalah faktor kekurangan untuk stroller ni. Harganya agak mahal. Masa Rilla beli dulu (March 2013), harganya RM1,399.Beli di booth Lactequip masa IBEX 2013 kat KLCC (Memang jodoh beli stroller kat IBEX KLCC kot? Both stollers beli kat expo yang sama, tahun je berbeza). Tapi sekarang (December 2013) harga dah turun. Rilla tengok ada a few seller tengah buat YES, harga jadi RM1,299.

Compatibility
Stroller ni sesuai untuk 6 bulan ke atas sahaja, maknanya kena tunggu badan baby tegap sikit. TAPI TUNGGU! Newborn pon boleh, tapi kena beli Babyzen Yoyo 0+ yang sesuai untuk newborn ke atas.

Babyzen Yoyo 0+

Ada pernah nampak satu InstaSeller ni jual. Harga mahal sikit dari yang 6+. (Boleh klik link ni)

Accesorries
Stroller ni datang sekali dengan bag dia. Rilla tak guna pun bag tu. Tapi bagus kalau nak buat untuk simpan stroller ni dalam jangka masa panjang, takdelah berhabuk. Lagi satu aksesori adalah rain cover. Haaa, yang ni berguna tau. Kalau hujan renyai-renyai, boleh la pakai rain cover ni.

Ni kitorang pasangkan rain cover sebab hujan renyai. Takut Zain panas, kitorang klipkan kipas.
Gambar bawah tu full recline dan Zain tengah tidur.

Kosmetik
Satu keburukan Babyzen Yoyo ni adalah stroller ni nampak 'cheap', hahah. Nampak macam buggy biasa je. Tapi kebaikan stroller ni melebihi keburukan dia. Setakat imej, apalah sangat.

Pengendalian
Setakat ni, Rilla tak ada sebarang complaint. Memang sedap pengendalian je, nak pusing, nak kedepan kebelakang, memang lancar. Rilla kalau nak pergi tempat sempit, shopping malls yang lorong dia sempit, kalau tak guna SSC, Rilla akan pakai Yoyo instead of Moodd. Moodd tu Rilla guna bila nak pergi jalan-jalan kat taman atau shopping mall yang besar.

Sekian sahaja review ini. Kalau ada soalan, sila tinggalkan kat ruangan komen ya. 

13 comments:

  1. kina igt kn babyzen ni 4kg something..boleh pki smpi berapa tahun ek rilla? kina xd mslh dgn combi smpi la skg ni sbb rse mcm da sendat shahadah dok dlm tu..

    ReplyDelete
  2. ok berangan utk ank no 2 yg xtau bile.hahaha

    btw,thanks tau dtg party hr tu rilla.tp regret rpenye rilla xdpt goodies before blk.sobss..
    and i more thing,suke gile adiah bento tools rilla bg tu!!winkwink:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, takde goodies tu pekara kecik, yang penting dapat jumpa gojes semua.
      Bolehla berbento lepas ni ;)

      Delete
  3. rilla..tq dtg besday party ritu..tq bg hadiah tools bento..ehh kome x dek kena mengena dgn n3..huhu...

    lawa la stroller tu ;)

    ReplyDelete
  4. salam. nak tanya, beli rain cover tu kat mana n brand apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia datang sekali dengan strolle Babyzen Yoyo ni, dear

      Delete
  5. salam kenal..

    baby utk 8 bulan sesuai ke nak guna yoyo 6+ ni? sebab takut baby tak selesa utk tdo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah boleh. Zain start pakai dari 6 bulan.

      Delete
  6. oh rilla, yoyo ni boleh recline ye? lebih kurg mcm halford je kalau recline. but halford boleh pakai dari new born...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah..boleh. Yoyo untuk newborn kena beli yang Yoyo 0+..tu boleh pakai dari newborn.

      Delete
  7. Wahhh..nk buka main campak je.memang terbaekk

    ReplyDelete