in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

16.12.13

Zain's Lung Infection

Assalammualaikum dan hai~

Rilla nak cerita pasal Zain kena warded untuk kali ke-tiga (kali pertama sebab jaundice, kali kedua sebab diarrhea tak pernah cerita). Kali ini disebabkan oleh lung infection. Ceritanya berlaku dalam 2 minggu lepas. Bermula pada hari Isnin malam, Zain start batuk-batuk. Masa tu batuk dia biasa-biasa je. Kemudian, esoknya, hari Selasa, Zain demam, jadi Rilla pun ambil EL. Bagi makan ubat, jerlum badan dia, mandi banyak-banyak kali. By petang dah surut panas dia.

Esoknya hantar taska macam biasa, bekalkan pengasuh ubat. Hari Rabu dan Khamis masih demam, tapi tak tinggi. Cuma agak hairan sebab selalunya Zain ni demam sehari-dua je. Tak sampai 3-4 hari. Lepas tu ada masa dia akan merengek-rengek. Tengah tidur pun boleh terjaga, then merengek-rengek.

Masa ni ingatkan Zain demam sebab nak tumbuh gigi. Sebab memang gigi ke-5 dia tengah nak potong gusi. Masa ni dah tak tahu nak buat ape. Tahu dia tak selesa, but there's nothing I can do. I felt so helpless watching him like this.


Kebetulan pula hari Jumaat tu Zain memang ada appointment dengan paed dia, Dr. Fadzillah. Jadi Jumaat tu Rilla ambil cuti lagi, pergi DEMC. Sepatutnya untuk second jab influenza vaccinve, tapi tak jadi cucuk sebab Zain demam. Batuk pun bunyi barking. Nafas pun kuat, terus Dr. suruh warded. Nasib baik ada 1 bilik kosong, tapi petang baru siap. Jadi tengah hari tu Rilla balik, makan. Gi office, ambil laptop dan print GL. Kemas-kemas barang. Pukul 5 lebih DEMC call cakap bilik dah ready. Tapi tahulah traffic Jumaat petang kat Shah Alam macam mana kan? Pukul 6 lebih baru sampai. Terus masuk wad.

Day 1: Dapat bilik with baby cot


Disebabkan dapat bilik yang ada baby cot instead of bed, malam tu kitorang tidur atas toto je. Dalam cot susah nak BF. Zain ni cepat jaga. Zain kena nebulize setiap 3 jam. Ubat pun dapat ubat demam, ubat paru-paru, ubat selsema, kahak, batuk bagai. Warded hari Jumaat, Dr. target hari Ahad boleh keluar sebab tak teruk sangat infection dia. Takdelah sampai kena antibiotik atau drip.

First few days Zain kurang makan dan susu. Tak selesa agaknya. Jadi, susut la badan budak kecik tu. Masa discharge tinggal 6.9KGs je. Sebelum sakit berat dia dalam 8KGs. Hari Ahad tu, Dr. tengok Zai, kena tahan lagi sampai Isnin sebab dada Zain still bunyi dan Dr. prescribed physiotherapy untuk keluarkan kahak. Cuma nebulizer dah dikurangkan jadi 4 jam sekali. Ubat demam pun dah tak payah ambil. Isnin Dr. check lagi, still tak boleh discharge sebab dada still bunyi.


Always the happy baby :*

Sakit-sakit dapat skill baru: berdiri tanpa sokongan

Masa tengah warded tu dapat pulak skill baru: standing unsupported, hehehe. Tapi kejap-kejap je la, dalam 2-5 saat gitu. Hari Selasa, Dr. datang check lagi, advised to stay another night, tapi Rilla minta balik juga sebab Rilla pulak dah sakit demam duduk hospital lama-lama. Badan pun sakit gila. Yelah, tilam hospital kan keras, pastu tido berdua, sempit. Jadi Selasa tu, Zain dapat discharged. Terkejut tengok bil Zain 3K++, tapi company la cover.

Dr. explain, lung infection ni kat mana-mana pon boleh dapat sebab dia perpindahan virus melalui udara. Jadi kalau Zain main-main dengan orang yang bawa virus, boleh transfer melalui pernafasan je. Sekarang ni Zain dah tak batuk. Cuma still ada mucus dalam hidung dia. Nak try stimkan muka dia nanti. As for now, Zain dijaga oleh Nani dia. Rilla dan Kanda nak elakkan dia dari Taska sampai dia betul-betul sihat. Takut dia dijangkiti atau menjangkiti baby lain pulak nanti.

Beza demam biasa dengan infection ni adalah batuk dia. Kalau batuk dia kong-kong, bunyi macam barking tu, then itu adalah infection. Lagi satu Dr. cakap kalau demam tumbuh gigi, dia demam je, sepatutnya tak ada batuk selsema.

Semoga Allah terus pelihara kesihatan Zain

4 comments:

  1. alahai budak comel ni, cepat sembuh baby zain.

    ReplyDelete
  2. risau nye i rilla. hannah lg la. br nk elok,hntr nursery batuk lg. seseme lg. xkisah la dh inject pneumococcal pn i still risauuuuu. ni hannah btuk lg. haih..anyway good thing zain dh sihat :)

    ReplyDelete