in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

7.2.14

[Throwback] I Used to be a Deviant Artist

Assalammualaikum dan hai~

Dulu...duluuuuuuuuuu (nampak tak bertapa lamanya sebab letak banyak "U"?), daku punyai banyak masa untuk melakukan aktiviti kegemaran waktu senggang. I did a lot of things computer-related. I took Auto-Cad classes, belajar sampai boleh buat solid 3D modelling, I learn HTML and CSS coding, I learn to draw both traditionally and digitally, reading mangas and watching animes, and of course, MMRPOGing.

Tah kenapa tetiba boleh pulak google my past blogs and sites. Terjumpa akaun lama kat Deviant Art (DA). Website ni adalah website untuk kita mengupload hasil-hasil seni kita. Ada banyak category, traditional drawing, digital, photography, fashion, etc. Dulu rajin la mengupload art sendiri walau tak selawa mana pun. Feeling je lebih, hihihi. Tengok gallery kat Deviant Art, majority 9 years ago, maknanya tahun 2005 lah daku aktif kat sana. Tepek sikit sini lah.

Kat DA punya profile page ada sudut webcam, ni lah gambar kat akaunku.

OMG! What a trip to memory lane! That phone there was my first cellphone, a Nokia 5210 given by Ayah - seusailah dengan ku yang tak cermat, heavy duty katanya. Kreko and Gempak laying around, a must buy every month. Teddy bear besar tu rasanya dapat masa konvo diploma, tak ingat sapa bagi, sama lah teddy bear kecik yang terbaring tu.

Colourization
Yani ni Rilla selalu buat dulu. Amik lineart kawan-kawan kat DA tu, dan Rilla kalerkan. Nampak senang, tapi sebenarnya lama, berjam-jam ada yang berhari-hari baru siap. Rilla guna Jasc Paint Shop Pro (ala-ala Adobe Photoshop), dah tak wujud dah software ni.

Dulu kat Gempak (sapa yang ingat la) ada kartunis nama Xan, haaa ni dia lukis, Rilla kaler.

Ni pun Gempak punya artist (Sureya/Nut'z). Dia ni kalau lukis, speciality dia bab rambut. Aku yang ngaler ni lah berpinar mengaler sehelai-sehelai rambut dia.

Sapa layan Naruto, kenal la mamat ni. Yang ni cover art manga dia, Rilla kalerkan.

My Drawings
I can draw a little bit. Takdelah bombastic sebab jarang melukis. Macam average je la hasilku. Kalau kat DA, tahap Noob ni.

Ni kengkononnya melukis diri sendiri, tapi harooom tak sama langsung. Lukis pakai pen, ape tah nama pen khas tu. Scan dan refine guna Jasc Paint Shop Pro.

Tajuk lukisan ni "You're So Cold", emo lebih aku ni dulu, kah kah.

Banyak lagi, tapi cukuplah ni. Dulu Rilla ada Wacom Graphire, drawing table, dia ada pen dan pad untuk memudahkan kerja melukis dan mewarna. A gift from my cousin (dia tambah duit sikit). Sekarang tah kat mana benda alah tu. Yelah, celah mana nak melukis sekarang kan? Banyak pulak masa. Lagi satu, kat DA ada journal (sebelum zaman blogging femes, orang update journal, macam Live Journal tu). Bila baca balik, rasa nak tepuk dahi sendiri laju-laju, wahahah! Nanti bila ada masa, nak buat lagi entry-entry throwback ni. Cam best pulak.

No comments:

Post a Comment