Asslammualaikum dan hai semua~
Sebenarnya jarang nak cerita pasal working life Rilla. Tapi kali ni saja nak cerita sebab fikiran dok tak tentu ni. Untuk yang tak tahu, Rilla kerja dengan sebuah GLC doing strategic HR. What I like about working here is of course gaji dan benefits yang superb, colleague yang havoc. Disebabkan Rilla buat strategic HR, kalau nak cari kerja lain, susah nak apply generalist HR (kerja end-to-end HR macam recruitment, payroll, C&B etc). My experience is in performance (ala, KPI-KPI kira rating orang tu kerja aku lah tu), kira increment, kira bonus. Ada yang panggil specialist. So kalau nak cari kerja, kena cari specialist jugak. Dan tak semua company ada specialist. Kalau company small to medium size, HR dia pretty general. Nak keja gomen, tak minat pulak.
Last July, my department ada job rotation and I've be assigned to a newly-created role selepas hampir 4 tahun pegang role yang sama. Mula-mula OK la role baru ni. Tapi mungkin sebab dia sangat routine dan interaction with people is limited, Rilla rasa boring. And I started looking elsewhere. Kita nak kerja kena semangat, kena ada passion, that's why I need a change to find my passion back. Honestly, current role ni underchallenging sikit. Walaupun kerja rileks, tapi Rilla rasa bosan. Ada baik ada buruknya. Yang baiknya, sebab kerja rutin, stabil, memang jarang balik lambat, so boleh jumpa Zain cepat-cepat. Hahah.
Ada a couple of headhunters call Rilla. Sorang offer position yang tinggi sikit dari position Rilla sekarang, tapi kerja kat Gombak. Sorang lagi offer position as consultant, office kat KL. Yang Gombak tu, dengar je Gombak, Rilla terus reject sebelum dia nak set interview. Merayu-rayu recruiter tu, I felt guilty, tapi Rilla explain yang priority Rilla adalah anak. Rilla tak nak sebab kerja, amik and jumpa anak lambat. But that's a couple of months before headhunter lagi sorang tu contact Rilla. At that point, memang hati rasa tak best dengan kerja sekarang. So I accept the invitation for interview.
First interview adalah phone interview. Interviewer pulak call dari Filipinan nun. Kemain interview conference call bagai, haha. Siap amik cuti lagi masa tu. Then lepas interview tu, Rilla rasa ok je, tak sure dapat ke tak. Lepas tu headhunter tu pulak call cakap the interviewer was very happy with me and would like to schedule a second interview with the second manager. Nak schedule ni pon berminggu jugak sebab manager tu travelling. So I went to the interview last Wednesday dekat HQ diorang kat Jalan Sultan Ismail. Consulting Firm ni quite famous jugak la kalau untuk field HR.
Interview kali ni pulak siap kena buat mock presentation. Yang interview pulak sampai 5 orang. Sebenarnya, ni kali kedua yang Rilla pergi untuk real job interview lepas grad. First time masa jadi trainee dalam company sekarang, but I declined the offer. Dan yang ni kali kedua. Sebab nak jadi consultant kena bagus dalam presentation, sebab tu lah kena buat mock presentation tu. Dah satu hal nak cari mock data, haha. I think it went OK. At the end of the interview, manager tu cakap ada lagi satu opening as project manager, so dia suruh Rilla pilih minat yang mana, nak jadi consultant or project manager. She gave me 2 days to think about it. So hari ni, first interviewer dari Filipina tu call tanya Rilla minat yang mana.
Tapi Rilla belum dapat offer lagi sebab diorang pun nak berbincang dulu lah. Cuma agak gelabah kalau dapat offer, cane pulak? What's holding me back is the fact that kerja jauh, balik penat ngadap jem, pastu larat ke nak buat kerja rumah lepas tu? Pastu nanti amik Zain lambat, kesian dia. Atau pindahkan taska? Kat mana pulak ada taska kat tengah KL? Pastu tempat kerja sekarang nak bukak in-house taska sekarang. Lagi satu faktor penting adalah medical. Company sekarang ni senang, pilih je hospital mana nak pergi, print GL dan pergilah. Entitlement banyak, tak habis pakai pun setahun. Lagi satu, I'm being considered to be inside the talent pool. Nak masuk talent pool ni bukan senang, kena maintain very good performance, kena pass ujian-ujian bagai. Masuk company baru, I have to start over.
I've talked to my boss saying that I fell underchallenged and I'm bored with my job. Gituu, selamba je cakap dengan bos "I boring dengan kerja I" hahah. Tapi bosku seorang yang open dan sudi mendengar. He explained why he didn't give me a bigger scope, and it's understandable. Now he started to give me additional tasks. Tapi hatiku tetap sama.
Bila tanya husband, dia macam tak keen untuk Rilla kerja kat KL. In the end Rilla akan ikut je cakap dia, huhu. We'll see how la, IF I get an offer, I'll cross the bridge when the time comes. Sekianlah bebelan ku di hari Jumaat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wahhhh. U mesti seorang yg berkaliber. Kagum sgt U dpt offer kiri kanan. Btw, yg I blh ckp 'istikharah is the best way'. :)
ReplyDeletehurmmm if i were u, myb hubs and I discuss and consider balik btul2 nk blah ke x. tgk priority. coz priority i skrg adalah anak. huhu., boring ke x boring ke jatuh no2. as long as tiap bln ade gaji, benefits semua ok i ok hehe. tp tulah, its all u n ur husband yg kene decide. :) good luck anyway :)
ReplyDeleteYes Lisa, I agree. Priority anak, kerja no 2. I pun fikir macam tu jugak.
DeleteI got an offer in bangsae two weeks back. Great salary. But i reject sbb balik 5.30. Now balik 3.30. Diorg nego balik awal 3 days a week. Pon i reject.lepas tu bos from singapore pujuk lagi. By that time i dah sign confirmation letter dgn current school. Tak sanggup rasanya balik lambat. Now balik 3.30 just nice
ReplyDeletegeneralist HR ..
ReplyDeleteerm maybe boleh try apply dekat bank pulak rilla...
Rilla specialist Elya, bukan generalist.
Delete