in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

28.5.14

IKEA PS 2014 Collection

Assalammualaikum dan hai~

Siapa yang belum tahu? Ikea telah pun melancarkan koleksi PS 2014. PS collection ni, siapa yang maklum, desing dia funky dan compact. Ikea PS 2014 ni direka untuk pemuda-pemudi yang tinggal di kediaman-kediaman kecil, bak kata pengurus projeknya, Peter Kilnkert, "...ianya adalah siri produk yang menwarkan rekaan canggih dan juga mampumilik". Cewah, dah macam penulis majalah ni ha buat ayat gitu. Pendek kata, PS 2014 ni direka supaya senang dialih, digabungkan dan pelbagai guna.

Ikea PS 2014

Rilla baru berpeluang pergi Ikea Ahad lepas setelah berbulan-bulan tak pergi (sebab tak ada keperluan). Bila pergi tu, agak serabut sebab Ikea tengah renovate, so flow jalan dia lain sikit, tapi spot beberapa item baru yang rupanya dari PS 2014 Collection. Jom tengok.

Cool wardrobe ni. Benda plastik petak-petak tu boleh alih-alih, ikut suka nak susun macam mana. Cuma senang berhabuk lah, sebab jaring-jaring kan? Ada 2 pilihan warna.

Ni rail series dia. Rail pendek RM20, yang panjang RM40. Lepas tu korang boleh customize nak letak apa kat rail tu. Cermin, knobs, container, tray, boleh pilih sendiri.

Lampu ni pun cool. Boleh bukak dan tutp dia punya cengkerang tu. Macam rupa death star pun ada gak. Ada 2 pilihan warna.

Is it a stool? Is it a lamp? It's both! Sambil duduk, boleh juga guna sebagai lampu. Tak payah beli kerusi dan lampu asing-asing, haha.

Sesuai untuk untuk melatih koordinasi kanak-kanak.

Tak canggih, tapi rasa pattern ni cantik.

Want! Suka sangat pattern dia.

But my most favourite item from the collection is not (yet I hope?) available in Malaysia:
Storage Table, $69
Bestnya! Setiap tingkat tu boleh isi barang, dan benda ni stackable.

*sigh* Tengok je lah. Kena start kumpul duit balik lepas renovate ni.

No comments:

Post a Comment