Semalam adalah hari lahir kekandaku tercinta, ewah. Hahah. Dah lama dok fikir, nak celebrate macam mana tahun ni. Nak pergi dinner, dah biasa sangat. Plus birthday dia tahun ni jatuh hari Isnin. Hari Isnin macam penat sikit la kalau nak keluar dinner.
So, terfikir untuk buat surprise kat office dia. Kow tim dengan kakak kat office dia tu (nasib baik add FB dia). Plan dari hari Jumaat lepas, tanya dulu. Yelah, kot lah mengganggu ke ape kan? Dia cakap 'OK', so terus plan.
Setiap pagi kitorang akan hantar Zain sama-sama. Lepas hantar Zain, masuk balik kawasan rumah, Kanda akan naik motor atau kereta dia dan Rilla akan terus pergi office. Semalam, Rilla kena berlakon sikit, keluar rumah bawak beg office bagai ni. Tapi lepas drop-off Kanda, Rilla naik rumah balik, dengan alasan tertinggal beg susu, hahah. Lepas beberapa ketika, Rilla keluar pegi Tesco nak beli bahan-bahan untuk Kek Buah. Tak boleh beli awal-awal, nanti dia tanya untuk apa buah banyak-banyak kan? So kena beli semalam jugak.
Rilla beli tembikai merah, kuning, kiwi, longan dan anggur. Tertipu rasanya, kat Tesco label tembikai tu seedless, tengok-tengok berbijik jugak. Geram je. Tapi dah beli kan? Kena improvise. Tembikai merah tak boleh pakai as base cake tu sebab dia macam lembik, so guna tembikai kuning. Buah-buah lain sebagai hiasan.
Tadaaa! Inilah hasilnya! Not bad for a first timer eh?
Rilla order Pizza sekali. So, sementara tunggu pizza sampai la Rilla buat "kek" ni. Plan pizza sampai 11.30, terus shoot gi office Kanda sebab setting dengan kakak office dia tu nak celebrate pukul 12. Tapi pizza delivery lambat! Pukul 12, baru sampai. Rushing pergi office Kanda, and I missed him by a mere 2 minutes!
Dia keluar pergi ATM T.T. So angkut barang-barang dulu semua, nyorok dalam office. Bila dia balik office balik, kitorang ramai-ramai surprisekan dia sambil nyanyi 'Happy Birthday'. Yang hampehnya, mula-mula dia tak perasan pun yang Rilla lah tukang pegang kek tu. Dua kali toleh, baru dia perasan dan terkejut. Hahah.
Hope you liked the surprise. Love you to bits!
Pndainya dia bt surprised erk..menjadi
ReplyDeleteHAppy birthday to ur hubs sis