in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

10.6.14

A Trip to Capello by Nina

Assalammualaikum dan hai semua!

So, I was badly in need of a haircut. Last time I got one was about a year ago, during lunch hour, at a mall neaby my office. Haha, lama gila tak potong rambut. So setahun tak potong, sikit pon tak trim. Dah dapat agak tak tahap hazabnye rambut ku macam mana? Sikit lagi orang tengok terconfuse dengan cik pon. Tapi yang tengok pun familyku sahaja. Tapi, kita sebagai ister mestilah nak tampil comel di mata suami kan?

Sebelum potong tu, memang dah rimas dengan rambut sebab banyak gugur. Sana sini dalam rumah tu ada je rambut. Plus, sebab dah biar lama, length dia sama je. So rasa nak haircut yang senang nak maintain. Sebab follow Nina Ismail Sabri kat IG, rasa teringin nak try saloon dia yang baru bukak tu. Dekat je dengan rumah Rilla.

Capello by Nina. Capello tu maknanya "rambut" dalam bahasa Italy.

Apa yang buat Rilla tertarik nak pergi sebab saloon ni muslimah friendly. Pekerja dia semua perempuan dan lelaki tak dibenarkan masuk. The saloon is also tastefully designed and decorated. Dan kalau korang nak lebih privasi lagi, dalam saloon tu ada private room untuk potong rambut jugak. Masa Rilla pergi, staff dia semua friendly. Mesra je layan pelanggan (walau daku dress-up agak selekeh masa tu - motip nak melawa sebab nak pergi potong rambut?).  I opted for the normal wash and cut. Rilla dapat Tuty, senior stylist kat situ. Ramah tamah orangnya, seronok berborak dengan dia. Rilla mintak guna pemium shampoo sekali, just pay extra RM5 je. Rate untuk wash and cut senior stylist, RM50. Standard saloon la. Overall puas hati sangat la pergi sini. Will definitely come again for treatment or next cut.

Also bought their Selective Shampoo untuk kulit kepalaku yang problem ni. Hopefully mujarab la, belum try pakai lagi.

Here's Tuty's card and their address.

Landmark dia senang je. Kat Seksyen 7 Shah Alam, kedai dia atas Jakel Karpet. Lupa pulak nak snap sign dia dari  luar. Tapi senang la nak spot sebab sign dia besar.

Thanks for taking good care of my tresses!

Capello by Nina's Website

3 comments:

  1. Ala..ssh tau nak cari saloon muslimah area umaj akk..yang ni jauh plak

    ReplyDelete
  2. Yay! br tau. bagusla ade new saloon ni. god willing i wanna try one day. tq rilla

    ReplyDelete
  3. bestnya..afforadable lah! tgk la pada service & gaya kedainya mcm spa dah..hoping there is one in kuantan ni..

    ReplyDelete