in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

17.6.14

Lampu dan Kipas di Spark SS21, Cimalite & San You dan Aksesori (dengan Kos)

Assalammualaikum dan hai semua~

Tajuk tak boleh lagi panjang ke?

Rilla nak share pasal lampu dan kipas serta aksesori yang kitorang beli. Kitorang beli sendiri dan minta kontraktor yang pasangkan. Rilla display harga terus kat sini sebagai rujukan korang dan senang korang nak banding harga. Please don't misinterpret my intention of sharing the prices ya. Ala, Rilla bukan beli barang-barang mahal pun, yang Rilla beli ni rasa ramai kot yang cari jugak? Dulu masa Rilla nak buat budget, tak jumpa blog yang share price, so Rilla buat entri ni supaya senang untuk sesiapa yang tengah buat budget lampu kipas.

Lampu & Kipas
Lampu dan kipas ni kitorang beli kat 3 kedai yang berbeza. Mula-mula ada la pergi Houses Lighting kat Puchong. Femes kan kedai tu? Tapi ramai sangat orang. Dua kali pergi situ. Tapi tak jumpa yang berkenan di hati. Mungkin juga sebab terlampau sesak, buat kitorang turned-off.

Kitorang akhirnya beli di tiga kedai berikut:
Achiever, Shah Alam
Cimalite, PJ
Spark, SS21

Cimalite tu kontraktor kitorang yang recommend. Spark pulak hasil pertanyaan di FB. Achiever pulak terjumpa masa round-round Shah Alam.

Entrance: Pendant Light, RM100 from San You
Edison bulb RM20 from Spark

RM135 each from Spark
Additional RM45 for dimmer (optional). Tak nak dimmer pun boleh.

Ni lampu favourite Rilla, jatuh cinta pandang pertama. Rilla letak di antara entrance dan dapur. Bulb yang sama dengan entrance light kat atas.

Kitchen: Rubine Saturn / SA600, RM335 from Cimalite
RPM 250+, ada timer, 3 speed with remote control
Kipas kat dapur pilih yang besar sikit. Rumah sewa dulu, kat dapur takde kipas, memang berpeluh-peluh masak. Tak hygenic, LOL. 

Dining area: Pendant light, RM230 from San You

Mula-mula Rilla nak beli chandelier macam ni kat Houses Lighting, Puchong. Tapi sebab itu je satu-satunya lampu nak beli kat situ, maka macam tak semangat nak beli. Pastu fkir-fikir balik, kiri dan kanan lampu ni ada kipas, tak ke bergoyang-goyang lampu tu nanti? Pastu masa kitorang pergi San You, terjumpa lampu ni, berkenan terus kami lakibini sebab macam stylo (ikut mata kami lah). Harga pulak almost half dari chandelier yang daku suka tu.

Dining area: Deka Baby 6, RM179 from Achiever
Ada timer, 3 speed with remote control
Untuk dining area, sebab nak pasang 2 biji kipas, jadi kitorang ambil yang bilah pendek. Yang ni bilah dia 46 inci je. Agaknya sebab tu kot nama dia "baby".

Bedrooms: Deka X6, RM179 from Achiever
Yang ni adik beradik Baby 6 cuma bilah dia panjang sikit, 56 inci dan ada 4 speed. Sama gak, ada timer, dan remote control.
Lampu fluorescent  RM13/set from Cimalite.

Living area: Downlights
RM29 each from Cimalite.
5.5 inci, LED
Lampu ni terang sangat walaupun kitorang ambil yang kecil. Dia ada efek kristal kat setiap petak tu.

Living area: Alpha Cosmo, RM455 from Cimalite
RPM 90-210, 5 speed with timer and remote control.
Yang ni RPM dia rendah sikit, tapi takpelah sebab living are tu kecik je. Dia mahal sikit sebab blade dia kayu.

Bathrooms: LED Downlight, RM28.50 from Cimalite
Terang lampu ni. Pakai sebijik dah terang benderang toilet. Design lebih kurang macam downlight kat living, cuma dia takde crystal effect tu. Dalam bilik air je, tak payah lah nak crystal effect bagai.

Lampu kat laundry area.
T5 Double with lourve casing. RM39 from Cimalite.
Rumah parents Rilla pakai lampu ni kat serata rumah sebab Ayah Rilla suka yang terang benderang. Lampu bilik kitorang tak pasang yang ni sebab ada plan nak tukar nanti, insya Allah.

Inilah rupa antara lampu dan kipas yang dah di pasang.

Aksesori
Aksesori pun Rilla share kat sini jugak, malas nak up entry khas sebab ciput je.

Harga bergantung kepada jenis kombinasi.

Sekarang kan trend rumah ada tingkap berbucu cam gini kan? Rilla guna curtain rod ni sebab dia ada penyambung untuk corner/bay window. Boleh wall mounted atau ceiling mounted. Dalam gambar ni, curtain rod Rilla takde finials. Masa kitorang beli takde stock. Tu kemudian pun takde. Jenis langsir pulak, boleh pakai tab curtain, yang jenis lubang-lubang tu. Atau beli ring Ikea..sama ada nak pakai cangkuk atau klip terus kat langsir.

Soap Dispensers from Haaoz, Seksyen 9 Shah Alam
Yang 3 slots tu RM172, yang 1 slot tu RM98
Tapi time kitorang beli ada promo 40% ke 50%..so murah sangat kan? Ada yang chrome finishing dan warna putih. Tapi kitorang pilih yang matte ni.

Info Kedai

Spark Lighting
SS21, Damansara Uptown, Sederet dengan Ambank, facing LDP.
Deal dengan Kak Siti tau..dia best!

Cimalite Industries
No 17, Jalan 215, Seksyen 51
Petaling Jaya

Achiever Lighting
No 26, Jalan Tengku ampuan Zabedah 9/G,
Seksyen 9 Shah Alam

Haaoz Kitchen & Bath
No14-1, Jalan Tengku ampuan Zabedah 9/G,
Seksyen 9 Shah Alam

Sebenarnya Rilla ada snap a few pics dalam kedai-kedai ni, tapi tak jumpa pulak. Nanti kalau Rilla jumpa, Rilla update.

5 comments:

  1. house lightings tu mmg sesak gila! tp kitaorg beli most of our lampu there. mmg agak menguji kesabaran jugak lah... hehehe

    ReplyDelete
  2. salam, entry ni sgt berguna utk rujukan saya, terima kasih, saya ade unit kat block A, nanti dah masuk saya jemput utk kenduri masuk rumah, jgn x datang ye, tq

    ReplyDelete
  3. thanks info..senang untuk rujukan saya

    ReplyDelete
  4. perkhidmatan wiring atau rewiring rumah dan premis anda dengan servis yang terbaik dan mengikut bajet anda.. inshaa allah harga boleh dibincangkan.. win2 situation... perkhidmatan terbaik untuk kepuasan hati pelanggan sentiasa diutamakan. SILA HUBUNGI 0182567973 UNTUK MAKLUMAT LANJUT
    HUBUNGI SEGERA 0182567973
    HUBUNGI SEGARA 0182567973
    HUBUNGI SEGERA 0182567973

    ReplyDelete