in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

2.4.13

Breastfeeding Terminologies


Assalammualaikum dan hai

Entri pasal breastfeeding pula. Masa mula-mula mendalami (sekarang pun masih mendalami) ilmu breastfeeding ni, terjumpa banyak sangat istilah yang Rilla tak tahu. Jadi, Rilla kumpulkan dan letak di sini untuk rujukan semua. Semoga memberi manfaat.

Supply vs Demand
Merupakan konsep dalam breastfeeding, iaitu semakin banyak demand untuk susu, semakin banyaklah susu yang akan terhasil.

DF : Direct Feed
Maksudnya, kita susukan baby secara direct. Nenen la senang cerita.

PP: Power Pumping
Power pumping merupakan salah satu cara untuk banyakkan susu dengan meningkatkan demand. Caranya:-

Jika menggunakan single pump
Pam selama 10 minit sebelah kanan. Kemudian, pam sebelah kiri selama 10 minit. Ulang sehingga cukup 60 minit.

Jika menggunakan double pump
Pam kedua-dua belah selama 10 minit. Kemudian rehat selama 10 minit. Ulang sehingga 3 kali.

Tandem Pumping
Kaedah mengepam susu sambil menyusukan bayi. Sebelah direct feed, sebelah lagi pam. Juga bertujuan untuk create demand.

Marmet
Teknik mengeluarkan susu menggunakan tangan.

Colostrum
Susu yang terhasil semasa hujung kehamilan dan sehingga beberapa hari selepas kelahiran. Susu yang pekat dan berwarna kekuningan.

EBM: Expressed Breast Milk
Susu ibu yang telah dipam. Mempunyai beberapa kategori; Fresh EBM, Chilled EBM, Frozen EBM. Thawed EBM.

Fresh EBM
Susu yang baru sahaja dipam dan belum disejukkan di dalam peti sejuk.

Chilled EBM
Susu yang telah disejukkan di dalam peti sejuk.

Frozen EBM
EBM yang telah dibekukan.

Thawed EBM
Frozen EBM yang telah dicairkan.

Foremilk
Susu yang mempunyai banyak kandungan air dari lemak

Hindmilk
Susu yang mempunyai banyak kandungan lemak dari air

EP Mom: Exclusive Pumping Mom
Ibu yang mempunyai bayi yang menyusu hanya melalui botol. Oleh itu si ibu perlu mengepam susunya untuk diberikan kepada bayi. Terjadi apabila bayi tak nak DF.

Exclusive BF
Menyusukan anak dengan susu ibu sahaja (kecuali air Zam zam, kurma, ubat-ubatan dan sebaginya). Selalunya sehingga tempoh 6 bulan. Tetapi boleh diunjurkan jika bayi belum bersedia untuk makan, jika dia hanya menyusu susu ibu sahaja, ia tetap exclusive BF.

Fully BF
Menyusukan anak dengan susu ibu - tidak bercampur dengan susu lain. Walaupun bayi telah mula makan, minum air, tetapi jika untuk susu, hanya diberi susu ibunya sahaja, ia dipanggil fully BF.

LDR: Let Down Reflex
Refleks yang terjadi apabila hisapan bayi merangsang pengeluaran hormon oksitosin seterusnya membuatkan otot otot yang membalut kelenjar susu menegang dan menguncup lalu mengeluarkan susu melalui duktus. Kadangkala LDR boleh terjadi apabila si ibu teringatkan bayinya, atau terdengar bayi menangis atau ketawa, sedar-sedar je baju dah basah. LDR yang kuat akan membuatkan susu terpancut. Sebab tu tengah menyusu bayi tersedak. Masa pam susu paling senang nak nampak LDR.

NIP: Nursing In Public
Menyusukan anak di tempat awam. Selalunya menggunakan cover seperti nursing poncho, pashmina, nursing cover dan sebagainya.

7 comments:

  1. very useful info!thanks rilla!

    ReplyDelete
  2. rillaaaaaaaaaaaaa i dah invite u. rilla btw blog mane yg u aktif? huhu kemain byk blog u ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. This one. Banyak blog sebab kunun rajin nak update semua

      Delete
  3. Nice info..ade gak yg kina xtau..hee..exclusive bf xsmpi 6 bulan sbb dah start mkn 5 bulan..

    ReplyDelete
  4. macam zimie dah takleh exclusive bf lah sebab haritu baby kena warded, kena masuk antibiotik, pastu dah minum fm sket. huhu now fully bf mungkin.

    ReplyDelete
  5. Thanks for the post rilla. very informative!

    ReplyDelete