in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

20.11.13

1 Year Breastfeeding Journey

Assalammualaikum dan hai semua~

Alhamdulillah. Syukur sangat Allah beri Rilla peluang untuk susukan Zain selama setahun ni. I never thought I would make it this far. Eh bukan saya fikir negaif tau. Cuma nak sampai setahun tu, untuk orang yang production perah hari ni untuk esok macam daku ni, rasa lama sangat.

Macam Rilla pernah cerita dalam entri sebelum ni. Production Rilla paling banyak Rilla pernah bawak balik adalah 16 Oz. Itu pun sekali je. Selalunya dalam 12 Oz. Tapi kalau kat office ni, orang cakap susu Rilla banyak. So that kept me humbled. Kadang rasa macam sedih stok makin kurang, tapi bila kakak-kakak kat office ni cakap "Eh banyak lagi susu Am? Anak dah setahun kan? Saya dulu 7 bulan dah kering", terus rasa insaf. Walaupun susu tak melimpah ruah, at least masih ada kan? Lagi satu, kat office Rilla ni ada kakak OKU, dia buta. Tapi gigih pam 3 kali sehari. Sekali pam 2 Oz gitu. Dia selalu tanya Rilla dapat berapa Oz. Kalau pagi selalunya Rilla dapat lebih, dalam 4 Oz camtu, dia cakap, "Banyaknya". Tu pun buat Rilla insaf. And if kadang datang mood biol malas nak pam, teringat kegigihan kakak tu pam, Rilla akan terus insaf dan pergi pam.

Sekrang Zain dah kurang minum waktu siang. Rilla bekalkan 10-11 Oz je. Pernah try bagi lebih, tak habis pun. Tapi malam memang banyak menyusu. Balik kerja je, mesti dia mintak susu dulu. Lepas tu dia tidur pukul 9.30-10.00 malam, dia akan jaga setiap 2-3 jam untuk susu. Dalam 3-4 kali jugak dia bangun. I can't remember when was the last time I slept through the night. Takpelah nak, asal kau nak minum susu.

Syukur sangat sebab Allah permudahkan BF journey Rilla. Yes it is a bit taxing pumping at work to ensure that you keep the demand up. Tapi Allah mudahkan jalan. Rilla kena re-org hari tu. So I'm no longer doing Performance & Rewards. Unit ni dia macam project-based. Time peak tu, memang balik time dah malam, atau kadang tak balik langsung pun. Sekarang dah kena transfer to another unit which is more routine. Busy, memang busy (Eh, HR busy ke? #sarcasm) tapi more manageable and predictable. Jadi mudah dah kat situ. Nak pam pun senang nak budget time. Rilla pernah pam time stuck dalam jem, time training curi-curi masa, time meeting. Pandai-pandai la.

Speaking about pumping. Ini pun banyak ceritanya. So far Rilla dah pakai 3 jenis pam - Medela Swing, Medela Harmony dan Rumble Tuff Duo. Pam ni pun macam-macam hal. Back flow la, rosak la. Tapi normal la, kalau nak benda baik, mesti kena duga kan? In the end, it's all worth it.

I never knew I would love breastfeeding this much. I mean, during pregnancy, I was moderately pro-breastfeeding. Niat tu ada, cuma takdelah gigih mengorek ilmu, baca buku ke ape. Cuma niat je. Alhamdulillah, Allah mudahkan Rilla untuk mencari ilmu pasal BF lepas bersalin. Sekarang, I look forward to nurse Zain when I reached home everyday after a long day at work. Sambil susukan dia, sambil rehat, sambil bonding.

Zain sekarang dah banyak gaya menyusu. Bondanya ni pasrah je lah. Setakat menyusu sambil melutut, berdiri, meniarap tu kira normal la. Ni time kita baring susukan dia pun boleh menonggeng tinggi. Lantak kau lah nak, asal kau gembira. Freestyle kekdahnya. Kanda cakap extreme gaya Zain menyusu ni.

Jauh lagi perjalanan, ni baru half way. Rilla breakdown target Rilla. First target was 3 months, lepas tu 6 months, then 9, and next, 12 months. Ada lagi setahun nak complete. Target seterusnya, 1 year 6 months. Boleh ke tidak? I just have to keep my effort up and take it day by day. Selebihnya tawakkal. Kalau Allah terus bagi rezeki melalui susu ibu, Rilla syukur. Kalau tak pun Rilla syukur jugak, mungkin Allah ganti dengan rezeki lain kan? Apa yang Allah bagi kat kita tu semua adalah yang terbaik untuk kita.

2 comments:

  1. I love breastfeeding too. Rasa bonding sgt dengan anak. And yep, mcm x percaya I could bf my baby hahaha. Yakin boleh! :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Tahniah Rilla. Syukur diberi kesempatan begini.

    ReplyDelete