in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

7.1.14

Baby Gear Review: Summer Infant Super Seat

Assalammualaikum dan hai~


Kali ni Rilla nak review pasal Summer Infant Super Seat. Apakah ia? Ianya adalah kerusi baby. Rilla beli lama dah, tahun lepas sebab Zain dah mula makan. Jadi beli kerusi ni untuk dudukkan dia. Sebenarnya banyak pilihan lain, tapi lepas Rilla buat sedikit desktop research, Rilla pilih seat ni berdasarkan review yang sangat baik kat Amazon.


Kesrusi ni ada 3 stage, macam dalam gambar kat atas. Stage 1 (gambar atas sekali) adalah support seat untuk bantu bayi duduk. Stage 2, ditambah dengan activity tray. stage 3 pulak, kita boleh remove lapisan foam dan dijadikan booster seat untuk toddler. Dia datang sekali dengan dua strap, so bila kita strap seat ni kat dining chair, dia jadi lebih secure. 

Ni lah sebab Rilla berkenan sangat dengan seat ni, multi purpose gitu. Dan bila Zain membesar, masih boleh pakai. Kalau beli seat sahaja (macam Bumboo contohnya), kejap je pakainya kan?

Setiap stage seat ni ada seatbelt untuk keselamatan bayi.

Tray bitu ni boleh dipusing-pusingkan. Yang ni Rilla pusingkan snack tray ke depan. Selalunya Rilla pusingkan toys ke depan.

Snack tray tu boleh dicabut macam ni untuk memudahkan kita letak baby dalam seat. Tapi Rilla selalu masukkan Zain ikut atas je, tak bukak pun snack tray tu.

Ni pulak toys di sekeliling tray, ada 4 semuanya. Toys ni la yang buat Zain ralit main time Rilla tengah suap dia. Sonang kojo den. Pernah sejam gak dia duduk dalam seat ni.

Downside? Agak mahal harganya. Tapi kitorang beli tak mahal, dalam USD30 je, convert, tak sampai RM100. Kirim kat kawan Kanda yang pergi US masa tu. Kat Malaysia, boleh dapatkan kat One Baby World, RM269 (harga January 2014).

Sekian~


5 comments:

  1. bestnya! kalau tau pasal seat ni awal2 kan best hehe

    ReplyDelete
  2. ok it's berangan tuk 2nd baby.hahaha

    ReplyDelete
  3. kat jusco pun ada nampak ni Rilla..terus teringat Rilla ada beli kat Zain masa tengok tu..harga pun 200+ jugak.

    ReplyDelete
  4. wahh..1st time tahu benda yg comel nie..mana tau bleh beli utk 2nd baby..hehehe

    ReplyDelete
  5. besh giler...!!! dah jauh tertinggal dah aty ni tak tau ape stuff baru tuk baby..huhu

    ReplyDelete