in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

21.10.14

Hong Kong Trip [August 2014]

Assalammualaikum dan hai!~

Sebelum travelog ni basi, baiklah Rilla tulis entri dulu. Husband's company have this annual oversea trip. Macam tahun lepas pergi Koh Samui, tahun sebelum tu pergi Bali. Dua-dua pun Rilla tak tulis entri. This year, we went to Hong Kong. Trip 4 hari 3 malam, hujung Ogos lepas. Kitorang sambut merdeka kat Hong Kong je tahun ni. Time kitorang pergi ni Hong Kong tengah panas, lebih kurang Malaysia suhu dia. Kitorang pergi ikut tour, so tak dapatlah merasa naik MTR diorang.

The famous Hong Kong night skyline, taken from Victoria's peak.

Accomodation
We stayed at the Harbour Plaza Resofrt City dekat area New Territories. Hotel ni OK, bilik agak luas dan banyak storage. Dah siap ada fridge dan induction plate. So if you guys nak stay kat sini, boleh bawak kuali periuk stainless steel siap-siap. This hotel is about 1 hour away from the airport, Disneyland and city center.

SIM Card
We bought ours at a 7E nearby our hotel for HKD78 - complete with data plan!

Food
Kitorang bawak Brahim's Nasi Goreng Kampung dan Beriyani siap-siap. Zain punya makanan Rilla memang dah buat pasta goreng dari rumah, simpan peket-peket dan guna per portion. Makanan halal agak sukar nak cari kat sini, jadi sila bawak bekalan makanan yang mencukupi. Tapi sebab kitorang ikut tour, diorang bawak pergi halal restaurant.

Maslid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre


Masjid ni kat Oi Kwan Road. Dalam Masjid ni ada Canteen kat tingkat 4 1/2. Janga tanya kenapa ada 1/2 tu, haha. Makanan Halal, Dim Sum pun Halal. Selain Dim Sum, boleh jugak order nasi dengan lauk. Tapi masakan style Chinelah, jangan la expect sama rasa dia dengan masakan Melayu.

Dim Sum for lunch
Attactions
Madame Tussauds
Muzium patung lilin. Yang kat HK ni banyak Asian celebrities. Kagum tengok fine details kat patung-patung ni, macam bulu-bulu halus kat jambang tu kan? Itu pun diorang tak miss-out.

Yang King and Queen diri, yang perasan royal, duduk. Gituu..

Victoria Peak
Oh! This is a must when you visit HK! Jalan nak naik bukit ni macam nak naik Cameron sikit, but it's worth it. Do come at night because the HK's night skyline is really breathtaking then. HK kan banyak pencakar langit di tepi laut, memang cantik sangat. I would consider this a highlight of our trip.


Golden Bauhinia Square
Another tourist hotspot that I like because of it's stunning scenery. Actually, the statue itself is a gold-painted giant Bauhinia flower. It was a gift in conjuction of the handover of Hong Kong if I was not mistaken.

Group photo in front of the statue

This scenery! Sebelah statue tu laut. That's a Star Cruise in our background. Kalau korang nak snap OOTD, kat sini cantik!

Stanley Market



Kat sini macam-macam ada, tourist market la katanya. Ada arts, clothing, toys, souvenirs. Rilla recommend beli souvenirs kat sini. Sebenarnya Rilla dah terbeli kat Victoria Peak, tapi bila datang sini rasa menyesal sebab sini lagi banyak pilihan. So, kitorang tambah lagi beli souvenirs kat sini. Sempat gak beli jam meja dan toy untuk Zain.

Cantik-cantik artwork, menyesal pulak tak angkat satu.


Citygate Outlet
Meh..just another premium outet. Sebab tak plan nak beli apa-apa, we walked out empty handed. Plus, Zain was being cranky, it was an all-day shopping tour. But if you guys wanted to buy designer-stuff, boleh la datang sini. Laura Ashley pun ada.

Nampak tak wajah emo dia tu?

Ladies Market

Pasar malam paling terkenal kat HK. Sebenarnya ada 3 jalan yang selari. Jalan pertama - Electronic Street, kedua - Ladies Market, ketiga - Sport Shoes street.



Since I don't really fancy fake handbag, this market is not really my cup of tea. Plus, I think that the items are a bit expensive - baik beli kat KL je. Tapi angkat la juga a few no-brand handbags for my mum, myself and Kanda (Kanda punya bukan handbag, LOL, slingbag).

Tapi sport shoes street tu best, kalau nak beli Converse, murah jugak.

Disneyland Hong Kong


Yang ni best, our second Disneyland experience. Unfortunately, Zain's was cranky the whole time there. Masa nak masuk ni, yang jaga kaunter tu akan check beg setiap orang. Nasib baik kitorang pakai bagpack yang susah sikit nak seluk. Jadi, selamat la kitorang seludup nasi goreng. Dia raba-raba beg tu ada botol-botol, dia tanya apebenda, Kanda jawab "baby's bottles" and we went through, dia tak seluk pun beg tu dalam-dalam.

Tapi dalam Disneyland ni, boleh pergi kat Tahitian Village restaurant for Halal food tau. So you don't need to sneak-in food like us.

Sempat la naik ride cawan ni.

Lepas tu naik It's a small world.

Yang ni ride naik boat dalam gua. Dalam gua tu ada patung menari-nari. Sangat best kalau bawak kids. Kitorang naik dua kali. Ended up having "It's a small world" playing repeatedly in our heads.

Sebagai persediaan, boleh bawak baju hujan dan payung siap-siap. Kitorang punya ni beli kat Daiso je. Bawak sebab dah tengok weather forecast akan hujan hari tu.

Our Disneyland trip was cut short due to Zain and the rain. Sebelum Zain demam, baiklah kitorang balik dulu. Parade pun mungkin tak ada kalau dah hujan-hujan gini. Takpelah, Zain bukannya ingat pun nanti trip ni. We took a cab back to the hotel. Zain dozed off even before we reached the Disneyland exit. After we reached the hotel he continued to sleep for another 4 hours! Kesian mamat tu, huhu.


Ok dah, bye!
Yay for 100th post!

2 comments:

  1. Bestnya sis..banyak tempat sis dh pegi ek..glad

    ReplyDelete
  2. Best nyer g HK. Good reference for anyone who wants to go there.

    ReplyDelete