in life you must keep on
dreaming
because otherwise, you are just sleeping

1.4.14

Susu Kambing Segar Untuk Zain

Assalammualaikum dan hai~

Wah! Lama benar tak tulis entry. Sebenarnya ada tulis, tapi duduk berkuntum je dalam Draft.

Sebenarnya, Rilla dah tak mampu supply 100% demand susu Zain, tak sure lah kenapa. Semakin lama semakin berkurang, walhal maintain je pam macam biasa. Lepas Zain keluar ward, masa dia umur 1 tahun 1 bulan lebih, Rilla dah bagi Zain minum susu kambing segar kat Zain.

Mula-mula ingat nak bai FM. Dulu pergi baby expo kat Mid Valley, ada booth Enfagrow, bagi dia minum sample. Tak sempat telan, cecah je lidah, terus Zain keluarkan balik. Lepas tu pergi DEMC, amik sample Anmum pulak, try bagi dia minum. Sama jugak, dia keluarkan balik. Nak try satu-satu FM, Rilla tak keen sebab kena beli pek/tin besar. Kalau Zain tak nak, kan dah bazir.

Jadi Rilla buat Google search dan tanya kawan-kawan pasal susu kambing. Ada dua option, satu Karihome, susu kambing, tapi dalam bentuk tepung. Lagi satu yang segar. Rilla dan Kanda decide nak cuba bagi yang fresh sebab shelf life dia lebih pendek. Mula-mula beli susu kambing kat mamak depan office Rilla ni. RM8.00 sebotol. Orig GoatNan namanya. Alhamdulillah, dia minum. Sebenarnya, masa nak bagi ni, gamble je. Masa ni kat rumah Mak Rilla. EBM memang tak cukup dah, nasib baiklah dia nak minum susu kambing.

Orig GoatNan beli kat kedai mamak

Lepas tu kitorang decide nak cari yang lagi fresh. Sebab Orig GoatNan ni punya tarikh luput macam lama sangat. Jadi, Kanda beli pulak susu kambing kat Masjid Shah Alam. Beli time sembahyang Jumaat. RM5 sebotol. Alhamdulillah, Zain minum jugak. Cuma yang Rilla perasa, susu ni dia macam berketul sikit, macam tak smooth.

Sekarang ni, kitorang beli susu kat Pasar Tani. Harga antara RM4.50 - RM5.00/botol. Yang ni ok sebab bila dah thaw, susu dia masih smooth. So, ingat nak stick dengan yang ni je.

Ni lah susu kambing segar yang dibeli di Pasar Tani Shah Alam Seksyen 13.

Handling susu kambing ni sama je dengan handling EBM. Lepas beli banyak-banyak botol tu, Rilla akan sukat 3oz dan masuk dalam EBM liners. Label tarikh lepas tu, bekukan. Tahan 3 bulan.

Konon-konon EBM, tapi sebenarnya susu kambing, hihihi.

Bezanya susu kambing ni, sebelum nak bagi kat anak, kena dilute dulu. Nisbah dia 1:1 dengan air masak. So kalau letak 2oz susu kambing, kena tambah 2oz air masak pulak. Zain punya bekal ke taska hanya 12oz setiap hari. 6oz EBM, 6oz susu kambing. That's why Rilla bekukan 3oz setiap liner sebab bila tambah air, dia jadi 6oz.

So far, Alhamdulillah, Zain tak ada masalah sembelit atau cirit. Kira sesuailah dengan dia. Yelah, susu kambing ni antara susu yang paling hampir dengan susu ibu kan. Cuma nanti kemudian, kena ajar jugak dia minum grow-up milk, macam Dutch Lady ke apa. Tunggu dia dah 2-3 tahun nanti. Pengsan gak dah besar nak minum susu kambing, nak beli berbotol-botol, tapi fridge kecik je.

11 comments:

  1. i tak penah try bg susu kmbing pd Hannah. dia mnum dutch lady je skrg huhu. mcm menarik pulak susu kmbing fresh ni. thanks for sharing rilla

    ReplyDelete
  2. sama laa xtau kenapa susu macam xcukup even pam setiap hari dapat hasil yg sama..hehe

    stock ebm dah hidup segan mati xmau tu..sipi² je lagi..kena jugak cari alternatif lain ni..cari susu kambing fresh jugak.

    rilla, klu fresh mcm ni x perlu panaskan / masakkan atas balik ke camne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena panaskan dear. Macam EBM gak. tapi jangan masak lah. Panaskan macam nak panaskan EBM je.

      Delete
  3. zimie pun try jugak susu kambing last week dekat husna. sumpah mahal rm5 jugak sebotol dan lucky me husna suka so far. try fm semua tolak. pasni nak buat la stok ebm (yg konon2 susu ibu) tu hahah, padahal susu kambing. bukan susu manusia..

    ReplyDelete
  4. good info. tgh cari susu kambing fresh juga utk top up susu anak..

    ReplyDelete
  5. Asslm. Kalau berminat nak membeli susu kambing (tepung) pek 1kg@500g, boleh ke www.facebook.com/iskagenpenang. Selain rasa sedap, menyelerakan & wangi, produk ini dijual dengan harga jauh lebih murah. :)

    ReplyDelete
  6. salam.terbukti susu kambing mempunyai banyak khasiat penawar penyakit.sesiapa nak carik susu kambing segar boleh call saya no 012-2331147 saya hantar delivery di sekitar KL.nak susu segar pun ada,info lanjut layari http://susukambingkl.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Minum susu kambing segar (suam) tambah satu sudu madu asli dan 3 biji kurma (direndam dalam susu) selepas makan malam,memang sangat bagus untuk badan kita dan kecergasan esoknya.- susu kambing yang berkhasiat

    ReplyDelete
  8. Sis lama mana bg ssu kmbg kt anak...sy x thu pula ssu kmbg dlm botle boleb bgi2 kn dlam liner...lagi mudah la kerja kan..kita dvde da susu ikut amount anak mnum.....x sbarnya sy nk bg anak mnum...anak sya baru msuk 2y...b4 ni fully bf

    ReplyDelete